Friday, May 31, 2013

saat menunggu lafaz sakinah


 Lafaz Sakinah
Menjejak usia ke 20 an, tidak lari dan tidak lain tidak bukan. Soalan yang pasti kedengaran, “bila lagi giliran awak?” “awak dah berpunya ke?” “bila lagi nak makan nasi minyak”. Huh. Persoalan tentang perkahwinan. Pelbagai jenis bentuknya.
Pasti. Peluh besar.
Sejak akhir-akhir ini juga kita sering di dedahkan dengan berita-berita mereka yang bertemu jodohnya awal di laman-laman sosial. Khususnya facebook. Lagi bertambah-tambah ujiannya apabila tidak ketinggalan apabila ada antara yang menjadi pemerhati di situ mempunyai keinginan untuk mengikut jejak langkah, walaupun tidak berkemampuan lagi.
Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing. Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan. Bukanlah menjadi kesalahan sebenarnya. Kerana itu mungkin hak privasi mereka yang suka untuk berkongsi dengan masyarakat umum.
Nasihat buatku juga untukmu..
Bersabarlah dalam menunggu waktu bahagia kita. Kerana sampai saatnya kita juga akan menempuhinya. Cuma bila dan di mana, sampai saatnya ini tetap menjadi rahsia Dia Yang Maha Agung kerana Dia ingin kita ‘membina’ diri kita selengkapnya sebelum menjejaki ‘alam’ yang indah itu.
Bersangka baiklah denganNya Yang Maha Pengasih. Dia belum izinkan untuk kita berada dalam ikatan yang suci bersama pasangan yang kita nikahi kerana Dia ingin kita bercinta denganNya secara eksklusif tanpa gangguan daripada sesiapa. Dia ingin kita menghabiskan waktu-waktu malam kita yang sunyi dengan hanya merintih dan berkasih padaNya yang satu tanpa gangguan dari sesiapa.
Ingatkah kita tentang ayat ini :
 Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besar. [64:15]
Dikhuatiri. Sekiranya kita belum lagi siap membina diri kita, kita tidak mampu membina keluarga yang sakinah dan mawaddah. Nikmatilah masa ‘single’ ini sepuasnya untuk kita memperbaiki iman. Bagaimana mahu menjadi imam, jika solat pun kita sering lengahkan? Bagaimana mahu menjadi tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia, andai pengurusan jadual kehidupan dan diri sendiri pun masih tunggang terbalik?
Tidak cukup lagi. Ada lagi masalah emosi yang perlu dibaiki. Kehidupan berumahtangga itu menemukan antara dua jiwa. Mekah dan Madinah. Bagaimana kita mahu bertindak menjadi isteri dan suami yang soleh dan solehah andai emosi diri dan pemikiran kita juga masih berada dalam tahap yang tidak bisa di kawal?
Ketap bibir.
Nak lagi? Bagaimana pula tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Sudah tertunaikah semuanya? Bersangka baiklah dengan Allah Yang Maha Alim. Dia inginkan kita yang masih ‘single’ ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain. Bukankah apabila kita memudahkan urusan kedua ibu bapa kita, Allah juga akan mudahkan urusan kita? Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan kita.
Ada lagi? Ya. Masalah umat. Sebarkanlah dakwah. Infakkanlah diri kita dalam jalan dakwah. Dengan kita mengajak orang lain amar makruf nahi munkar, harap-harapnya akan menjadi satu saham yang dinilai oleh Allah di sana nanti.
Allah berfirman : Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
Di harapnya dengan pertolongan kita di jalan Allah, Allah juga akan menolong kita dalam urusan jodoh kita. Percayalah, apabila kita berusaha bersungguh dalam medan dakwah ini. Kita jatuh cinta. Cinta pada si dia akan hadir kemudiannya.
Ini adalah hadiah buat hati yang sedang menunggu saat lafaz sakinah.
Bersabarlah. Kerana Allah tidak pernah beri sesuatu yang bukan pada tempatnya. Sampai saatnya nanti kita juga pasti mampu tersenyum bersama memandang bulan dan bintang bersama si dia yang halal.
Hadiah. Untukmu.
lafaz sakinah

Thursday, May 16, 2013

guru


"SELAMAT HARI GURU , CIKGU . SEMOGA TERUS SUCCESS" 
-pka-

"SELAMAT HARI GURU , CIKGU . SEMOGA CIKGU CEPAT CEPAT KAWIN. TAK SABAR NAK TENGOK CIKGU KAWIN"
-nurul-

"SELAMAT HARI GURU , CIKGU . CIKGU THE BEST . NAK JADI KAKAK IPAR SAYA TAK ? ABG SAYA SINGLE"
-nadia-

antara mesej mesej . ucapan ucapan yang diterima hari ini . ouh ohsem bukan ? 

sehingga sekarang saya masih tak pasti apakah perkaitan antara kawin dan hari guru =.=

by the way , terima kasih untuk anak anak didik cikgu . maaf ade yang tak sempat cikgu nak balas . malam nanti cikgu balas ye . 

alhamdulillah . walau hanya bergelar teacher to be , diri ini tak ketinggalan menerima ucapan gembira dari mereka di luar sana . terima kasih atas doanya . terima kasih untuk ucapan nya . dan terima kasih untuk tawaran kakak ipar ? errr . ye ye . terima kasih semua :)

rasa bertuah berada di dalam kalangan pendidik . dan baru kini terasa hikmahnya mengapa ALLAH memilih saya berada dalam kalangan ini . terima kasih ALLAH :)

ouh ye . 

