Sunday, October 28, 2012

tips awal sebelum bertudung labuh :)


perkongsian buat semua bidadari dunia :)


tips awal sebelum bertudung labuh .

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi pungg
ung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.


4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).


5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. 

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.


8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. .


hehe . selamat beramal :)

copy from . Bercinta Selepas Nikah .

Friday, October 26, 2012

Ciri-ciri wanita yang paling baik :)




Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki.

Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-

1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berehat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-


1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
3. Jiwa suami tenang sambil merehatkan minda dan tenaga.
4. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
5. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
6. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w:


وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ

Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan.

Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyambut kepulangan suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sibuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kearah yang tepat.

:)


notakaki : ilmu diperoleh dari pelbagai cara . saya ingin berkongsi ilmu ini buat sahabat yang bakal mendirikan rumahtangga mahupun yang sudah bergelar zaujah kepada zaujnya ^^,


Monday, October 22, 2012

sebelum engkau halal bagiku


Ya Allah..

Peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah dalam penantian penuh kesabaran ini,
Terkadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku… 

Ya Rabb..

Biarlah ku simpul dalam setiap do’a-do'a dalam Istikharahku kepada-MU Rasa ini,
agar kelak Engkau Satukan hatinya dan hatiku yang kan bertaut bertahta dan bersemi indah karna Redha-MU…. 

Ya Rabb…

Tuntunlah Hati hamba agar hanya mau menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar Pilihan-MU bukan Semata-mata Pilihan Nafsuku. 

Ya Rabb,

Bila dia memang baik untuk kami,
agama kami,
masa depan dunia dan akhirat kami
,boleh membimbing dan membawa kami lebih dekat pada-Mu,
Maka dekatkanlah diri dengannya,
satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah, warrahmah 

Tapi kalau bukan dia yang terbaik,
Maka jangan biarkan kekaguman kami menjadi suka apalagi cinta,
Jadikanlah kekaguman kami seperti orang lain kagum padanya,,

Engkaulah Maha membolak-balikkan hati 
Maka kami titipkan rasa ini,kami serahkan semuanya pada-Mu,
karna semua ini adalah milik-Mu.

Aamiin ya Rabbal ala'amin


Friday, October 19, 2012

Selamat ulang tahun sahabatku :)


Sucikan diri dengan wudhu
Bersihkan jiwa dengan solat
Sucikan hati dengan keikhlasan
Sucikan usia dengan cinta mu

Selamat ulang tahun sahabatku

Semoga di hari ini ulang tahunmu dan seterusnya
Allah senantiasa memberikan Taufik Rahmat Barakah Lindungan
& Keselamatan, Rezeki & Hidayah
Serta tidak lupa Redha'Nya :)


salam sayang ,
izzaidah


Tuesday, October 16, 2012

doa buat ayahbonda tercinta


IBU AYAH :')



Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka……

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu……….

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.

wanita



Bila seorang wanita itu menangis di hadapanmu, itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Bila kamu memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Bila kamu membiarkannya pergi, dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.

Selamanya….Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.

Dia menjadi lemah.Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu,tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,bila seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,tolong pegang tangannya dengan pengertian.dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,Bila seorang wanita menangis keranamu.tolong jangan mempersiakannya.Mungkin kerana keputusanmu,kau merosakkan kehidupannya.Saat dia menangis di depanmu,Saat dia menangis keranamu,lihatlah matanya….dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan….Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni,penuh rasa sayang,di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan kerana dia lemah,dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,kerana menangis dengan diam-diam sudah tidak mampu bagi dirinya.

Lelaki,fikirkanlah tentang hal itu.bika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawabannya..Pertimbangkanlah,kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal,mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Jaga dan cintailah ia sewaktu ia takut dan sendiri,Hapuslah air matanya,ketika ia merintih dan menangis,Buatlah ia tersenyum,di saat ia bersedih dan kecewa

Rasakanlah kesedihannya,ketika ia berduka dan janganlah kau membuat hatinya hancur dan terluka,karena pada suatu saat nanti engkau akan sadar, betapa pentingnya ia saat ia telah pergi dari hatimu untuk selamanya

:')

Wahai bakal imamku , nantikanku di batas waktu :)


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 


Terimalah coretan ini dengan hati yang terbuka daripada bakal isterimu 

Wahai bakal mujahidku yang telah tertulis di Luh Mahfuz sebagai mujahidku dunia akhirat.. 

