Wednesday, August 29, 2012

coretan petang rabu :)


petang petang macam ni rasa seperti nak bermadah pujangga . haha . okay siapa tak berminat untuk membaca sila berhenti membaca di sini dan boleh tekan pangkah di hujung atas kanan dekstop anda :)

nampak tak betapa sombong dan bongkaknya menulis seperti itu ? okay . maafkan saya . hanya gurauan petang sebagai penghibur hati yang tengah gundah gulana . eh ? 

sila gelak dengan ayat bahasa melayu saya yang terabur mabur ini -.-

hari ini rasa seperti ade yang tak kene . entahlah . susah untuk ditafsir . dan susah untuk diluah dengan kata kata . hanya doa dipanjatkan kepada Yang Esa moga moga segalanya baik baik belaka .

indahnya hidup jika kita mengikut apa yang Islam ajarkan . manisnya hidup jika kita mngikut segala suruhan . meninggalkan segala larangan . 

betul . bukan senang untuk didik diri istiqamah namun usaha yang gigih boleh membantu . bukan senang menerima kata kata orang sekeliling tetapi tanpa kita sedar ramai yang mendoakan . mengapa harus dipandang yang menyakitkan kerana yang membahagiakan itu lebih menenangkan . 

:)

dalam pada kita mendidik diri istiqamah , cuba juga mendidik diri bersabar . dugaan dan ujian ALLAH itu ade di mana mana . 

ouh ye . bercerita soal kesabaran . 

tika diri dan hati boleh menerima situasi sekarang , ade yang cuba bermain api . hehe . mukin dia tidak pernah mendengar pepatah ini . jangan menguji kesabaran seseorang yang sedang bersabar . 

tapi itulah manusia . kadang terlupa dengan apa yang telah diperkatakan dan apa yang telah dijanjikan . ouh tidak mengapalah . insya-ALLAH , selagi terdaya , akan dipupuk kesabaran ini hingga ke hujung nyawa :)

sama samalah kita wahai sahabiah sekalian untuk sentiasa bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman ^^

mengenangkan apa yang berlaku lewat tengah hari tadi , bukan sahaja wujud kemarahan malah tertimbul juga perasaan perasaan yang tak sepatutnya . tetapi saya tidak dididik untuk membenci orang malah saya dididik untuk menyayangi semua orang . dan apa yang berlaku biarlah ia berlalu .

dan kesimpulannya untuk entry hari ini adalah , 


selamat petang semua . barakallah :)

Monday, August 27, 2012

syawal 1433 :)


alhamdulillah . seminggu syawal telah berlalu dengan baiknya . sempat ziarah saudara mara , dan mereka juga telah bertandang ke rumah . syukur , saya punya keluarga yang bahagia :) tak sangka . dah jadi nenek pun saya ni . walaupun tak berkahwin lagi . haha . 

namun , dalam tawa gembira berhari raya , insan yang bergelar atok telah dijemput Ilahi kembali ke pangkuannya . sempat bertemu dan bermaafan di hari raya pertama . namun , ALLAH lebih menyayanginya .  tidak berpeluang menatap wajahnya untuk kali yang terakhir , hanya doa mengiringi . moga beliau ditempatkan dalam golongan orang orang yang soleh . Al-fatihah . 

yang pergi tetap akan pergi . yang masih hidup , perlu teruskan kehidupan . 

bilamana ALLAH mengambil seseorang daripada kita , maka DIA akan memberi seseorang kepada kita . dan bila ALLAH ambil atok dari kami , ALLAH beri ahli keluarga baru kepada kami . saya bakal mendapat sepupu baru :) 

dan syawal kali ini adalah syawal pertama untuk transformasi saya . eh ? haha . alhamdulillah . syukur . dalam pada risau takut tak diterima , rupanya , masih ada yang kagum . moga kita sama sama mencari dan menggapai redha Ilahi . kerana itulah yang dituntut . 

bukan saya minta untuk dipuji . bahkan saya mohon doa kalian .

dan syawal kali ini mengajar saya menjadi kuat dan tabah . belajar untuk menerima setiap butir bicara orang sekeliling . tidak mengapa sayang sayang . biarlah saya tidak cantik di mata manusia asal saya cantik di mata ALLAH . 

