Wednesday, June 11, 2014

tips latihan mengajar


fuhh minggu ni berduyun duyun mesej masuk . mintak tips nak buat praktikal katanya. cehhh . acah acah senior kan ?  haha . tak tahu senior ni jugaklah yang kecut perut masa nak buat praktikal dulu. hahaha.

oleh kerana tak larat nak balas satu satu maka saya menjawab dalam post yang dibina serba ringkas. mohon abaikan segala ketulanggangan bahasa dan ayat . 

perghh . macam artis nak jawab soalan peminat bunyinya .
.
.
.

okay . sebelum pergi lebih jauh lebih jauh dan lebih jauh, semua orang kene hadam benda ni dulu . 

bahawa saya menulis di sini bukanlah kerana saya adalah guru praktikal terbagus suatu ketika dahulu. tidak sama sekali. saya menulis sebagai menjawab persoalan adik adik serta sahabat sahabat yang bakal menjalankan praktikal bulan depan . dan apa yang akan saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya, dan mungkin juga pengalaman kawan kawan yang akan saya selitkan. yang baik boleh ambil, yang tak baik boleh tinggal. itu je. semoga ia membantu walau hanya sekecil zarah . erm . 

dah hadam ? 

pastikan hadam betul betul baru teruskan pembacaan . okay ?
hew . 


baiklah . berbalik pada fokus pembebelan hari ni . tentang tips menjalankan praktikal untuk adik adik dan sahabat sahabat yang bakal menjadi guru praktikal di sekolah bulan depan . okay ini tips secara umum tau . bukan cara nak buat RPH macamane . nak mengajar guan kaedah apa . itu awak semua dah belajar mase kelas KPD . heee . tips ni istimewa siket . haha .

jangan lupe . amek yang baik baik je tau . yang rase macam tak elok , tinggal je kat sini :)

okay pertama sekali . pastikan anda kenal rakan rakan sesama praktikal anda . senang kata yang satu sekolah dengan anda . tak kisahlah rakan anda itu dari kos lain mahupun universiti lain. tidak perlu kenal terlalu dalam sampai nak tahu makanan dan minuman kegemaran. cukuplah tahu dia siapa . dari mana . jantina apa . jangan tanya saya macamane nak berkenalan ye adik adik . sekarang ni semuanya di hujung jari . kalau malu bertanya, cari je lah di facebook. instagram . ouh mungkin twitter ? tapi lebih baik bertanya. bertegur sapa. beramah mesra. kan nak kerja bersama . hehe .

dik, tak kenal maka tak cinta :)

eh . bukan nak suruh awak bercinta tapi dengan perkenalan yang mungkin hanya gambaran daripada hasil intipan awak tadi tu, awak dah boleh bersedia untuk berhadapan dengan kawan kawan awak nanti . yang ini tak tipu . rakan sepraktikal kita adalah rakan sekerja dan antara yang terpenting dalam dunia praktikal kita nanti . percayalah .

tetapi ! ade tetapi ye adik adik . jangan pulak berfikiran negatif . contoh awak tengok facebook rakan sepraktikal awak . DP gambar tengkorak . jangan judge yang die tu ahli black metal pulak . ouh itu tidak digalakkan sama sekali. cukuplah sekadar berfikiran mungkin die berjiwa keras. haha . atau mungkin die seoarang yang serius ? jadi awak bersedialah nak bekerja dengan dia nanti . faham ke ?

mohon fahamkan . penat dah menaip panjang lebar ni -__-

okay yang kedua . kalau tadi dah panajng lebar cerite pasal rakan praktikal , kali ni berpindah pada rakan serumah . pastikan pilih atau duduk dengan rakan yang sesuai dengan kita . rakan serumah sangat mempengaruhi dunia praktikal ye adik adik . pilihan terbaik , menetaplah dengan rakan baik anda atau senang kata geng kat universiti . jika mungkin tidak dapat duduk serumah atas faktor sekolah jauh atau lain lain , carilah seorang yang boleh menjadi "telinga" kita. jika tidak ada dan kita perlu duduk seorang , tak mengapa . itu lebih baik daripada awak duduk dengan orang yang salah . 

tak nak ulas panjang lebar sebab saya rasa semua dah arif tentang bab "kawan" . maka selami sendiri dengan hati yang paling dalam . 

okay yang ketiga . pada hari melapor diri, pastikan anda hadir ke sekolah dengan diri anda sebagai guru. mulakan jejak di pagar sekolah dengan langkah kaki kanan disertai dengan bacaan bismillahitawakkaltu allallah . 