Terciptanya aku daripada tulang rusuk kirimu..
 Itulah yang sering ku dengar bila berbicarakan tentang cinta adam dan hawa..

Wahai bakal suamiku, 

Aku sedang menantimu, 
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan Allah, 
Seorang rijal yang mencintai melebihi segala-galanya kepada Sang Khaliq 
Seorang mujahid yang mengharapkan darahnya tertumpah sebagai darah syahid, Seorang hambaNya yang sentiasa zikrullah..

Wahai bakal mujahidku, 

Aku tahu kau seorang yang tegas dan berani,
Kau tidak akan pernah takut untuk berkata benar,
Kau juga tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai dirimu, 
Kau juga akan sentiasa tidak putus-putus untuk mengajakku berjuang berjihad fisabillillah..

Wahai bakal imamku,

Ku harapkan kau akan selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al Quran,
Dengan zikir-zikir munajat, Kau yg selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.. Subhanallah..
Dengan zikir-zikir munajat.. Allhamdulilllah..
Dengan surah-surah rindu yang dihafazmu..
Menjadi lagu tidur @ 'lullaby' mu untukku..

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi,
Kau menasihati ku supaya mengingati mati,
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia,
Kau menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..

Kau memang sentiasa kelihatan penat,
Matamu penat kerana membaca,
Suaramu lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Badanmu letih kerana bermunajat di malam hari..

Kau sentiasa mengingati mati,
Bagimu, dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata,
Kita hambaNYA adalah pelakon,
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..

Kau sentiasa menjaga matamu dari berbelanja perkara-perkara maksiat,
Kau sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam,
Kau seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapamu,
Kau juga sentiasa berbakti untuk keluargamu..

Kau sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan,
Bagimu, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula,
Sejadah imanmu yang terkoyak,
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..

Kau sentiasa menjaga solatmu kerana itulah maruah dirimu,
Kau sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga,
Kau tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA,
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..

Kau sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.,
Kau juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungmu,
Kekasih sejatimu dan kekal abadi,
Iaitu ALLAHURABBI..

Kau selalu berdoa dan mengimpikan syurga,
Kau ingin mengajak aku ke sana sekali,
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta,
Kau ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku mencintai Kau kerana agamamu dan kerana cintamu kepada Maha Pencipta,
Andai kau hilangkan cintaNya, maka hilanglah cintaku padamu,
Cintamu terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA,
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilihmu..

Siapakah kau..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah kau jodoh ku,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,
Doaku, semoga kau tercipta untuk ku,
Semoga aku bertemu jodoh dengan kau,
Kerana..
Kau pilihan ku..

Wahai bakal mujahidku..

Mujahidahmu ini tidak kisah walau bagaimanapun keadaan fizikalmu..
Cuma, mujahidahmu d sini sangat kisah tentang keaadaan imanmu..

Aku amat berharap..
Kau adalah salah seorang yang akan menyambung perjuangan nabi kita, Muhammad s.a.w.. 

Kerana, impianku..
Adalah untuk menjadi sayap kiri dalam perjuangan jihadmu.. 
Aku juga harapkan darahku ini akan tertumpah sebagai darah syahid..
Mujahidahmu disini memerlukanmu untuk merealisasikan impianku ini..

Pintaku.. 
Janganlah kau biarkan impianku ini hanya impian dan angan-angan yang kosong sahaja..

Kau teruskanlah memimpin tanganku.. 

Papahlah aku.. 

Bantulah aku.. 

Persiapkanlah aku dengan ilmu yang melimpah-limpah 
agar semua itu dapat aku jadikan perisai untuk melindungimu, 
membantu dan menjadi sayap kirimu yang paling utuh sekali hanya untukmu wahai mujahidku demi memperjuangkan agama Kekasih kita yang Hakiki..

Wahai bakal mujahidku..