saya bersyukur . 

sekian untuk coretan hari ini . moga bertemu lagi . insya-ALLAH (:


Saturday, August 25, 2012

salam aidilfitri ^^,


selamat hari raya aidilfitri buat semua :)

alhamdulillah . bertemu lagi kita dengan syawal yang penuh dengan warna warni . dalam gembira pasti ada tawa dan dalam duka pasti ada airmata . itulah lumrah kehidupan kita sebagai hamba ALLAH . manusia . khalifah di muka bumi ini . 

pejam celik pejam celik . telah berlalu sebulan Ramadhan . hiba rasanya . adakah sudah sempurna Ramadhan kita . takut jika jika tidak bertemu dengannya lagi . ALLAHUAKBAR . moga moga ianya yang terbaik :)


Friday, August 17, 2012

tentang insan benama ibu .


bila bicara soal raya , diri tak seexcited dulu . yang setiap masa ingin menggayakan baju . setiap masa mengemas rumah . setiap masa memastikan rumah dan kelengkapan serta persiapan raya berada di tahap yang paling maximum :)

tapi kini , diri hanya berdiam . hanya menyiapkan segalanya secara ala kadar . betul kata ayah . yang buat raya kita meriah adalah MAK . 

MAK yang dulunya memang akan memastikan raya kami meriah . walaupun MAK selalu bising dengan kami sebab tanak mengemas , bising dengan ayah sebab adek tidur je tapi die tetap melakukan yang terbaik dan hasilnya , raya kami sangat indah . dan meriah :)

bukan menyalahkan takdir . bukan juga menidakkan apa yang telah tertulis , namun ternyata diri ini sangat rindukan MAK yang dulu . yang sihat . yang suka bising . segalanya dilakukan sendiri tanpa harapkan anak anak dan suami . 

MAK yang terbaik di hati kami sekeluarga . 

namun kuasa ALLAH itu tiada tolok dan bandingnya . dan ALLAH jualah yang berkuasa atas tiap tiap sesuatu . dalam sekelip mata ALLAH boleh mengubah sesuatu 360 darjah . tapi kami masih bersyukur kerana semakin hari MAK semakin baik walau tidak sama seperti dulu . mukin semuanya perlukan masa . 

hanya doa yang mampu kami titipkan buat MAK . semoga MAK terus kuat dan tabah . 

:)

dan lagu ni . aida tujukan buat mak . mak jangan sedih sedih lagi . ALLAH ade dengan kita .


notakaki : saya lebih bermood untuk cerita tentang mak berbanding raya . erm . hargai ibu anda kawan kawan . 

salam sayang , izzaidah mohtadi 


Wednesday, August 15, 2012

coretan ringkas tentang "seseorang"


alhamdulillah . sedar tak sedar kita dah berada di hari ke 26 Ramadhan . pantas dan tuntas masa berlalu . rasa macam baru 6 hari . tapi itulah kuasa ALLAH . dan sememangnya semakin hari masa itu semakin cepat :)

dan hari ini entah kenapa hati terbuka untuk mencoretkan sesuatu buat "seseorang" . ye "seseorang" . dan rasanya biarlah dia dikenali sebagai "seseorang" kerana mukin itu lebih baik ^^,

"seseorang" ini aku kenali tidaklah begitu lama bahkan tidaklah begitu sekejap . sedang sedang orang kata . tapi perkenalan itu cukup buat diri ini belajar pelbagai erti . dan alhamdulillah . sekali lagi ALLAH berikan saya "seseorang" yang membantu saya bersama sama menuju jalan redha ALLAH . 

dialah sahabat . dialah teman . dialah rakan . dialah kawan .

mukin kata terima kasih tidak cukup untuk membalas budinya . dan mukin ia juga diluar kemampuan saya yang hanya seorang hamba ALLAH yang hina . dan menyedari kelemahan itu , saya menyerahkan kepada yang Maha Esa untuk membalas segala budi baiknya . ye . hanya ALLAH yang mampu membalasnya . 

dari sini . hanya doa yang dapat dikirimkan kerana saya pasti ALLAH ade bersama . dan ALLAH ada membantu . kerana ALLAH jualah yang berkuasa atas tiap tiap sesuatu . 

hari demi hari . waktu silih berganti . semoga ada rahmat dan redhaNYA . 