"sesungguhnya aku di sini untuk mendapatkan ilmu juga berkongsi ilmu. moga Allah permudahkan"

perbetulkan niat kita . kita datang ke sekolah, bukan hanya untuk mengajar tapi untuk belajar dunia pendidikan sebenar. letakkan sepenuh kebergantungan kepada Yang Esa. In Sha Allah. everything will be okay :)

paling penting . letakkan senyuman paling indah di wajah tidak kiralah dengan siapa anda bertemu pada hari itu . mungkin pengawal ? cleaner ? percayalah . senyuman indah itu yang menjadikan awak diterima ramai .

bertemu dengan pengetua adalah perkara yang paling di geruni pada hari berkenaan . kan ? okay . kuncinya , bertenang dan yakin . sepertimana anda langkah di pagar sekolah tadi begitulah anda melangkah dalam bilik pengetua atau yang lainnya . buat muke paling yakin seolah anda bersedia . jangan tunjuk rasa dalam hati yang kacau bilau . hehe . dengar penerangan atau taklimat pengetua dengan fokus sefokusnya . tanya jika tak faham tapi mohon untuk tidak mengajukan soalan yang sangat sangat tak boleh diterima . contohnya . boleh tak kalau tak payah buat RPH ? errrr errrr errrr soalan ni bukan pengetua je rasa nak marah, saya pon nak marah jugak . -.-

okay yang keempat . dah selesai lapor diri dan dengar segala taklimat bagai , plis plis plis . terima sahaja peraturan sekolah . jika ade yang tak berkenan di hati , mohon simpan dalam hati . jangan sesekali beremosi di situ. ingat . anda berada di sekolah . ramai yang memerhatikan dan mendengar setiap butir bicara anda . jangan keran ketidakpuasan hati itu anda awal awal di pandang teruk oleh orang sekeliling .

contoh paling mudah . sekolah menetapkan jubah tidak boleh dipakai oleh guru perempuan pada hari lain kecuali hari jumaat kecuali guru itu mengandung . mohon terima . mohon ikut . mohon untuk tidak pertikaikan . peraturan itu mudah dan jelas . tak ade perkara yang anda perlu pertikaikan kerana hanya jubah tak boleh dipakai bukan semua baju tak boleh pakai . anda masih boleh kelihatan cantin anggun bergaya dengan baju kurung . kan ? maka , jangan jadikan ia masalah untuk anda :)

jaga mulut . jaga tingkahlaku . banyak mata mata sedang melihat anda .

okay yang kelima . setelah anda memulakan kerjaya sebagai seorang guru walaupun hanya berpraktikal , pastikan anda bekerja dengan niat kerana ALLAH . mengajar kerana ALLAH . berprogram kerana ALLAH . semak PBS kerana ALLAH . key in markah pelajar kerana ALLAH . dan semua kerana ALLAH . 

this is very very very important . anda akan rasa sendiri nanti tak perlu saya huraikan sekarang tapi pastikan anda tidak mengeluh dengan setiap tugasan yang diberikan . anda mungkin akan rasa why must seorang guru buat benda ni ? ni bukan kerja guru ? kenapa guru kene buat ? itu dan ini . tapi anda jangan lupa niat pertama anda melangkah masuk sekolah tadi . bukan sahaja untuk mengajar . malah untuk belajar . semat dalam hati . lakukan sebaik mungkin . walau tak rela , walau terpaksa tapi niatlah untuk belajar . niat kerana ALLAH . In Sha Allah pahala ganjarannya :)

okay keenam . anda akan berada dalam kalangan guru guru tetap di sekolah berkenaan . maka , ringankan mulut , rendahkan diri untuk bertegur sapa dengan mereka . jadikan mereka sebagai idola . mintak tunjuk ajar . jangan sombong untuk bertanya . jangan buat buat pandai padahal tak pandai . rapatkan diri dengan guru guru lain . mungkin makan bersama ? sarapan ? makan tengahari ? dari situ anda akan belajar sesuatu . anda akan belajar dari pengalaman mereka . kutiplah dan gunakan sebaiknya . sangat berguna . 