Mujahidahmu ini amat berharap agar kau tidak akan merasa putus asa dan jemu untuk terus memperbaiki dirimu agar menjadi rais ataupun amir yang sangat tegas dan teguh imannya untuk aulad2 kita nanti..

Kau persiapkanlah segala bekalan untuk hadapi sebarang kemungkinan nanti.. 

Sesungguhnya, tidakkah kau mahu melihat zauj dan zaujah kita memperjuangkan agama kita supaya tidak ditindas lagi?

Ku pasti.. Itu jugalah harapanmu.. 

Jadi seeloknya, kau lengkapkanlah dirimu dgn ALLAH dahulu, barulah dgn manusia..

Agar masjid yang bakal kita bina kelak, 
benar-benar kedengaran azannya, 
dan akan hadirlah ma'mum-ma’mum yang soleh, solehah, lagi bertaqwa, 
berbaris dibelakangmu.. 
Yang mana kau muslimin sebagai imamnya..

Tiada ungkapan cinta terindah, melainkan cinta pdNYA yang Maha Esa, 
oleh itu, carilah cinta, yang dapat mendekatkan dirimu, 
pada cinta ALLAH, bukan menjauhkan..

Sesungguhnya wahai mujahidku…

Aku tahu.. Tiada hiasan terindah untuk dirimu, melainkan seorang zaujah yang solehah, lagi bertaqwa, yang bersma-sama denganmu, dalam perjuangan ini, suka, mahupun duka..

Tapi, walaupun sukar.. Aku disini akan tetap cuba sebaik yang mungkin untuk jadi yang terbaik sebagai serikandi dalam perjuanganmu yang paling setia dan hebat sekali dalam membantumu melaksanakan misi jihad kita..

Wahai bakal mujahidku sesungguhnya.. Aku tidak hanya akan mendoakan kau hidup kerana ALLAH…

Tapi, aku juga akan mendoakan matimu kerana ALLAH, kerana ku tahu..
Tiada yang terindah menjadi muslim, kecuali, dapat mati dalam Islam, dalam hati yang penuh ketaqwaan pada ALLAH s.w.t..

Wahai bakal mujahidku..

Ketahuilah.. Aku di sini sedang menantikan kau seorang rijal yang mana.. Halal cinta ku, padamu.. Halalnya dating diri ini, denganmu.. Dan halal jika perjuangan ini, diri ini berpimpinan tangan denganmu.. Semoga kau bersama-sama denganku dalam perjuangan ini.. Aku disini ingin menjadi pendampingmu yang paling setia..

Wahai bakal mujahidku..

Sebenarnya, kau tahu kan..? Tiada istilah 'dating' dalam Islam, semua itu ungkapan dari kuffar la'natullah.. Kita ummat Islam, hanya boleh bersama orang yang halal bagi kita.. Sesungguhnya Islam sudah menetapkan garis panduan dalam pergaulan muslimin dan muslimat, untuk kita ikut, jika kita mengaku kita seorang muslim..

Wahai bakal mujahidku..

Islam, jangan hanya pada nama, tapi, gaya hidup..
Ku harapkan.. Kau teruskanlah melakukan perubahan islah dalam dirimu.. Teruskanlah langkahmu merantau segenap dunia untuk mengukuhkan iman dan ilmumu..
Agar kau dapat dijadikan contoh yang terbaik dan terdekat untuk aulad2 kita nanti..
Biar kalimah syahadah, benar-benar mengalir dalam dirimu, biar setiap titis cinta dan darah kita, hanya untuk Ilahi, dan hanya dengan cintaNya, kita dapat menuju redha ALLAH..

Wahai bakal mujahidku.. 

Setiap hari antara doa yang tidak lupa untuk ku panjatkan kepada Ya Rabbi adalah doa untukmu..

“Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…” 

Resah gelisah hati menunggu.. Mengira setiap detik dan waktu.. Impian itu menjadi kenyataan.. Bersama-sama denganmu mujahidku.. Menemanimu dalam perjuangannya..

