Friday, September 28, 2012

ujian kecil daripada ALLAH untuk annisa'


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa

annisa' memutarkan lagu sahabat sejati itu berkali kali . memahami tiap bait baitnya . annisa' seakan lupa tentang tugasannya yang setia menanti di atas meja . 

annisa' duduk di tepi kamar . mencari sedikit ketenangan . kalimah ALLAH bermain main di bibir nya . hanya itu yang buat annisa' jauh lebih tenang. ye hanya itu . 

tanpa sedar , gugur mutiara jernih di pipinya . annisa' membiarkan ia mengalir kerana baginya biarlah kedukaan yang wujud ini keluar dari dirinya . annisa' termenung jauh . bermuhasabah diri . memikirkan kembali mengapa dan kenapa semua ini berlaku . adakah ia berpunca dari dirinya sendiri ? semakin deras mutiara jernih mengalir . semakin hiba rasanya . 
annisa' bangun dari tempat duduknya dan segera membuka komputer riba . annisa' mencari cari satu jawapan yang pasti . namun annisa' bertambah kecewa . tidak berdaya untuk meneruskan lalu menutup kembali komputer riba itu . 
annisa' segera mencapai telefon bimbitnya , menaip sesuatu untuk dihantar kepada seseorang . namun nasihat ibu dan ayah mematikan hasrat annisa' untuk berbuat demikian . 
kata ayah , annisa' kene kuat . perjalanan annisa' masih jauh , masih panjang . 

kata ibu pula , annisa' kene tabah . jaga emosi . jangan biarkan ia kuasai diri . 

annisa' meletakkan kembali telefon bimbit ke tempat asalnya . annisa' pasti , jika dia mengikut kata hati tanpa memikirkan kata akal fikiran , pasti dia sudah membuat satu tindakan luar jangka .
annisa' mengucap berkali kali . moga dia dijauhkan dari sifat sifat mazmumah .
annisa' masih ingat pesan ibu dahulu . berbalas dendam bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah . ibu selalu pesan , biar orang buat kita , jangan sekali kali kita ulangi perbuatannya . 
kali ini annisa' mendapat sedikit kekuatan . kerana annisa' tahu niat sebenar hatinya . dan hanya satu yang annisa' pegang dan itulah didikan ibu dan ayah . memberi layanan yang terbaik kepada orang orang di sekeliling . 
dalam hati , annisa' tidak putus berdoa agar apa yang berlaku ini memberi 1001 hikmah yang mendidik dirinya jauh lebih baik dari sekarang . 
annisa' kembali ke kamar . ingin melelapkan mata seketika dengan harapan bila terbangun dari lena nanti , annisa' mampu untuk mengukir secebis senyuman .

Tuesday, September 25, 2012

Berubahlah dengan niat Lillahi Ta'ala


Dalam kehidupan seharian, pasti kita tidak dapat lari dari perubahan, dalam setiap saat, mesti ada sahaja perubahan yang berlaku pada diri sendiri. Kita perasan atau tidak hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Mungkin juga akan ada kehadiran kawan kawan kita yang perasan perubahan tersebut.

"Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya."

Namun, adakah kita berubah itu mengikut perubahan semasa ataupun memang kita hendak berubah demi kebaikan bersama?

Jelas apa yang kita lihat sekarang, kebanyakan di antara kita, berubah mengikut perubahan semasa. Jika mengikut trend yang happening sekarang contohnya k-pop band, ramai di antara kita mula mengikut jejak langkah mereka dengan berpakaian, bergaya, bercakap seperti mereka. Namun adakah perubahan tersebut hanya untuk kepuasan sendiri ataupun untuk mendapat redha Allah semata-mata?

Jika kita mengikut konteks peradaban dunia sekarang, mungkin ramai akan mengata, kita bukanlah seorang yang "up to date" atau tidak mengikut trend sekarang dan pelbagai lagi trend yang ada. Malah tidak sedikit pula yang akan menganggap kita sebagai mundur ke belakang jika tidak peka dan ikut dengan peredaran zaman yang sentiasa berubah.

Alhamdulillah, pada yang masih berpandangan jauh dan bijak'sana' lebih melihat daripada sudut pandangan yang jauh. Pandangan mereka bukan setakat senario yang bakal berlaku di 'sini' tetapi lebih melihat kepada senario dan kesan di 'sana' iaitu di alam yang lebih kekal tiada yang fana.

Perkara sebegini dipandang ringan oleh kerana mereka hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT apabila hendak berubah. Maka kefahaman mereka terhadap perubahan inilah - berubah kerana Allah akan membawa hati mereka lebih cenderung dalam mencapai nikmat iman dan redhaNya.