okay yang ketujuh . ini antara yang agak penting daripada yang terpenting iaitu elakkan fitnah . tak faham kan ? ke faham ? erm . tak tahu macamane nak jelaskan tapi kene jugak beri sedikit gambaran agar anda tak buat apa yang saya maksudkan. segala panjang lebar bebelan saya di atas ade kaitan dengan perkara ketujuh ni . kenapa saya suruh kenal kawan . cari osmet yang okay . kenal cikgu . rapat dengan cikgu . buat kerana ALLAH . this is the answer . 

awak akan bekerja dengan rakan awak . tak kira sama ada dia lelaki atau perempuan . untuk urusan kerja , perkara itu tak boleh kita elak tapi kita boleh atasi dengan baik . contoh . awak perempuan . diberi kerja dengan seorang guru lelaki . pastikan, ade yang tahu "tugasan" awak berdua atau ade yang menemani agar tidak menjadi fitnah dan buah mulut orang lain . awak dia dan Allah tahu apa yang kalian lakukan tapi manusia yang hanya melihat tanpa bertanya boleh membuat andaian yang tidak sedap didengar . kita tak boleh tutup mulut orang dik tapi kita boleh elak untuk orang berkata bukan bukan :)

okay yang kelapan dan mungkin yang terakhir. ini mengenai tugasan di sekolah . jangan rasa terbeban dengan tugasan yang diberikan . contohnya anda kene jadi s/u mesyuarat. anda kene susun fail koko. lengkapkan maklumat pelajar itu dan ini termasuk tugasan pentadbiran . laksankan program A. uruskan program B . jangan anda rasa eh kenapa aku je yang kene . kenapa yang lain tak kene ? sebab anda orang yang dipercayai . itu tandanya orang atas percaya dengan kerja anda . dia tahu anda boleh . maka untuk apa anda pertikaikan sedangkan itu adalah award yang anda perlu banggakan .

tugasan kepada setiap guru praktikal berbeza . anda akan rasa aku je kerja banyak . die tu lepak je . biarkan . anda buat yang terbaik , hasilnya anda dapat yang terbaik . jangan membanding beza masa anda dengan rakan sekerja lain . anda dan dia tak mungkin sama . kita diberi kerja atas kepercayaan orang pada kita . berbahagialah dik :)

haa okay dah sampai perenggan penutup . 

saya pon dah rasa penat nak menaip walaupun macam ade yang tak cukup dan tak lengkap . mungkin saya akan sambung pada next entry atau mungkin awak awak boleh ajukan soalan di ruangan komen ? haha almaklumlah dah tua tua ni . idea tak berapa nak mencurah . tulis sekadar yang terlintas dalam kepala . hehe . apa apa pun inilah yang dpaat dikongsi bersama . moga sahabat sahabat dan adik adik yang bakal menjejakkan kaki ke dunia pendidikan dapat menjalani latihan mengajar dengan baik dan semoga segalanya dipermudahkan :)

yang baik datang dari ALLAH , yang salah datang dari dia saya yang serba tak sempurna ni .

*peace*



Friday, May 16, 2014

sehelai kertas buruk



aku menaip dengan airmata . tapi bukan dengan emosi . 

aku juga seperti kau . aku punye hati dan perasaan . punye jiwa yang aku sendiri kadang kadang tak faham dengannye . 

sekejap elok . sekejap tidak . 

dan . 

aku yakin . kau pun same . same macam aku . 

**********************************************************************

aku rindu . sungguh aku rindu . rindu dengan kau yang same same gile macam aku . yang dulu sentiasa bersama aku . susah senang kite same same . 

kau sedih aku nangis . kau ketawa aku gembira . aku harap kau tak lupa . 

ke aku je yang rase ? hm

tapi tidak sekarang . kau dengan jalan kau . dan aku ? dengan jalan aku yang hanya lihat kau dari jauh.

aku rindu . 

**********************************************************************

kita semakin jauh . semakin jauh dan semakin jauh . kau perasan ? 

atau kau tak rase ape ape ? 

hm .

kalau boleh putar mase aku nak putar zaman kita . zaman kau dan aku . tapi siapa aku nak kembalikan masa yang dah lame pergi ? 

tak mungkin aku boleh . tak mungkin . 

