Friday, January 18, 2013

ketika hati seorang muslimah terluka



Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan dia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan dia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..


Ketika hati seorang muslimah terluka, 
ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH
Tabahkanlah HATIMU duhai disaat dirimu TERLUKA
Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNYA 
kerana DIA ingin senantiasa dekat denganmu.



Monday, January 7, 2013

"Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh"



Beberapa hari lepas, usai solat berjemaah di masjid universiti, saya duduk merehatkan badan sebelum pergi menelaah di perpustakaan. Sambil rehat-rehat, ada kawan menegur. Kemudian datang kelompok kawan-kawan yang lain. Wah ramai juga yang tak balik rumah walaupun sedang cuti study week.


Lalu berbicaralah kami dengan bermodalkan beberapa isu yang kian hangat; dari hal remeh seperti lampu jalan di sekitar universiti yang sudah lama rosak hinggalah kepada isu negara seperti kekecohan pra-kempen sebelum pilihan raya.

Sempat juga diselitkan hal-hal wanita, memandangkan kebanyakannya sudah tahun akhir maka hal jodoh – jodoh mungkin lebih dekat.

Seorang rakan (yang baru saya kenali di situ) melampiaskan kekecewaannya. Katanya kerana pengaruh ‘ayat-ayat cinta islamik’ yang kian bertebaran di Facebook menyukarkan dia untuk mencari jodoh yang memahami. Mana tidaknya, dia mengutarakan isu wanita kini (wanita yang baik-baik) yang meletakkan ‘penanda aras’ bahawa “lelaki yang berbaju melayu, pakai kain pelikat dan berkopiah pergi masjid adalah lelaki yang sweet dan sesuai dijadikan jodoh”.

Kata beliau lagi, “lalu kita ini, yang pergi masjid pakai seluar jeans, pakai t-shirt ni macam mana? Tak sweetkah? Apakah kalau pergi masjid itu syaratnya perlu pakai baju melayu dan kain pelikat? Kalau selain dari itu, tidak layak digelar pemuda masjid?”

Seorang lagi rakannya mencelah, sambil mengiakan hal berkenaan. Kata beliau, dua hari lepas dia terserempak dengan beberapa wanita yang memberikan pandangan berbeza. Ketika itu dia dan rakannya yang sedang berbaju melayu, berkain pelikat dan berkopiah sedang menghidupkan enjin motor di parkir. kata beliau, wanita yang lalu lalang di situ tersenyum pada rakannya, tapi tidak pada beliau. Beliau menambah wanita-wanita itu memandang beliau dengan pandangan ‘eleh mamat ni maghrib entah nak pi mana entah, orang pi la masjid’. Dia dijeling hanya kerana dia tidak memakai baju melayu kain pelikat sedangkan tujuannya dan rakan disebelahnya sama; ke masjid!

Kami menggeleng. Parah juga kalau terlalu taksub nak berlakikan orang masjid. Habis yang pakai t-shirt biasa dan seluar biasa, yang niat mereka nak ke masjid tu bagaimana? Tak cukup baguskah?

"Jaga Hati, Bukan Kerana Jodoh"

Kami terdiam sejenak. Seketika kami dihampiri seorang lagi rakan yang merupakan ahli tabligh. Beliau bertanya dalam nada lucu apa yang kami fikirkan hingga muka berkerut-kerut. Rakan yang mengutarakan isu tadi menceritakan panjang lebar. Kemudian rakan tabligh tadi tersenyum.

Kata beliau “kalau enta fikir macam tu, enta kena hati – hati. Takut nanti niat enta nak ke masjid untuk beribadah ni, bertukar jadi benda lain pula. Ana ada baca buku, kitab agaknya tajuknya Risalah Sufi apa tu…al qusyair…al qusyri…”

“Risalah Sufi Al-Qusyairi.” saya membantunya.