Demikianlah bagi mereka yang berubah bukan kerana Allah. Perubahan yang hanya mengikut trend terkini tanpa ada terselit kerana Allah akan membawa hati mereka lebih jauh dari mengingati Allah. Perubahan demi kepuasan sendiri hanya sementara, tidak kekal.

Berubah kerana manusia, kita tak akan dapat apa apa faedah, dari segi agama, ilmu dan juga pemikiran. Manusia itu adalah kita, dan telah diterangkan oleh Allah SWT hanyasanya manusia itu hanyalah sekadar hamba yang disifatkan dengan lemah dan sering berputus asa. Maka, apakah yang bakal terjadi sekiranya perubahan itu kerana manusia, bukan kerana Allah? Fikirkan lah sejenak.


"Aku kena berubah, kalau tak putera idaman aku tak nak dengan aku lagi.. Dia nak aku pakai tudung."

"Kalau nak dapat suami soleh, aku mesti berubah jadi solehah."

"Ayah tak izinkan kamu keluar rumah kalau kamu gagal lagi kali ni"

Seringkali kita dengar, ramai di antara kita apabila bercouple, akan berubah semata-mata untuk mengambil hati pasangannya. Kononnya ingin menjadi seorang yang memahami apa yang diingini oleh pasangannya. Agar merasa sehati dan sejiwa.

Ada pula yang teringin untuk jadi muslimah yang terbaik buat isteri demi lelaki pilihan, nak jadi anak yang soleh demi kebahagiaan keluarga, nak jadi student yang cemerlang demi Dean List dan bermacam macam lagi. Hakikatnya perubahan itu hanya semata-mata kerana manusia. Berubah hanya untuk mencapai apa yang diinginkan di hati.

Perlulah difahami, niat untuk berubah amatlah senang kerana niat itu hanyalah lintasan hati. Namun, untuk merealisasikan apa yang diniatkan perlunya suatu tindakan.

Jika niat itu semata-mata kerana Allah SWT,  dan apabila azam itu telah tertanam seiring dengan niat yang ada, insyaAllah kita dapat berubah. Yakinlah sesuatu niat yang hanya dipersembahkan semata-mata kerana Allah sudah pastilah akan mendapat petunjuk dan bantuan dariNya.

Namun, jika berubah kerana manusia dan untuk manusia, siapa yang akan memberi petunjuk kepada kita sedangkan manusia itu  (yang kita berubah kerananya) juga memerlukan petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT.

Kesimpulannya, berubahlah kerana Allah SWT semata-mata untuk meraih redhaNya. Lakukanlah perubahan itu secara terus kepada Allah tanpa memerlukan orang tengah iaitu manusia lain untuk kita berubah. Buat kerana Allah pasti akan kekal akan tetapi jika kerana manusia, akan sia-sia dan bersifat sementara.

Jika takut untuk diterima masyarakat, usah risau dan gelisah kerana kita berubah untuk kebaikan bersama. Jangan takut kepada masyarakat kerana mereka adalah makhluk namun takutlah kepada Allah SWT kerana dia adalah Pencipta Agung kita.



Friday, September 21, 2012

Jangan izinkan aku jatuh cinta andai masanya belum tiba


Ya Allah,

Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,


Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.


Ya Allah,



Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,

Jika ini bukan masanya,

Jika ini belum saatnya,

Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,

Selamatkan kami,

Jarakkan kami,

Pisahkan kami,

Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,

Agar kami tak mengundang murka-MU,

Agar kami dapat lebih menjaga hati,

Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,



Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amiin..

Sunday, September 16, 2012

bicara soal hati


walaupun dah dapat assignment tapi saya masih sempat berblogging . eh ? mana pergi matlamat yang konon konon ditanam dalam diri sebelum bermula semester tempoh hari ? =.="

berblogging untuk menulis perkara yang tidak sia sia rasenye dimaafkan kot ? hehe . 

--------------------------------------------------

salam sayang pembuka bicara . salam ukhwah penjana idea .

 selamat pagi sahabat yang disayangai :)

alhamdulillah . pejam celik . pejam celik . sudah berada di hari yang keempat untuk semester lima di UPSI . syukur pada ALLAH . masih diberi kesihatan yang baik untuk terus melalui perjalanan hidup yang memang kita tahu penuh dengan cabaran , onak dan duri (:

di kesempatan yang ada , yang masih belum terllau sibuk dengan tugasan , tutorial , dan lain lain , hari ini , tuan tanah laman sesawang yang hapuk dan berhabuk ini terasa ingin berkongsi sesuatu mengenai hati .

