Wednesday, June 11, 2014

tips latihan mengajar


fuhh minggu ni berduyun duyun mesej masuk . mintak tips nak buat praktikal katanya. cehhh . acah acah senior kan ?  haha . tak tahu senior ni jugaklah yang kecut perut masa nak buat praktikal dulu. hahaha.

oleh kerana tak larat nak balas satu satu maka saya menjawab dalam post yang dibina serba ringkas. mohon abaikan segala ketulanggangan bahasa dan ayat . 

perghh . macam artis nak jawab soalan peminat bunyinya .
.
.
.

okay . sebelum pergi lebih jauh lebih jauh dan lebih jauh, semua orang kene hadam benda ni dulu . 

bahawa saya menulis di sini bukanlah kerana saya adalah guru praktikal terbagus suatu ketika dahulu. tidak sama sekali. saya menulis sebagai menjawab persoalan adik adik serta sahabat sahabat yang bakal menjalankan praktikal bulan depan . dan apa yang akan saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya, dan mungkin juga pengalaman kawan kawan yang akan saya selitkan. yang baik boleh ambil, yang tak baik boleh tinggal. itu je. semoga ia membantu walau hanya sekecil zarah . erm . 

dah hadam ? 

pastikan hadam betul betul baru teruskan pembacaan . okay ?
hew . 


baiklah . berbalik pada fokus pembebelan hari ni . tentang tips menjalankan praktikal untuk adik adik dan sahabat sahabat yang bakal menjadi guru praktikal di sekolah bulan depan . okay ini tips secara umum tau . bukan cara nak buat RPH macamane . nak mengajar guan kaedah apa . itu awak semua dah belajar mase kelas KPD . heee . tips ni istimewa siket . haha .

jangan lupe . amek yang baik baik je tau . yang rase macam tak elok , tinggal je kat sini :)

okay pertama sekali . pastikan anda kenal rakan rakan sesama praktikal anda . senang kata yang satu sekolah dengan anda . tak kisahlah rakan anda itu dari kos lain mahupun universiti lain. tidak perlu kenal terlalu dalam sampai nak tahu makanan dan minuman kegemaran. cukuplah tahu dia siapa . dari mana . jantina apa . jangan tanya saya macamane nak berkenalan ye adik adik . sekarang ni semuanya di hujung jari . kalau malu bertanya, cari je lah di facebook. instagram . ouh mungkin twitter ? tapi lebih baik bertanya. bertegur sapa. beramah mesra. kan nak kerja bersama . hehe .

dik, tak kenal maka tak cinta :)

eh . bukan nak suruh awak bercinta tapi dengan perkenalan yang mungkin hanya gambaran daripada hasil intipan awak tadi tu, awak dah boleh bersedia untuk berhadapan dengan kawan kawan awak nanti . yang ini tak tipu . rakan sepraktikal kita adalah rakan sekerja dan antara yang terpenting dalam dunia praktikal kita nanti . percayalah .

tetapi ! ade tetapi ye adik adik . jangan pulak berfikiran negatif . contoh awak tengok facebook rakan sepraktikal awak . DP gambar tengkorak . jangan judge yang die tu ahli black metal pulak . ouh itu tidak digalakkan sama sekali. cukuplah sekadar berfikiran mungkin die berjiwa keras. haha . atau mungkin die seoarang yang serius ? jadi awak bersedialah nak bekerja dengan dia nanti . faham ke ?

mohon fahamkan . penat dah menaip panjang lebar ni -__-

okay yang kedua . kalau tadi dah panajng lebar cerite pasal rakan praktikal , kali ni berpindah pada rakan serumah . pastikan pilih atau duduk dengan rakan yang sesuai dengan kita . rakan serumah sangat mempengaruhi dunia praktikal ye adik adik . pilihan terbaik , menetaplah dengan rakan baik anda atau senang kata geng kat universiti . jika mungkin tidak dapat duduk serumah atas faktor sekolah jauh atau lain lain , carilah seorang yang boleh menjadi "telinga" kita. jika tidak ada dan kita perlu duduk seorang , tak mengapa . itu lebih baik daripada awak duduk dengan orang yang salah . 

