Wednesday, November 27, 2013

kenangan . episod 3


perjalanan di bumi KGV ditemani dan dibantu oleh seorang "kakak" yang saya rasa tak rugi kenal beliau . alhamdulillah . Allah pertemukan saya dengan orang yang baik-baik. yang sentiasa membantu susah senang . yang setia mendengar cerita karut marut saya . tempat saya luah perasaan yang bercampur baur dengan emosi . yang sabar layan kerenah saya . dan yang paling penting , kakak yang suke bawak saya jalan-jalan . bak kata beliau , jom kita kenal "Seremban".

Pn. Diana Abdul Rahman Sidek

p/s : okay encik jejaka kat luar sana . mohon abaikan niat anda untuk "mengusha" beliau :P

"kau kene faham. aku ni umur je dah banyak tapi masih maintain muda"

cehhh . ayat tu memang dah lali saya dengar . walaupun bunyinya macam orang perasan tapi biarlah . siapa nak puji dia kalau tak dia puji diri sendiri . ye dop ? haha . tapi memang itulah hakikatnya . nampak die jauh lebih muda dari saya walaupun sebenarnya die jauh lebih tua . haha . 

akak yang sentiasa ada dengan saya di sekolah . mana ade die , situ ade saya kecuali dalam kelas . sampaikan siapa cari dia tak jumpa, pasti cari saya . alahai akak . akak . femes sangat =.=

dan

keakraban kami tidaklah hanya berdua . tapi dilengkapi dengan encik jejaka yang bajet bajet aaron aziz ni . haih lah . ni lagi sorang , masuk bakul angkat sendiri -.-


dan inilah tiga sekawan yang sentiasa bersama . bila salah seorang dapat tugasan, maka yang lain turut kene tempiasnya . haha . termasuklah tugas luar bidang . eh ?

biasanya kak diana lah yang dapat tugasan besar sebab beliau guru tetap . kami hanya menjadi pembantu yang tak berapa nak membantu .haha . tapi alhamdulillah . dengan usaha bersama , dan kesungguhan kak diana sebagai "akak" kami , maka apa yang diberikan dapat disempurnakan . dan itulah yang kami mahukan . yang penting kerjasama . itu prinsip kami :)

dan masa masa kami turut dihabiskan dengan aktiviti luar sekolah termasuklah tengok wayang, makan, dating . eh ? haha. okay yang ni tipu . dan mungkin kerana terlalu rapat itu menyebabkan ada perkara yang disalah ertikan. namun diabaikan dengan anggapan positif ^^,

4 bulan di bumi KGV menjadikan ukhwah ini terlalu rapat sehingga air mata gugur di akhir pertemuan . okay ini tak tipu . walaupun selalu gelak-gelak and no airmata between us, tapi akhirnya ia gugur jua . hey . nampak je kami macam keras . tapi dalam hati ade taman hokeeyyyy :')

semoga ada rezeki untuk kita berkumpul bersama lagi .

dan buat kak diana sayang , 
thanks for everything . memang betul . kami tak pernah dapat akak yang macam akak. the best sister ever dan rasenye akak pon tak pernah dapat adik ohsem macam kami kan ? hewhewhew. by the way, goodluck . teruskan perjuangan dan misi misi yang belum dicapai di KGV. ade rezeki , kami datang balik berkhidmat di sana . hehe . semoga akak lebih sabar dan tabah dengan ujian kehidupan . last but not least , maaf untuk segala kekurangan kami sepanjang kita bersama :)

deep from heart.

to be continue.....

Tuesday, November 26, 2013

kenangan . episod 2


kegembiraan di bumi KGV dikongsi bersama rakan rakan seperjuangan . rakan yang juga merupakan produk keluaran universiti tercinta, UPSI. 


curi gambar dari aishah . hewhew . 

inilah barisan sahabat seperjuangan yang susah senang bersama . tempat berkongsi kerja, berkongsi cerita, berkongsi tanggungjawab . berkongsi idea. dan tak lupa . berkongsi relief . eh ? haha

"tanpa mereka . siapalah saya"

persahabatan yang bermula dari bumi murabbi, dipanjangkan terus di bumi KGV dan In Sha Allah diteruskan perjalanan menuju ke SyurgaNya . alhamdulillah . ALLAH hadirkan sahabat yang terbaik dalam kalangan terbaik :)

ouh ya . terlupa nak perkenalkan sahabat yang comel dan kacak bergaya ni . mereka adalah suriati abdullah , aishah kamal dan alexander.

adat bekerja. adat manusia. sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula hidup sepasukan. terkadang emosi mengusai diri . tak mampu dikawal . tak sempat ditahan . dan akhirnya tercetus perbalahan . namun kerana ukhwah yang dibina, perbalahan terlerai dengan sendirinya . alhamdulillah .