--------------------------------------------------

Seringkali hati bertanya sesuatu yang tidak mampu dijawab oleh akal. Hati seringkali berkata tidak tanpa akal yang mengiringi. Langkah yang tidak seiring itu menjerumus kepada hati memberontak, maka pujuklah hatimu. Bagaimana memujuk hati? Mengapa memujuk? Bila harus memujuk?. Persoalan itu akan terjawab bila kita tahu, Ke mana hati merajuk? Kenapa hati merajuk? Apakah kehendak hati yang merajuk?. Terimalah lakaran hatiku, Pujuklah Hatimu.
Terkadang kita membiarkan hati pergi, pergi menjauh ke tepi muara. Ku pujuk hati, ku merayu. "mari dan mendekat padaku wahai hati, ke pangkuanku". Hati terus menjauh. Lantas ku pujuk hati dan ku katakan padanya "Setiap sesuatu itu telah ditentukan, sabar wahai hati". Hati lalu mendekat, suaranya sudah tidak lagi kedengaran hanya air mata menterjemah segala laku. Lalu hati berkata, "kenapa semua ini terjadi?". Namun tiada lagi kata bisa ku ucap, "maafkanku wahai hati".
Kehidupan adalah suatu ujian yang Allah SWT telah petakan sepanjang perjalanan manusia. Kerana Allah tidak menjanjikan hidup penuh dengan keseronokan tanpa rintangan. Sepanjang perjalanan ini, apa yang kita ada, apa yang kita perolehi adalah nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kebanyakannya datang daripada rasa kecewa dan kesukaran yang pernah kita alami. Hadirnya tatkala ada merupakan elemen "Rahim" Allah yang dititipkan buat kita. Itulah kebahagian disebalik ujian yang dikurniakan. Insyaallah dengan berkat doa akan Rahmah Allah hadapi ia dengan kuat dan tabah walaupun perit.
:)

Tuesday, September 11, 2012

semester kelima .


10 September 2012 

syukur alhamdulillah . hari pertama kuliah bagi semester ke 5 saya di UPSI telah berlalu dengan baik . moga hari hari berikutnya lebih baik dan mudah mudahan berterusan sehingga ke akhir semester :) 


selamat berjuang sahabat sahabat sekalian 
^____^

Thursday, September 6, 2012

airmata dan tawa Annisa'

Annisa duduk di tepi jendela . termenung jauh seperti memikirkan sesuatu masalah yang besar . bagai hendak tembus bukit bukau itu ditenungnya . dan tanpa sedar , gugur airmatanya jatuh ke bumi . Annisa' dengan perlahan mengelap setiap titis airmata yang mengalir itu supaya ahli keluarganya tidak perasan yang beliau sedang menangis . Annisa' sendiri tidak pasti adakah airmata itu airmata gembira mahupun airmata duka . Annisa' kembali termenung . dalam hatinya seraya berdoa moga ALLAH sentiasa bersamanya . 
hanya kalimah syukur alhamdulillah yang membasahi bibirnya . kerana setiap yang berlaku itu adalah sebaik baik perancangan ALLAH untuk hambanya dan sebagai hamba ALLAH yang hina , Annisa' sedar yang beliau harus sentiasa bersyukur . menitis lagi airmatanya . kali ini lebih deras . Annisa' membiarkan ia mengalir dan terus mengalir kerana hanya airmata jawapan perasaannya ketika ini .
dua hari telah berlalu dengan baiknya walaupun ade sedikit dugaan yang ALLAH berikan , namun masih seperti yang dirancangkan . sekali lagi . kalimah syukur alhamdulillah menjadi ucapannya . Annisa' tersenyum dalam airmata . alangkah bagusnya jika dua hari yang berlalu itu menjadi dua minggu . dua bulan . dua tahun . atau selamanya ? desis hatinya . tetapi apakan daya . bukan daya kita manusia yang mengatur kehidupan ini . tapi ALLAH . ALLAH yang memberi . maka dia juga yang akan mengambil semula . hanya ALLAH yang berkuasa .