Sesungguhnya seorang mujahid, tujuannya satu.. Berjuang malah berkorban untuk menegakkan Deen-ul-haqq.. Walau telah bergelar suami, perjuanganmu tetap berjalan.. Pengorbanan tetap diteruskan.. Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan.. 

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]

Hatimu telahpun sarat dengan cinta kepada Rabbnya.. Yang menjadi pendorong kepada perjuanganmu.. (begitulah harapnya) .. Mana mungkin pada masa yang sama, kau menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatimu? Walaupun setelah aku curahkan selautan sayang.. Aku legakan penat lelah perjuanganmu dengan gurauan manja.. Aku cukupkan makan pakaimu.. Kau masih tidak boleh leka dari perjuanganmu..

Adakah aku sehebat Sumayyah keluarga Yassir?

Ya Allah..
Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah s.a.w? Sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah.. Lihat sahaja isteri-isteri Nabi.. Ummul-muslimin.. Ummi-ummi kita.. Lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka... lihat sahaja ketabahan hati mereka.. Sehinggakan setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul..

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga? Mampukah aku mengingatkn kau tatkala kau terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskan lagi kau dengan cinta duniawi?

Wahai bakal mujahidku…

Hatimu.. Janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahidah, 
tetapi kejarlah cinta Penciptanya..
Hatimu.. Janganlah kau lekakan hatimu dengan angan-anganmu.. 
Sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu kau raih..
Hatimu.. Sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan.. 
Tapi kau masih terlalu rapuh untuk menghadapinya.. 
Kau perlu tabah.. 
Dan kau tahu, hatimu tak mampu untuk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua..

Duhai hatimu.. 
Bersabarlah.. 
Perjalanan kita masih jauh..
 Bersabarlah... 
Teruskan doamu.. 
Hari itu akan tiba jua.. 
Apabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak..
Bersabarlah..

Wahai bakal mujahidku.. 

Hayatilah kata2 terakhir dariku ini khas untukmu wahai bakal mujahidku..

Dulu..
Aku pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah..
Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya..
Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan toleransi tidak lagi menjadi pegangan.. Jauh hati.. Jiwa pedih..
Dan pada saat kekecewaan itu,

Kau hadir dalam hidup ku.. Mengetuk pintu hatiku.. Membawa seribu pengertian.. Tidak tergambar riangnya hati ini.. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran.. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku.. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku.. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari.. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu.. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku..

Di kala aku gembira,
ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu.. Kita berkongsi kegembiraan bersama.. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka.. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka.. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku.. NamaMu menjadi siulanku seharian.. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku.. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau.. Maafkan aku wahai kekasih hati.. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau.. Sungguh.. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan.. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku.. Hanya Kau dan aku..
Kekasihku Allah..

Wahai mujahidku..

Pintaku yang terakhir darimu.. Kau tuntulah ilmu sebanyak yang mungkin.. Agar, nanti.. Aku bisa merasakan ketenangan dalam pelukan tarbiyyahmu.. Amalkanlah ilmumu.. Agar aku dapat menjalani kehidupan tanpa terpesong dari jalanNya hasil bimbingan dri padamu..

Wahai bakal mujahidku..

Cinta yang lumrah itu tidak perlu kau hapuskan.. Tapi, kau wajib mengawalnya.. Begitu juga denganku.. Percayalah.. Seandainya kita berdua terus istiqamah dalam menjaga hati kita.. Aku pasti.. Kemanisan yang paling hebat dalam percintaan yang tidak akan kau dapat selain daripada sehangat kasih dan cintaku sebagai isterimu.. Yakinlah wahai bakal mujahidku.. Mungkin kita akan mendapat kemanisan sebagaimana manisnya kehidupan percintaan Rasulullah dengan Siti Aisyah.. Ataupun, seperti kehidupan Qani’ah dengan Dr Muslih dalam karya Fatimah Syarha bertajuk pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul..

Wahai bakal Rijalku..

Walaupun ramai yang hadir dalam hidupku.. Yang berserban.. Tak kurang juga yang berjubah.. Memang tergugat imanku.. Namun.. Ku yakin dan percaya bahawa kau lah yang terbaik untuk menjadi mujahidku.. Wahai mujahidku.. Usahlah kau risau ya.. Aku di sini setia menantimu.. Harapanku, agar kau tidak mensia-siakan penantian dan pengorbananku ini kepadamu.. 