4 bulan di bumi KGV, pelbagai kenangan dilalui bersama. kenangan balik lewat dan selalunya kamilah orang terakhir yang keluar dari bilik guru. penat dengan tugasan, berehat seketika dengan "party kecil" . heh biasalah . rehatkan minda kata orang. hehe. 

bukti balik lambat. bili guru dah kosong :D

dan.


mereka adalah antara sahabat yang paling tabah dan sabar melayan kerenah saya yang kadang kadang entah pape ni . saya hanya manusia biasa yang terkadang emosi di luar jangka . mulut tersilap bicara . hati tersilap mentafsir. yang kadang juga tersilap langkah . terkasar tanpa disengajakan :')

tangan dihulur maaf dipinta . terima kasih sahabat untuk kenangan ini . panjang umur boleh kita berkumpul bersama lagi . moga ukhwah ini terpelihara .

with lot of love.



to be continue...


Monday, November 25, 2013

kenangan . episod 1


lame sudah rasenye jari jemari tidak menaip di ruangan ini . berbekalkan seminit dua yang ada, izinkan saya berkongsi cerita . hamboi ! macam ade orang tunggu bunyinya. haha

okay .

sebenarnya banyak sangat benda nak kongsi . cuma malas atau tak je nak menaip . kalau suruh bercerita pasti dah selesai . nak menaip ni mahu makan dua minggu nak mengarang . almaklumlah , cikgu matematik memang ade masalah dalam membina ayat =.=

ouh . sebelum terlupa . izinkan saya membuat pengumuman .

"dengan ini , secara rasminya saya telah tamat menjalani latihan mengajar di SMK King George V, Seremban."

heee . 4 bulan sudah bertapak di bumi king george. 4 bulan menjadi orang seremban . 4 bulan menjadi penghuni homestay suliana . 4 bulan menjadi guru matematik dan lain lain .

dalam 4 bulan tu , banyak yang saya peroleh . yang saya lalui . yang saya hadapi . pahit , manis , tawar , kelat , masam , masin . semua ada . dan itulah yang saya akan kenangkan sepanjang hayat . pengalaman yang mengajar saya apa itu erti kehidupan .

okay . rasa macam dah panjang sangat mukadimah . lets start the story with bismillah :)



menjadi seorang guru itu tidaklah mudah seperti yang disangka . pelbagai tanggungjawab harus dipikul . pelbagai amanah harus dijaga. namun dengan niat kerana ALLAH , pastinya semua berjalan lancar .

dan .

alhamdulillah , 4 bulan di bumi KGV berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan . dengan persekitaran yang baik , sahabat-sahabat guru yang ohsem , anak-anak didik yang baik , alhamdulillah .

bermula dengan tanggungjawab mengajar dan mendidik. kemudian tanggungjawab menjadi sekretariat untuk program program yang dijalankan , dan menjadi pengawas peperiksaan ulangan. ilmu dan pengalaman yang dibawa dari bumi murabbi diguna dengan sebaiknya.

menjadi guru Matematik untuk Tingkatan 1 dan 4 . guru Kemahiran Hidup tingkatan 2 buat saya tersenyum lebar mengenangkan mereka . dengan kerenah , gelak tawa anak anak ini buat saya lupa tentang masalah . tak dinafikan walaupun kadangkala terbit rasa marah dengan kenakalan anak-anak ini , namun kasih kepada mereka melenyapkan semua marah yang ada .

"maafkan cikgu sayang-sayang andai ada yang cikgu termarah"

dengan tiga kelas yang berbeza tentu sekali perangai yang berbeza . suasana berbeza . keadaan berbeza . tetapi semuanya indah belaka :)

anak anak tingkatan 1 yang sangat manja . anak anak tingkatan 2 yang sangat happening . anak anak tingkatan 4 yang sangat matang . itulah anugerah Allah pada saya .

dan semuanya itu adalah kenangan .

pelajarku sayang,
masa depanmu, secerah sinaran mentari,
dirimu umpama mutiara yang berada didasar bumi,
bakal pemimpin yang berwibawa suatu hari nanti,
yang menjadi tonggak kebanggaan  ibu pertiwi,

sedarkah kamu wahai sayang,
siapa dirimu yg sebenarnya?
apa impian yg ingin kau capai?
apa kerjaya yg mahu engkau gapai?

pelajarku sayang...buka mindamu,celik akalmu,
lapangkan dadamu, penuhkan dadamu dengan ilmu
barulah kamu akan sedar dan jelas akan matlamat
dan hala tuju hidupmu..

hanya bimbingan dan doa cikgu mengiringimu,
semoga kamu sentiasa dibawah lindungan illahi,
dengan menjadi insan yg berilmu,
insyaallah hidupmu akan sentiasa diberkati.
.

dan inilah coretan yang mampu saya ukirkan tanda ingatan saya pada anak anak yang dirindui .


to be continue........