tak nak ulas panjang lebar sebab saya rasa semua dah arif tentang bab "kawan" . maka selami sendiri dengan hati yang paling dalam . 

okay yang ketiga . pada hari melapor diri, pastikan anda hadir ke sekolah dengan diri anda sebagai guru. mulakan jejak di pagar sekolah dengan langkah kaki kanan disertai dengan bacaan bismillahitawakkaltu allallah . 

"sesungguhnya aku di sini untuk mendapatkan ilmu juga berkongsi ilmu. moga Allah permudahkan"

perbetulkan niat kita . kita datang ke sekolah, bukan hanya untuk mengajar tapi untuk belajar dunia pendidikan sebenar. letakkan sepenuh kebergantungan kepada Yang Esa. In Sha Allah. everything will be okay :)

paling penting . letakkan senyuman paling indah di wajah tidak kiralah dengan siapa anda bertemu pada hari itu . mungkin pengawal ? cleaner ? percayalah . senyuman indah itu yang menjadikan awak diterima ramai .

bertemu dengan pengetua adalah perkara yang paling di geruni pada hari berkenaan . kan ? okay . kuncinya , bertenang dan yakin . sepertimana anda langkah di pagar sekolah tadi begitulah anda melangkah dalam bilik pengetua atau yang lainnya . buat muke paling yakin seolah anda bersedia . jangan tunjuk rasa dalam hati yang kacau bilau . hehe . dengar penerangan atau taklimat pengetua dengan fokus sefokusnya . tanya jika tak faham tapi mohon untuk tidak mengajukan soalan yang sangat sangat tak boleh diterima . contohnya . boleh tak kalau tak payah buat RPH ? errrr errrr errrr soalan ni bukan pengetua je rasa nak marah, saya pon nak marah jugak . -.-

okay yang keempat . dah selesai lapor diri dan dengar segala taklimat bagai , plis plis plis . terima sahaja peraturan sekolah . jika ade yang tak berkenan di hati , mohon simpan dalam hati . jangan sesekali beremosi di situ. ingat . anda berada di sekolah . ramai yang memerhatikan dan mendengar setiap butir bicara anda . jangan keran ketidakpuasan hati itu anda awal awal di pandang teruk oleh orang sekeliling .

contoh paling mudah . sekolah menetapkan jubah tidak boleh dipakai oleh guru perempuan pada hari lain kecuali hari jumaat kecuali guru itu mengandung . mohon terima . mohon ikut . mohon untuk tidak pertikaikan . peraturan itu mudah dan jelas . tak ade perkara yang anda perlu pertikaikan kerana hanya jubah tak boleh dipakai bukan semua baju tak boleh pakai . anda masih boleh kelihatan cantin anggun bergaya dengan baju kurung . kan ? maka , jangan jadikan ia masalah untuk anda :)

jaga mulut . jaga tingkahlaku . banyak mata mata sedang melihat anda .

okay yang kelima . setelah anda memulakan kerjaya sebagai seorang guru walaupun hanya berpraktikal , pastikan anda bekerja dengan niat kerana ALLAH . mengajar kerana ALLAH . berprogram kerana ALLAH . semak PBS kerana ALLAH . key in markah pelajar kerana ALLAH . dan semua kerana ALLAH . 