buat guru pertama . ibu dan ayah . terima kasih kerana menyuruh saya untuk berada dalam bidang pendidikan yang pada mulanya saya tak berminat . yang dulu konon kononnya nak jadi doktor . haha . dan hari ini saya bahagia dengan status "guru"

:)

juga buat guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kepada saya , terima kasih cikgu . saya mintak halal segala ilmu yang cikgu bagi sehingga saya menjadi sebahagian daripada kalian hari ini . 

terima kasih tak terhingga . 

semoga saya mampu menjadi hebat seperti kalian ! :D

last but not least . 

untuk guru guru saya , dan guru guru di luar sana , juga untuk diri sendiri , 



walaupun mungkin kerjaya DOKTOR itu lebih dipandang . apalah sangat dengan kerjaya si guru , namun , i'm proud to be a teacher :)

Tuesday, May 14, 2013

adam square


rasa dah lama beta tidak berjimba jimbun . ouh semak rase dengan sarang labah sana sini .

-_____-

maafkan beta kerana jadual yang agak padat tidak mengizinkan beta untuk berada di sini mencoretkan sesuatu buat tatapan rakyat jelata . 

hamboi . 

namun hari ini , beta ingin berkongsi kegembiraan juga kebahagiaan beta dengan semua rakyat jelata . haha . 

OK .

pertama sekali . bersyukur beta ke hadrat Ilahi dengan izin dan kuasaNya , beta sekeluarga menerima seorang lagi hero pada lewat tengah hari tadi dengan berat sebanyak 3.1kg . alhamdulillah . syukur tak terkata . 

tahniah buat kakanda beta . izzaimah mohtadi dan suami beliau muhammad idaha :)

rasa baru minggu lepas beta update tentang anak sulung mereka . hari ni beta dah kene update yang baru pulak . alahai alahai . beta belum jugak kawen . anak saudara dah masuk dua .

=.=

ouh tak mengapalah . belum tiba masa untuk beta bergelar zaujah kepada si zauj . ehem ehem . 

eyh . marilah kita sambung cerita anak saudara baru beta .

ini dia . "adam square" 


comel kan ? kalau nak tahu macamane beta ketika bayi , haaaa beginalah rupanya . haha 


wah . kecik kecik dah pandai kenyit mata . nak usha beta lah tue . -.-"

beta rasa sangat teruja dengan kehadiran "adam square" yang selama ni menjadi tanda tanya dan teka teki dalam kalangan keluarga beta . adakah yang baru ini adam lagi atau mungkin hawa ? hik hik . 

dan hari ini . tanggal 13 Mei segalanya terjawab . "adam square" selamat dilahirkan ke dunia :)

ouh ye .

memandangkan beliau masih tidak diberi nama , jadi beta gelarkan beliau "adam square" . sebab wajah beliau dengan abg nya saling tak tumpah .

okay . cuba perhatikan betul betul wajah kedua dua anak buah beta ini . 


haaa . lebih kurang kan ? dan yang sebelah kanan tu si abang . muhammad adam ayish . dan sebelah kiri itu adik . baru lahir sebentar tadi . mungkin adam jugak . mungkin tidak ? entahlah . beta tak pasti . belum dapat keputusan majlis senat . hoho .

dan yang pastinya kedua dua mereka sangat comel dan merekalah penyeri keluarga beta . 

TERIMA KASIH TUHAN ATAS KURNIAAN INI :)

dan 

buat anak-anak saudara kesayangan beta , be "soleh" for one and only ayah dan ibu . tunggu beta pulang dan pastinya beta akan cubit kalian sampai menangis . haha . 

last but not least . 

i love you , sayang sayang ^^,

sincerely ,
mak ngah



Friday, May 3, 2013



 tahniah buat anda dan anda . semoga selamat membina keluarga sakinah mawaddah warahmah .
In Sha Allah :)

jangan pernah ulangi kesilapan yang sama kerana ia sangat menyakitkan . 

salam ingatan .
hamba yang hina


Thursday, May 2, 2013

selamat hari lahir sahabat :)



Detik demi detik telah berganti menjadi tahun.
Langkah demi langkah pun telah dilalui.
Berbagai hal yang indah dan juga menyakitkan.
Semuanya pasti pernah terjadi 

Hari ini..

Dimana hari yang mungkin istimewa buatmu.
Atau mungkin sebagai hari perenungan buatmu.
Kerana hari ini hari kelahiranmu..
Tapi juga hari berkurangnya usiamu di Dunia ini..

Mungkin..
Banyak mimpi dan harapan..
Doa-doa pun dipanjatkan di hari kelahiranmu.
yang pastinya..
Untuk semua hal yg terbaik dan terindah.
Merubah sifat.
Merubah kepribadian.
Merubah pemikiran
Merubah semuanya menjadi lebih baik lagi..

Selamat ulang tahun.
Selamat hari lahir.

dan berduka untuk berkurangnya usiamu.

Hanya kata kata dan doa yang mampu terucap.
Untuk kamu yang hari ini berulang tahun.

DiKala hari bahagiamu datang..
Dari diriku terucap salam..
Semoga hari-harimu penuh kehangatan..
Disayangi keluarga dan teman seperjuangan..
Dan kepribadianmu semakin matang..
Sentiasa mendekatkan diri pada Tuhan..

Harapanku hatimu diliputi kedamaian..
Jauh dari rasa iri dan dendam..

Teriring sebuah ucapan selamat ulang tahun..
Semoga dirimu dianugerahi Tuhan
dan..
Kepribadian yang semakin menawan..

:)



ukhwah fillah abadan abada.
drpd , roomate yang comel ^^,