Kuharapkan.. Agar kau janganlah mencari mujahidah lain selain daripadaku untuk mendapatkan kasih sayang, belaian manja, kata-kata cinta, sentuhan yang dapat menghilangkan keresahanmu dan seumpamanya.. Bersabarlah wahai bakal mujahidku.. Saat itu akan tiba tidak lama lagi.. 

Bingkisan hati buatmu yang sudah terbisik dalam nuraniku


Wednesday, October 10, 2012

untuk bakal suamiku



Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang bakal kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, bakal isterimu ini hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A. 
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.


bakal isterimu


Thursday, October 4, 2012

sakit itu kifarah dosa


annisa' terbangun dari lena seakan akan ade seseorang yang mengejutnya . jam menunjukkan angka 5.20 pagi . annisa' segera menuju ke kamar mandi , membersihkan diri untuk "berdating" dengan penciptanya . hanya kepada penciptanya tempat annisa' mengadu . meluah perasaan yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata . 

alhamdulillah . bisik hati kecil annisa' sesudah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat , semoga hatinya lebih tenang . sementara menunggu azan subuh , annisa' tidak berganjak dari tempat duduknya . masih di atas sejadah pemberian ibu tercinta . annisa' cuba mencari secebis kekuatan . kekuatan untuk terus bertahan dengan kehidupan yang penuh dengan onak dan durinya . 

"hurmmm..."

annisa' mendengus kecil . melepas keluhan yang seakan tersekat di hati . yang berat dipikul namun tetap digagahi .

annisa' memandang sekeliling bilik tumpangan miliknya dan si chenta hati , luqluq . annisa' terpandang ubat ubatnya yang terletak di atas meje belajar yang sedikit bersepah setelah semalaman duduk di sana menyiapkan tugasan . ubat ubatan itu harus dihabiskan jika annisa' inginkan kesihatan yang sempurna .

annisa' tersenyum sendiri . rindu pula pada si doktor yang merawatnya tempoh hari . doktor yang lagaknya umpama seorang ibu . yang terpancar di wajah nya kasih sayang kepada para pesakit . ALLAH :') rindunya hati pada si ibu di kampung . mesti ibu sedang pena tidur saat ini . bisik hati kecilnya . 

saat itu annisa' terasa ingin berlari pulang ke kampung . hanya sentuhan ibu dan ayah mampu memulihkan perasaan dan emosi nya yang tidak menentu . seperti laut yang ade pasang surutnya . namun annisa' tahu , mustahil untuknya pulang ke kampung dalam masa terdekat disebabkan oleh jadual kelas yang padat dan tugasan yang semakin tinggi menggunung . 

dikuatkan hati . annisa' berdoa moga ALLAH melindungi chenta hati nya di kampung . moga kerinduan yang hadir itu menjadi kekuatan untuk nya . 

annisa' mengambil beg plastik yang memuatkan segala ubat yang diperolehnya tempoh hari . dikeluarkan ubat itu satu persatu . dikira bilangan biji yang tinggal . dan satu ubat itu buat annisa' hiba . mula terasa ingin mengalirkan airmata . namun tidak diikutkan perasaan kerana airmata tak mampu ubah ape ape melainkan doa dan usaha untuk pulih .

teringat beliau pada kata kata doktor tempoh hari .

"jangan risau sekarang . risau bila kamu ingin bernikah nanti"

annisa' mengulangi ayat itu beribu kali . beribu ribu kali tanpa sebab dan tujuan . hanya sebulan tempoh untuk  melihat perubahan . adakah selamanya aku perlu bergantung pada ubat ? keluh hati kecilnya .
annisa' termenung jauh . jauh dan jauh .

lamunannya terhenti tatkala azan subuh berkumandang . annisa' segera bangun dan melupakan segalanya . biarlah . annisa' redha jika itu yang telah tertulis untuknya . annisa' memujuk hatinya kerana annisa' tahu bahawa sakit itu penghapus dosa  .


-create by : hamba yang hina-