this is very very very important . anda akan rasa sendiri nanti tak perlu saya huraikan sekarang tapi pastikan anda tidak mengeluh dengan setiap tugasan yang diberikan . anda mungkin akan rasa why must seorang guru buat benda ni ? ni bukan kerja guru ? kenapa guru kene buat ? itu dan ini . tapi anda jangan lupa niat pertama anda melangkah masuk sekolah tadi . bukan sahaja untuk mengajar . malah untuk belajar . semat dalam hati . lakukan sebaik mungkin . walau tak rela , walau terpaksa tapi niatlah untuk belajar . niat kerana ALLAH . In Sha Allah pahala ganjarannya :)

okay keenam . anda akan berada dalam kalangan guru guru tetap di sekolah berkenaan . maka , ringankan mulut , rendahkan diri untuk bertegur sapa dengan mereka . jadikan mereka sebagai idola . mintak tunjuk ajar . jangan sombong untuk bertanya . jangan buat buat pandai padahal tak pandai . rapatkan diri dengan guru guru lain . mungkin makan bersama ? sarapan ? makan tengahari ? dari situ anda akan belajar sesuatu . anda akan belajar dari pengalaman mereka . kutiplah dan gunakan sebaiknya . sangat berguna . 

okay yang ketujuh . ini antara yang agak penting daripada yang terpenting iaitu elakkan fitnah . tak faham kan ? ke faham ? erm . tak tahu macamane nak jelaskan tapi kene jugak beri sedikit gambaran agar anda tak buat apa yang saya maksudkan. segala panjang lebar bebelan saya di atas ade kaitan dengan perkara ketujuh ni . kenapa saya suruh kenal kawan . cari osmet yang okay . kenal cikgu . rapat dengan cikgu . buat kerana ALLAH . this is the answer . 

awak akan bekerja dengan rakan awak . tak kira sama ada dia lelaki atau perempuan . untuk urusan kerja , perkara itu tak boleh kita elak tapi kita boleh atasi dengan baik . contoh . awak perempuan . diberi kerja dengan seorang guru lelaki . pastikan, ade yang tahu "tugasan" awak berdua atau ade yang menemani agar tidak menjadi fitnah dan buah mulut orang lain . awak dia dan Allah tahu apa yang kalian lakukan tapi manusia yang hanya melihat tanpa bertanya boleh membuat andaian yang tidak sedap didengar . kita tak boleh tutup mulut orang dik tapi kita boleh elak untuk orang berkata bukan bukan :)

okay yang kelapan dan mungkin yang terakhir. ini mengenai tugasan di sekolah . jangan rasa terbeban dengan tugasan yang diberikan . contohnya anda kene jadi s/u mesyuarat. anda kene susun fail koko. lengkapkan maklumat pelajar itu dan ini termasuk tugasan pentadbiran . laksankan program A. uruskan program B . jangan anda rasa eh kenapa aku je yang kene . kenapa yang lain tak kene ? sebab anda orang yang dipercayai . itu tandanya orang atas percaya dengan kerja anda . dia tahu anda boleh . maka untuk apa anda pertikaikan sedangkan itu adalah award yang anda perlu banggakan .

tugasan kepada setiap guru praktikal berbeza . anda akan rasa aku je kerja banyak . die tu lepak je . biarkan . anda buat yang terbaik , hasilnya anda dapat yang terbaik . jangan membanding beza masa anda dengan rakan sekerja lain . anda dan dia tak mungkin sama . kita diberi kerja atas kepercayaan orang pada kita . berbahagialah dik :)

haa okay dah sampai perenggan penutup . 

saya pon dah rasa penat nak menaip walaupun macam ade yang tak cukup dan tak lengkap . mungkin saya akan sambung pada next entry atau mungkin awak awak boleh ajukan soalan di ruangan komen ? haha almaklumlah dah tua tua ni . idea tak berapa nak mencurah . tulis sekadar yang terlintas dalam kepala . hehe . apa apa pun inilah yang dpaat dikongsi bersama . moga sahabat sahabat dan adik adik yang bakal menjejakkan kaki ke dunia pendidikan dapat menjalani latihan mengajar dengan baik dan semoga segalanya dipermudahkan :)

yang baik datang dari ALLAH , yang salah datang dari dia saya yang serba tak sempurna ni .

*peace*