Friday, August 10, 2012

lelaki yang soleh itu memimpin .


KAUM ADAM , 
Tolong jangan mengambil kesempatan atas kelembutan kami kaum Hawa
Tolong jangan adukan kepada kami mengenai masalah anda
Tolong jangan cuba menguji kami
Tolong jangan telefon kami jika tiada hal yang betul-betul penting dan segera

Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya khabar
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara
Tolong jangan mesej kami jika hanya ingin bertanya "Buat apa tu?"
Tolong jangan puji kami dengan puji-pujian yang boleh membuatkan kami lalai hatta puji-pujian itu adalah kata-kata yang baik, contohnya, "Awak ni baiklah, awak ni solehahlah..."
Tolong jangan tengok kami dengan pandangan yang pelik
Tolong jangan ambil gambar kami, apatah lagi secara curi-curi
Tolong jangan tengok mata kami saat bercakap dengan kami
Tolong tegaskan suara anda ketika bercakap dengan kami
Tolong jangan biarkan kami terbuai dengan bicara yang berlarutan yang tiada arah tujunya

Kerana kami juga insan yang sangat lemah
Kerana kami juga insan yang mudah tersentuh
Kerana kami juga insan yang sukar untuk menolak permintaan orang, apatah lagi daripada kaummu wahai Adam ...kerana itu fitrah
Kerana kami juga insan yang sangat mudah untuk terleka
Kerana kami juga insan yang sangat lemah dengan puji-pujian
Kerana kami dah cuba untuk menahan pandangan
Kerana kami juga kadang-kadang lalai

Sebaliknya,
Anda boleh adukan masalah anda kepada yang sesama jantina anda
Anda boleh menghantar mesej sahaja jika perkara yang ingin diberitakan itu tidak diperlukan dengan segera dan penting serta pastikan mesej itu tidak meleret-leret!
Anda boleh bertanya khabar mereka yang sejantina dengan anda, bukankah itu lebih manis dan meningkatkan nilai ukhuwah yang dituntut?
Anda boleh meluahkan rasa tidak puas hati itu kepada yang lebih berhak (Allah), Dia akan sentiasa menjadi pendengar yang baik, bahkan insya-Allah akan memberikan jalan penyelesaian yang terbaik
Anda boleh memberi puji-pujian itu kepada yang lebih berhak (Allah) atau jika nak diluahkan kepada manusia juga, mungkin boleh diluahkan kepada ibu anda, kakak anda, adik anda, guru anda dan sahabat sejantina anda, atau nak lagi baik? Luahkan kepada isteri anda yang sah kelak. Itu yang terbaik

Bantulah kami
Kami juga mahu menjaga hati dan iman kami
Kami tahu, anda juga bukanlah malaikat yang boleh manahan segala asakan syaitan itu
Tapi, berusahalah!
Ketika kami terlupa, ingatkanlah kami dengan berhikmah
Ketika kami lupa untuk menundukkan pandangan, janganlah engkau turut sama melayannya
Tapi, tundukkanlah pandanganmu terlebih dahulu
Maka, mengertilah kami... (insya-Allah)
Ketika kami terlupa untuk menegaskan suara, janganlah Engkau turut terbawa-bawa dengannya
Tegaskanlah suaramu!
Insya-Allah hati yang ditarbiah akan menyedarinya untuk turut sama menegaskan suara


Wednesday, August 8, 2012

"Sesungguhnya sebagai muslimah, saya sayangkan awak"


