Sunday, February 19, 2012

ujian ALLAH .


entah mengapa diri ini terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di laman ini berbekalkan emosi yang kurang stabil tapi masih mampu mengukir senyuman di bibir :)

ALLAHUAKBAR . 

 "ALLAH pilih jeda untuk terima ujiannya dan jeda harus kuat"

ye . mukin benar . tak semua orang mendapat ujian yang aku peroleh hari ini . dan semua yang berlaku itu bersebab . 

namun pada ketika ini , aku hanya mampu berdiam . diam seribu bahasa . diam tanpa bicara . hanya fikir . fikir dan fikir . hanya airmata jawapan untuk segala pertanyaan kerana pada saat ini jugak aku semakin merindui keluarga di kampung . 

apa khabar mereka semua ? 

ALLAH . lindungilah mereka . jauhkanlah mereka dari bencanamu . rahmatilah kehidupan mereka dengan barakah-Mu.

hanya doa yang mampu aku kirimkan dari jauh . sungguh . terasa sangat perlukan mereka saat ini . perlukan sentuhan ibu dan ayah :'(



#perlukankekuatanuntukmemulakansemester#


Tuesday, February 14, 2012

untuk semua wanita .


"hati wanita bak kaca yang rapuh"

namun ,




dengan kuasaMu


Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta

-nur one-



Friday, February 10, 2012

sesuatu tentang ayah :)


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jangan minum ais!”.Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??


Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya…Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

tibe-tibe teringat kat ayah :)


i miss u , ayah ^^


Sunday, February 5, 2012

keturunan

salam maulidur rasul .

rasenye macam ramai yang tertanye tanye pasal keturunan amat supan yang aku tulis dekat post my first nephew , haha , rase nak gelak guling guling lah bile korunk tanye macam-macam . 

okay . let me explain about that . 

Amat Supan is my beloved grandpa's name . grandpa sebelah ayah :) name orang orang dulu mestilah pelik sikit . lagi-lagi orang jawa . kan ? kan ? 

itu baru nama atok . belum name moyang aku . nohhh . nak sebut pon aku tak reti . Amat Supan bin Karyotemejo . macam ni lah ejaan nye kalau tak silap . kalau silap , mohon maaf ye =.=

nama nenek je yang agak moden sikit . siti hidayah . errr . moyang belah nenek pon pelik jugak . Siti Hidayah binti Asmopawiro . ha . maaf jugak kalau salah . =.=

yang atas atas lagi aku tak tahu . dorunk semua nie memang pure jawa . jadi tak heranlah kalau nama yang atas lagi pelik . eh pelik bukan sebarang pelik . pelik yang unik . kau ade ? :D

aku hanya tahu nama mereka . tak berkesempatan pon nak jumpe . sebab mereka semua pergi sebelum aku bukak mata lagi . jadi , aku hanya kenal mereka dari nama dan gambar-gambar lame yang ayah simpan sebagai kenangan . 

atok , nenek , semoga kite bertemu di syurga nanti . sobsss .


semoga ALLAH menempatkan mereka dalam kalangan orang yang beriman . Al-fatihah .


Saturday, February 4, 2012

kunjungan rasmi menteri KPT ke UPSI :)


hari khamis lepas , aku pergi taklimat bersama menteri pengajian tinggi , Dato' Khaled Nordin sempena kunjungan rasmi beliau ke UPSI . 


nohhh . macam kami pulak VIP . haha .

banyak jugak yang dibincangkan bersama . terasa teruja pulak bila vice canselor UPSI buat pembentangan . lebih lebih lagi cerita pasal kampus baru . 

:)

bila pergi taklimat tu , aku rase macam ..

"eh . aku tak kisah ape orang nak cakap pasal UPSI . aku sayang universiti aku. macamane kamu semua sayang universiti sendiri , macam tu jugak aku"

hurm . emo lah pulak . haha . tapelah . aku faham kenape masih ade yang berbunyi pasal kes Adam Adli tu . ok dah . tanak ulas panjang panjang dan jangan tanye aku macam-macam . aku pakkk kang . haha .

terima kasih Dato' Khaled sebab memahami kami .

setiap manusia ade salah betulnye . ade buruk baiknya . kan ? so , try to be positive :)

and my last wish ,aku harap ..

semoga aku dan kawan-kawan lain mampu untuk jadi guru bitara selaras dengan misi dan visi UPSI . insya-ALLAH .

notasiku : tak sabar nak pindah kampus baru . hehehe .