“Haa…buku tu…bagus enta baca. Dalam buku tu ada menyebut yang cinta ni semuanya ada tujuan. Dan bila tujuan tu tercapai, atau tujuan tu dilupakan, maka tiada sebab untuk dia mencintai lagi. Macam enta, contohnya, kalau enta pergi masjid sebab nak mengurat anak dara orang, nanti kalau enta dah dapat dia, enta masih pergi masjid lagi tak? Atau kalau enta tahu anak dara orang tu dah ada yang punya, enta mesti rasa macam alah takda gunanya aku pi masjid dia dah ada orang lain. Kan?”

Kami semua mengangguk. “Al-Junaid punya kata-kata”, saya menegaskan. Rakan tabligh itu segera bersetuju. Jadi katanya, “biarlah kita ke masjid ni, kita dan Tuhan saja yang tahu niat kita dan keikhlasan kita. Bukan apa, merungut begini, bimbang syaitan itu berbisik yang bukan-bukan. Syaitan tu di mana-mana pun ada. Dalam masjid pun dia boleh bisik kat kita, walau kita tengah sembahyang. Inikan pulak tengah duduk-duduk begini.”

Azan isyak berkumandang. Kami bangkit dan bersalam, tersenyum seperti ada semangat baru meresap. Melangkah beramai-ramai ke dalam saf, untuk minta supaya ditetapkan hati dan iman hanya untuk DIA, bukan makhluk-Nya. Ketika itu juga rakan tabligh kami mengangkat tangan dan berdoa “ya Allah, tahun baru akan datang, teguhkanlah hati kami agar sentiasa istiqamah di atas jalan-Mu, ibadah kami, amal kami, hidup mati kami, hanya untuk-Mu.” Ramai-ramai kami mengaminkan doa itu.

notakaki : Ikhlaskan hati. Kuatkan hati. Allah Allah Allah. Hati ini milik-Mu, jagakan ia sebaiknya kerana jika aku yang menjaganya, kerap aku campakkan ia di tempat yang tak sepatutnya.

Saturday, January 5, 2013

15 rutin seorang muslim .



ini adalah post yang ketiga untuk hari ini . rutin seorang muslim . ada 15 perkara :)

1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah

2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda and setiap ketika

3. Tenang, dalam semua situasi

4. Hindari rasa marah

5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.

6. Buat perkara baik.

7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.

8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik

9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga

10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya

11. Peluk ibubapa kita

12. Senyum kepada semua orang selalu

13. Memaafkan, melupakan dan senyum

14. Tidak mencari populariti

15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa

“Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH sama ada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan Kekasih agungnya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagiaan dan kesenangan di akhirat kelak.” 


Ikhlas itu melegakan !




Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambik. marah tak? mesti marah sikit. mesti kecewa sikit. mesti sedih sikit. kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?

Mungkin boleh disamakan macam berperasaan. katakanlah ada seorang yang kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik. bila dia dah kembali bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain.

Kecewa tak? mesti kecewa sikit. mesti marah sikit. mesti sedih banyak. kenapa aku yang susah payah jaga perasaan dia, orang lain yang dapat meraih cinta dia?

Tarik nafas. sebut nama Allah sejenak. pejam mata.

Kita lupa sesuatu yang penting kat sini. bunga dan buah yang kita tanam tu, tanahnya milik siapa? orang yang kita sayang dan jaga perasaannya tu, hatinya siapa yang pegang?

Tak ada yang lain kecuali Allah, pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi.

Jadi ikhlas lah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah nak ajar sesuatu. Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu tanpa keihklasan segala perbuatan akan mendatangkan penat lelah. Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.

Maka berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walau sukar mana pun, kalau Allah kata jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya. tapi kalau sesuatu tu bukan milik kita, walau datangnya sesenang apa pun, kalau Allah kata takkan jadi milik kita, maka tak akan pernah jadi milik kita.

Ikhlaslah. 

notakaki : entry ini tidak ade kene mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada :)


pesan pada diri yang selalu alpa



Wahai mata, janganlah menangis tersedu sedan meratapi setiap keperitan yang menjalar memakan perasaan.  Kerana kau harus percaya bahawa setiap  dugaan yang sedang kau rasa adalah takdir dari yang maha Esa.  Tiada duka yang akan abadi selamanya. Dan Allah maha perkasa menentukan segalaNya.  Redhalah dengan suratan yang telah di gariskan.  Maha Adil Allah akan menjadikan segalanya sempurna.