Baju untuk raya emak abah dah belikan. Dan hasilnya, dua helai baju kurung bersaiz 42. Kalau ikutkan si penjual, " Awak tinggi, kurus, kenapa nak ambil yang besar? Yang saiz 38 ni cantik dik". Senyum.
Mak cakap, yang besar sikit lagi elok. Dan bagi saya, yang besar itu lebih selesa, lebih selamat. Tahun lepas, baju-baju raya adalah kebaya-kebaya si merah mak ngah. Tapi tahun ini, kebaya-kebaya itu jadi simpanan. Sudah tidak cantik di mata sendiri. Dan tidak padan si kebaya dan si bidang 60 kan?
Ya, dulu yang ketat-ketat itu jadi pilihan saya. Tapi Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati saya untuk jatuh hati pada yang besar-besar saiznya sekarang.
Perasaan yang berbeza
Kalau dulu, saya rasa cantik (kononnya) dengan berkebaya, tambah lagi dengan ketinggian dan saiz badan yang Allah beri. Ketinggian yang diinginkan perempuan-perempuan Malaysia, ketinggian seorang model walaupun dari aspek lain, saya tidak layak langsung jadi model. Dan saiz badan yang melengkapi pakej tinggi. Tapi lama-kelamaan, saya seakan ianya tidak lagi selesa. Terasa seperti tidak memakai apa-apa walaupun zahirnya ada pakaian yang tersarung. Sungguh! Ini bukan cliché pembalut gula-gula mahupun nangka. Sungguh saya rasa tidak selesa bila mata-mata tertancap pada tubuh saya. Saya sangat benci diusik-usik, disiul-siul seolah-olah terlalu murah diri saya untuk diperlakukan sebegitu!
Saya jatuh hati pada si tudung labuh dan baju besar. Rasa sangat sejuk melihat muslimah-muslimah ini walaupun saya sendiri seorang perempuan. Tak perlu mereka tunjukkan bentuk tubuh mereka, mahupun tepekan-tepekan warna di muka. Malah mereka lebih dihormati! Tiada usikan nakal dan siulan yang merimaskan.
Dan kini, saya sedang cuba mengekalkan saiz-saiz yang lebih besar untuk saya. Perasaan saya? Saya rasa sangat selamat, sejuk, dihormati dan selesa. Tiada lagi perasaan seperti sentiasa dilihat mata manusia. Dan saya amat harapkan saya dilihat Allah SWT. Walaupun kadang-kadang masih lagi ada 'bunyi-bunyian tikus', tapi sudah amat sedikit. Saya kini, wanita yang sangat gembira.
Hormatilah...
Wahai kaum Adam di luar sana,  saya minta anda menghormati kami, wanita. Saya tidak salahkan anda kalau pakaian saya menjual diri sendiri untuk jadi siulan anda. Tapi sekarang, saya yang tidaklah cantik malah berpakaian ala-ala makcik yang tidak mengikut-arus-fesyen-semasa (bagi sesetengah orang) ini pun mahu dijadikan siulan? Anda mungkin akan diberi seorang anak perempuan suatu hari nanti, dan tidakkah anda mahu mereka dihormati? Melainkan anda sendiri yang tidak kisah darah daging sendiri diperlakukan sebegitu.
Maaf ada andai ada kata-kata ini mengguris sahabat-sahabat perempuan saya. Saya tahu, saya sendiri tidaklah sebaik mana. Masih terlalu banyak ruang untuk saya penuhi sebagai seorang muslim. Tapi sungguh, anda lebih cantik tanpa menunjukkan kecantikan yang Allah SWT beri pada anda.
Sayangi diri anda, muslimah tersayang.
Semoga Allah memberikan kekuatan hati agar tetap istiqamah di dalam ketaatan ini. Sungguh, mujahadah untuk mendapat redha Allah SWT itu terlalu sukar, namun nikmatnya hanya yang berusaha sahaja akan dapat merasai betapa indahnya perasaan itu. Wahai sahabat-sahabat muslimah yang disayangi Allah, sayangilah dan hormatilah diri anda. Jangan dibiar ia menjadi tatapan-tatapan lelaki yang liar matanya di luar sana. Siapa lagi yang perlu menghormati dan meletakkan dirinya di dalam kebaikan kalau bukan diri sendiri. Labuhkanlah pakaianmu dan balutlah hati itu dengan pakaian Taqwa,  bukan pakaian yang menjolok mata.
"Sesungguhnya sebagai muslimah, saya sayangkan awak"

sambutlah cinta TUHAN yang sentiasa dicurahkan kepada hambanya .