Annisa' tersedar dari lamunannya . ya . dia tahu bahawa dia tidak boleh berkelakuan seperti ini . kerana permainan perasaan boleh buat hidup manusia kucar kacir . Annisa' segera mengelap airmatanya yang hampir kering dek dibiarkan mengalir di pipinya . Annisa' cuba mencari secebis kekuatan . secebis kegembiraan buat dirinya agar esok menjadi satu langkah baru dalam hidupnya . Annisa' sedar yang beliau harus kuat untuk melihat orang lain kuat . dan akhirnya terbit satu senyuman dibibirnya . senyuman yang penuh bermakna :)
kali ni Annisa' tersnyum berseorangan . jika tadi bersedih seperti punya masalah yang besar , namun kini tersenyum bagai orang dilamun cinta . Annisa' kembali teringatkan peristiwa yang semakin membuat senyumannya menjadi satu gelak tawa . dan hanya kalimah syukur alhamdulillah yang menemaninya . setiap peristiwa diingat . setiap langkah difikirkan . setiap bait bicara dihalusi . dan akhirnya , Annisa' mendapat satu kekuatan . ceria seperti sediakala . 
tatkala ini , hanya doa mengiringi . hanya usaha menyaingi . moga ALLAH mendengar suara hatinya . 

Tuesday, September 4, 2012

perkembangan penulis :)


begitu ramai yang bertanya tentang perkembangan tuan empunya blog ini . amboi . ayat mengalahkan artis . haha . okay . nampak tak yang tuan empunya blog sedang perasan famous ? meletop gitu . haha . 

mengarut . itu dunia semata-mata . hee .

alhamdulillah . tuan empunya blog berada dalam keadaan sihat sejahtera . masih diberi peluang bernafas serta menikmati semua kurniaan ALLAH . dan masih mampu tersenyum seperti ini . hehe 

^____________________________^

haaa . nampak tak permainan si pemilik blog ? nak tunjuk tengah gembira lah tu kan ? haha . tapi dalam pada gembira , tetap ade duka . tapi masih mampu mengukir senyum kerana kadang kadang senyum itu pengubat hati yang duka . eh eh . macam ayat novel . 

bercerita tentang perkembangan , tidak banyak dapat dikongsikan kepada peminat di luar sana . eh ? hahaha  . 

seperti yang kalian sedia maklum , tuan empunya blog sentiasa berkembang dari semasa ke semasa . tidak pernah pula mengempis . haha . kerana itulah hakikatnya bile bercuti semester . 3 bulan bukan masa yang sekejap ye adik adik . sila faham keadaan si pencuti tegar yang hanya duduk di rumah . haha . 

nampak tak dah jauh mengarut ? itu tandanya , tiada idea yang datang untuk menaip . hee . insya-ALLAH saya akan berkongsi tentang gembira dan duka di lain post . dan mukin sejarah sejarah gembira yang berlaku akhir akhir ini ? eh ? hahaha . 

notakaki : mohon untuk tidak terpedaya dengan tipu helah dan kata kata manis penulis . 

sekian =.=

ayah dan ibu .


jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi . sekejap lagi harus menyediakan juadah tengahari untuk ibu dan ayah . dan mengambil barang seminit dua untuk menaip sesuatu di sini kerana sudah terlalu banyak yang terpendam :)

hari berganti hari . waktu berganti waktu . siang berganti malam . sedar tak sedar tinggal beberapa hari sahaja lagi cuti semester selama 3 bulan bakal berakhir . dan sebagai anak kandung suluh budiman , harus mempersiapkan mental dan fizikal untuk mengharungi kehidupan seorang mahasiswa selepas ini . meneruskan kehidupan menyempurnai hajat dan impian ibu ayah untuk melihat saya menjadi seorang guru . ye . seorang guru . seorang pendidik . 

sebagai ibu ayah , tiada apa yang lebih membahagiakan mereka selain melihat anak anak berjaya dan menjadi manusia yang berguna . jadi sebagai anak , sanggupkah kita melihat ibu dan ayah bersedih setelah mereka mengorbankan segalanya untuk kita ? 

ketika tersedar dari lena , termenung seketika memikirkan apakah yang telah aku berikan pada ibu dan ayah ? adakah mereka bangga punya anak seperti aku ? mahupun sebaliknya ? ALLAH . 

sama-samalah kita berfikir adik , kakak , abang sekalian . tanpa ibu dan ayah , kita tidak lahir ke dunia ini . mereka membesarkan kita . memelihara kita . mendidik kita . 

beringatlah sebelum terlambat .

benar kata orang . kasih ibu membawa ke syurga . kasih ayah kekal selamanya . 


notakaki : bicara ini buat tatapan diri dan pembaca sekalian . 

Monday, September 3, 2012

Doa taubat



Tuhanku ,
Aku tidak layak untuk syurga-MU , 
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka-MU ,
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku ,
Ampunkanlah dosaku ,
Sesungguhnya ENGKAU lah pengampun dosa dosa besar .