Lekak lekuk di kehidupan sementara ini adalah lubang-lubang yang perlu ditampung dengan kekuatan dan iman yang kukuh, barulah perjalananmu bisa menjadi sekuat aloi yang  tidak akan runtuh.


Wahai mulut, kau diciptaNya begitu unik dan tiada sesiapa yang bisa menggantikan fungsinya walaupun sebuah robot ciptaan manusia yang berharga sejuta.  Melaluinya, Allah menghadiahkan pula suara.  Dan aku mengharapkan suara yang akan dikeluarkan bukan segala jenis umpatan dan cacian terhadap kejadian yang terlihat di penglihatan.  Jadikanlah mulut itu sebagai saksi suara melafazkan ayat-ayat Allah dan memberikan nasihat dan kebaikan.


Wahai telinga, dengarkan segala nasihat-nasihat yang bernilai yang akan memimpinmu menjalani kehidupan ini dengan sempurna.  Tutuplah telinga mu dari mendengan suara-suara sumbang yang cuba membengkokkan jalan yang lurus, yang cuba melalaikan dan menidurkan mindamu dari berfikir perkara kebaikan.


Wahai jasad yang akan hancur lumat dimamah tanah, kau adalah amanah dari Allah.  Siapa kita untuk menjadi perosak diri? Tega sungguh wahai manusia jika kehidupan sementara yang dilalui diisi dengan melakukan maksiat yang hanya akan memakan diri.

Bukankah diri adalah amanah dari Allah untuk kita jaga dan lindungi dari azab api neraka?  Allah hadiahkan kita penglihatan, pendengaran, suara, sentuhan dan segala kemudahan. Dia tidak meminta bayaran di setiap sedutan udara yang kita gunakan.  Apakah hendak bersyukur dengan menyebut sepatah “Alhamdulillah “ pun terasa berat untuk di ucapkan?


notakaki : Berterima kasihlah kepada Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.  Nikmat yang di anugerahkan ini terlalu bernilai.  Jagalah dan gunakanlah di jalan Allah dan bukan gunanya untuk meraih dunia semata-mata


Friday, January 4, 2013

1001 hikmah




“sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)
Apabila, ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata. lama mana pun kita sanggup tadah telinga. seluas luasnya kita berlapang dada. nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur.

Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri. orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa. serius. takkan sama. mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu. mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata,
“takpe, aku okay. terima kasih ye”
 padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri. Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri. 

Kenapa aku diuji? kenapa, AKU?

Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan hidup ini? mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut. Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah.

Saat itulah solat, doa , segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan. Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati. Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.

Kenapa AKU yang diuji?

Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri? mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami?

Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.

Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan. kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..

Cepat atau lambat, hikmah itu bakal tersingkap


Wednesday, January 2, 2013

entry kedua 2013



semalam berlalu dengan baik . alhamdulillah :)


dengan hanya sebaris kata berbekalkan sedikit kepercayaan dan kekuatan , maka bertambah sudah tanggungjawab pada diri . 

In Shaa Allah . 

mencuba yang terbaik . 
memberi yang terbaik . 
melakukan yang terbaik . 

perjalanan yang seakan jauh . namun saya percaya dengan rukun Iman keenam . semoga perjalanan ini dipermudahkan dan terus dipermudahkan .

notakaki : nak tukar status senang . nak lalui tu payah . tapi tetap ada jalannya . jom bukak buku ;)

Tuesday, January 1, 2013

entry pertama 2013



. mengukir kata mengarang tinta .


hati terdetik untuk berbicara 
tetapi payah untuk meluahkan rasa 
 hanya kalimah Allah menemani 
menangis sendiri di dalam hati 
mengharapkan rahmat dan redha Ilahi  


2013 hadir . 2012 pergi . 


YA ALLAH , permudahkanlah urusan diri ini . dalam setiap langkah menuju destinasi yang diredhai .