Kisah hati siapa, ya? Ia langsung tiada kaitan dengan cinta kaum Adam dan Hawa. Sebaliknya, cinta kepada Allah melalui aqidah yang mantap, ibadah yang berkesan, dan akhlak yang soleh dan terpuji. Ini juga dikatakan CINTA. Cinta yang abadi antara hamba dan Penciptanya.
Gabungan ketiga-tiga (aqidah yang mantap, ibadah yang berkesan, dan akhlak yang soleh dan terpuji) inilah yang menjadi tunjang dalam membentuk peribadi muslim yang unggul - yang melahirkan keindahan Islam melalui perwatakan dan sahsiah yang baik yang ditunjukkan oleh individu muslim.
Ya, KISAH HATI. Kisah hati seorang insan bergelar muslimah yang hatinya telah disentuh oleh seorang muslim yang hanya tahu bermain dengan kata-kata. Tetapi Allah amat menyayangi dirinya dengan membuatkan dia sedar bahawa ini bukanlah yang dinamakan cinta yang abadi. Bukan ini yang digariskan oleh Islam.
"Ana dah jatuh hati pada enti.."
Siapa sangka ayat yang sengaja dibuat-buat itu membuatkan hatinya tercuit. BENAR. Hati seorang perempuan mudah disentuh, mudah dilenturkan. TAPI jangan kalian yang bergelar lelaki lupa bahawa kami sentiasa ada Allah yang menjaga kami, yang mengawasi setiap tindak-tandukmu, yang sentiasa mengerti isi hatimu.
Rupa-rupanya, ada kekurangan pada ayat itu yang membuatkan kami tahu bahawa ini bukanlah cinta yang sebenar yang indah.
"Ana dah jatuh hati pada enti...DAN mahu menjadikan enti sebagai isteri."
JANGAN dilafazkan kata 'suka' kalau masih belum bersedia. Kalau hanya sekadar 'suka-suka'. SOAL HATI bukanlah mainan. Hati yang dimiliki ini juga memiliki kekurangan, kecacatan.
Bukan harta yang dicari dan bukan rupa yang didambakan. Tetapi akhlak yang soleh, keikhlasan dan kejujuran yang diidamkan. BERILMU dan BERAKHLAK mahmudah, sungguh indah sekiranya dipadankan.
Sudah cukup Allah bagiku. Terasa indah setiap kali bersamaNya. BENAR. Cinta Allah, jelas diperlihatkan olehNya. Nikmat hidup, sihat, iman dan Islam, tanda Dia sayang pada kita.
Tetapi cinta manusia, belum tentu jelas terpampang di hadapan mata. Pengorbanan dan kesetiaan seringkali hilang dalam sesuatu perhubungan. Tetapi tidak seperti Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Tidak seperti Yusuf dan Zulaikha. Apatah lagi tidak seperti Nabi Muhammad dan Saidatina Khadijah. Pengorbanan, kesetiaan dan kejujuran sentiasa menghiasi mereka. Sungguh INDAH Islam mengatur perjalanan hidup mereka.
Oleh sebab itu, jangan sesekali melafazkannya kalau kalian tidak bersungguh-sungguh untuk memiliki. Kerana hati mereka sungguh tulus dan ikhlas dalam mencintai dan mengasihi dan sentiasa dipelihara oleh Allah.

Wednesday, August 1, 2012

entry ringkas :)


apa dah jadi dengan blog ni ? =.="

alasan pergi kerja dan tak sempat update tak boleh pakai oleh saya yang duduk rumah 24 jam . dan alasan yang paling kukuh , sesuai , relevan adalah MALAS . haha . 

dan sebenarnya tatau pon nak update ape . tapi bila datang mood berblogging , dua tiga post dalam satu hari . haa . kau ade ? 

^_______^

okay . ini hanya entry ringkas dari si tuan tanah . untuk membersihkan sedikit sarang labah labah dekat sini . eh . sesawang tu sarang kan ? macam sarang labah labah tu kan ? ke tak ? ke dah tukar ? 

-.-"

okay . tak kisah ape pun . kerana seperti biasa , sila abaikan penggunaan bahasa melayu saya . 

jadi , di kesempatan yang ada ni , masih belum terlambat rasanya [belum terlambat hape dah masuk hari ke-12 =.="] untuk saya mengucapkan selamat menyempurnakan ibadah puasa dan ibadah lainnya serta mengimarahkan bulan Ramadhan ini . 

"beribadahlah kamu seolah olah ini Ramadhan yang terakhir untuk kamu"

baiklah . itu saje untuk hari ini . semoga bertemu di lain entry :)