Saturday, June 15, 2013

ALLAH is the best planner .



menanti saat itu lebih gerun dari menanti keputusan peperiksaan . 

YA ALLAH , permudahkanlah . janganlah Engkau persulitkan . 

pelbagai persoalan menerjah ruang fikiran . pelbagai andaian berlegar legar di ruang mata . pelbagai perasaan menerpa . aduhhh . risaunya :')

ingin sekali bersangka baik dengan apa yang bakal berlaku . tetapi perasaan yang buruk itu lebih awal datang walau tidak diundang . hmm . 

YA ALLAH , hapuskan perasaan gundah ini . redhakan hatiku dengan setiap ketentuanMU :')

perasaan tidak sabar menanti kedatangan hari itu terkadang dihempap dengan perasaan tidak bersedia menerima perkara selepasnya . 

 memikirkan kelemahan diri , terkadang rasa ingin berhenti . tidak mahu meneruskan perjalanan . tetapi dipujuk hati . sampai satu ketika ia tetap terjadi . 

langkah diteruskan dengan lemah dan tak berdaya . dibasuh fikiran dengan sebaris ayat . "tiada manusia yang sempurna" . 

pasrah . redha . itu penyelesaiannya . doa dan terus berdoa . itu langkahnya .  

bertenanglah duhai hati yang gundah gulana .

Friday, June 14, 2013

gelisah



Kegelisahan menanti calon pasangan hidup adalah suatu perkara yang normal. Ketika usia masih jauh kita sibuk menolak lamaran, sementara ketika usia sudah diambang keputus-asa-an, perasaan gelisah muncul tidak berkesudahan.
Kita bukan selebriti barat yang tidak kenal Islam, dengan mudah mengatakan tidak perlu berkahwin. Kita adalah muslim dan muslimah yang faham akan Islam dan mencuba berjalan lurus di atasnya.
Kegelisahan yang berkecamuk di hati harus ditaklukkan. Bagaimana caranya?
Berdoa kepada Allah, kerana Allahlah yang berkuasa membolak-balikkan hati kita. Boleh jadi di pagi hari kita merasa bahagia, namun di petang hari merasa sedih, dan kemudian di malam harinya kembali merasa bahagia.

Gelisah Itu Menyibukkan

Gelisah adalah perasaan hati yang seharusnya dapat kita atur dan kawal. Namun ternyata dalam mengawalnya tidak semudah yang kita jangkakan. Kerana kegelisahan datang tanpa diundang, dan tiba – tiba menyergap diri kita dalam keadaan lemah dan tanpa melawan.
Perasaan ini kemudiannya yang membuatkan kita sibuk, bukan sibuk untuk merasa gembira atau senang. Melainkan sibuk tidak tahu harus membuat apa, mengerjakan apa. Ingin duduk, tetapi kemudian berdiri, ingin berjalan, tapi mendadak berhenti, gelisah.. gelisah dan gelisah…
Inilah rasa gundah yang harus kita kawalkan. Bagaimana caranya?

1. Cuba Menenangkan hati dengan berzikir kepada Allah

Memanfaatkan waktu – waktu munajat kita bersama Allah. Dalam solat lima waktu, usahakan tidak segera menyudahi solat dengan tergesa – gesa. Lantunkan ayat dan doa dengan segenap penghayatan yang mendalam.
Ketahui ertinya dan cubalah untuk menikmati masa – masa bersama Allah tersebut. Sampaikan apa yang kita keluhkan, apa yang membuat kita gelisah, kerana Allah sahaja yang dapat menyembuhkan kegelisahan hati kita.
Basahi bibir kita dengan ucapan – ucapan zikir yang dapat menuntun hati kita menjadi lebih terarah.

2. Dekati Majlis Ilmu

Dengan mendekati dan menyertai bersama majlis ilmu, hati kita diharapkan dapat semakin mantap. Hidup tidak hanya memikirkan masalah dunia yang menyita perhatian kita.
Ada waktu luang yang sengaja kita peruntukkan untuk mengkaji ayat – ayat Allah. Dalam majlis ilmu itu hati kita akan mendapat apa yang ia perlukan. Kesejukan dan kedamaian hati yang selama ini kita cari.
Hidup menjadi sangat sederhana, tidak serumit yang kita bayangkan. Mengelola hati dapat menjadi lebih mudah, kerana kemahuan hati bukan lagi pada nafsu peribadi, tetapi kepada apa titah Ilahi yang harus kita taatkan.

3. Berkongsilah dengan Orang Soleh

Beban hidup ini menjadi berat apabila ditanggung sendiri. Ia akan menjadi sangat indah apabila kita dapat berkongsi dengan orang lain.
Mencari orang yang tepat untuk berkongsi bukan mudah. Mereka yang dapat menjadi pegangan kita ketika kita memerlukan. Mahu mendengar cerita kita dan mahu menjaganya tetap terjaga dalam rahsia. Apabila mereka dapat memberi penyelesaian, maka nescaya penyelesaian itu membahagiakan hati.
Kalaulah tidak benar penyelesaian yang diberikan, dia tidak akan menjerumuskan kita ke dalam kehinaan.

Wednesday, June 12, 2013

surah Al-Mulk



Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:"

Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Diantara kelebihan-kelebihan Surah ini adalah:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Tuesday, June 11, 2013

aku , dia , dan kamu sebagai sahabat .


Semua orang didunia ada sahabat kan?mustahil kita tidak ada sahabat walaupun seorang..Apa makna sahabat?Bagi saya,sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dihati kita.
Tanpa mereka,siapa jugalah kita kan?berikut saya senaraikan sikit antara hadis Nabi SAW berkenaan dengan makna sahabat;
"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Dalam islam sendiri ALLAH menggalakkan kita bersahabat,berteman,berkasih antara kita dan sebab itulah ALLAH menjadikan kita berbilang kaum dan warna kulit agar kita dapat saling kenal dan hormat-menghormati. Nah!ini terbukti apabila turunnya ayat :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." 
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)
Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:
* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya

Bersahabatlah kerana ALLAH,pasti indah perhubungan itu. Bersahabat juga tidak terlepas daripada berselisih faham, kita lah yang harus bijak menangani masalah itu. Jangan sampai terputus silaturrahim ini. Sahabat, maafkanlah setiap kesalahan sahabat-sahabatmu. Memohon maaf terlebih dahulu bukan bererti kita kalah atau salah tapi demi menjernihkan keadaan,tidak salah kan kalau kita tolak ego kita ketepi?