**********************************************************************

salah aku mengabaikan kau atau salah aku kerana ego ? 

salah aku tak menghargai atau salah aku tak faham kau ?

maafkan aku . 

silap aku .

salah aku . 

aku khilaf . 

aku jahil . 

aku hina . 

tak pandai jaga hati kau . 

tak hargai kau . 

**********************************************************************

pergilah jauh dari aku tapi aku mohon kau tak lupa aku .

aku bahgia tengok kau gembira walau jauh di satu sudut aku cemburu dengannya, 

terima kasih kerana bagi aku peluang . 

duduk dalam hati kau untuk beberapa ketika . 

aku sayang kau selamanya . 

terima kasih .




kau jangan terasa bukan bukan bace benda ni . 

kau bace dan kau hadam . 

kau gali dan kau akan mengerti . 

kerana aku tulis dari hati .


Sunday, May 4, 2014

Pesanan ayah buat puterinya .


ayah . antara insan yang tak pernah jemu memberi nasihat buat puteri-puterinya . kali ini cuti di kampung halaman membawa pulang secebis pesanan dari ayah buat diri yang masih cetek dengan pengalaman kehidupan. 

Buat anakandaku yang bakal bergelar isteri,

Wahai anakku, 
Dua perkara ini anakku..jika engkau pegang dan tanam dalam kehidupanmu dan dirimu, InsyAllah akan dikau menemui keharmonian dan keamanan dalam pelayaran rumah tangga.

Itulah dia 
"Sabar" dan "Tolak Ansur"

Andai engkau berjaya memenuhinya, maka kukuhkanlah ia sehingga keakhir hayatmu, Sekiranya dirimu belum lagi mencapainya...maka persiapkanlah diri sebaik-baik dan sebenarnya dengan memperhebatkan dahulu dirimu dengan dua perkara tersebut.

Dengan sabar dan tolak ansur, kamu bakal membawa hati dan kehidupan suamimu dalam beroleh kebahagiaan menjadi pemimpin yang cemerlang dalam rumah tangga. Janganlah dikau menurut emosi dan penilaianmu kecuali dengan mengingati dua perkara tersebut.

Sabar & Tolak ansur daripada hati yang ikhlas dan tiada menyimpan apa jua perasaan daripada pengaruh dan persekitarannya. Walau kamu dipihak benar...maka tetaplah bersabar dan bertolak ansur.

Percayalah anakku, bila masalah datang menguji suatu ketika nanti antara dirimu dan suamimu..kamu bijak mengaturnya dengan dua perkara tersebut..maka suami itu akan berfikir dan merenung kembali atas kesilapan yang dilakukannya.

Inilah antara kunci ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan anakku.

 :)

dan seperti biasa . setiap pesanan akan diakhiri dengan tangisan . ouh tisunya hatiku . tapi itulah aku . mudah menangis . mudah tersentuh .

terima kasih ayah . u are the best "ayah" in this world . i love u in deep of my heart :')


Sunday, March 30, 2014

Bicara Wardah (part 3)


pintu dikuak . kelihatan Qasimah di muka pintu . 

"awak, saya nak ke bandar" sambil tangan dihulur untuk bersalaman . 

"ke bandar? dengan siapa?" balas annisa' yang masih terpinga pinga . 

"dengan .. adelahhh . hehehe" 

jawapan yang menimbulkan 1001 persoalan . annisa' berkerut. 

"hish main-main pulak"

"haha . dengan aufa dan adwa" 

"ouh okay . jalan jalan ea"

"ha ah"

"mohon beli subway crab and seafood okay?"

"In Sha Allah. bye"

pintu ditutup dan annisa' terdiam . aufa dan adwa . bermain main nama itu di fikirannya . entah ape yang difikirkan, die juga tak pasti . 

dan tanpa diduga , mengalir mutiara mutiara jernih di pipinya . semakin laju dan laju . semakin ingin berhenti semakin laju ia mengalir . dipujuk rasa hati .

"sudahlah . itu semua kenangan"

annisa' sedar yang kini die rindu kenangan itu . kenangan yang hanya tinggal sebuah kenangan . memori demi memori hadir berlegar di kepalanya . memori indah yang dicipta bersama .

namun yang indah tak selamnya indah . 

annisa' menangis lagi . Allah uji ukhwah ini untuk lihat jauh mane annisa' mengendalikannya . namun annisa' gagal . gagal di medan persahabatan . 

annisa' bangun dari mejanya dan ke almari. dikeluarkan diari comel kepunyaannya . dicatatkan sesuatu .



Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya

Mengenalimu adalah 1 kesyukuran, bergurau denganmu adalah 1 kebahagiaan, menyakiti hatimu akan kuelakkan, dan 1 permintaan dariku semoga persahabatan kita abadi hingga mati memisahkan kita.


Annisa' hilang dalam tangisannya.


Friday, March 28, 2014

Bicara Wardah (Part 2)


dibuka diari comel yang disimpan rapi di dalam almari . dicatat sesuatu didalamnya . diluah dengan tulisan kerana tidak terluah dengan bicara . 



Bismillahirahmanirrahim..

Warkah ini aku coretkan tatkala hati benar-benar teguh
Saat cinta Allah benar-benar berlabuh
Bukan sekadar singgah berteduh, namun akan kekal kuat dan ampuh.

Buat bakal suami yang suatu hari akan aku taati
Tidak aku tahu dimana dikau kini
Tidak aku pasti apa kau sedang mencari-cari
Seperti mana diri aku menanti, apa yang Allah ingin beri.

Buat bakal suami yang bakal mengimami
Hari ini kita masih sendiri, mencari redha Illahi, mengawal diri
Supaya kelak, apabila diuji, kita kuat menangani.
Aku disini masih mencari diri, mengumpul ilmu duniawi dan yang hakiki
Supaya cukup amal untuk dibawa ke 'sana' nanti.

Buat bakal suami yang tidak aku pasti dimana kedudukanmu kini
Suatu hari nanti, aku pasti kau akan ke 'sini'
Ke 'daerah' dimana aku melakarkan segala bukti, hidupku selama ini.
Ruangan kecil ini aku coretkan segala bahagia yang aku impi.
Untuk kau tatapi, disaat aku tiada lagi di muka bumi.

********************************


Buat suamiku,
Andai diberi peluang dan kesempatan untukmu 'singgah' ke sini
Dengar lah segala kata hati isterimu ini
Fahami setiap bahagia yang ingin sekali saya rasa.

Duhai suami yang dihormati...
Andai sahaja awak mengerti, saat saya di'jemput' dalam lafaz bersaksi
Ketahuilah, saat akad itu dilafazkan, apa yang isterimu ini inginkan cuma satu
Pimpin lah tangan ini ke Syurga, bersama anak-anak kita.

Wahai suami yang disayangi..
Saya punya impian. Sejak dulu lagi.
Jika Allah izinkan,
Isterimu ini tidak khuatir andai 'pergi' dan syahid ketika melahirkan zuriat buatmu
Kerana diri ini tahu, dirimu mampu memimpin 'permata' kita itu bersama ke Syurga.

Andai impian ini menjadi nyata,
dan ketika dirimu membaca coretan ini dan diriku telah tiada,
Hanya satu pesanku,
Duhai suamiku,
Didiklah anak kita itu dengan 'santapan rohani' setiap dinihari
Perdengarkan ditelinganya alunan Kalam suci setiap hari
Coraklah 'kain putih' kita itu dengan 'warna' iman dan amal.
Bentuk lah peribadinya untuk menjadi seorang mujahid dan mujahidah.
Soleh dan solehahkan mereka.
Supaya di akhirat nanti, kita bertemu kembali.
Merasai manisnya berlari-lari di taman Syurga, bersama.
InsyaAllah... :')

salam sayang.

Annisa' menggenggam erta diarinya itu . diletakkan kembali ke dalam almari . moga Allah mendengar suara hatinya . pinta annisa'.

Tuesday, March 25, 2014

BenarBenar Kau Mendarat DiSisi Tuhan


Mungkin kau tidak kami sifatkan sebuah keranda gergasi yang menerbangkan mereka ke sisi Tuhan...

Pada malam kami menonton Ketua Negara membuat pernyataan
Dengan sebak dan pilu yang ditahan
Maka pasrahlah kami bahawa telahpun bertemu jawapan
Pencarian telah tiba di penghujung jalan.

Berakhirlah sebuah penantian
Walau masih banyak persoalan
Mengapa burung gergasi itu mendaratnya di kedalaman
Jauh dari sebarang lapang pendaratan
Di tempat paling pencil dan sunyi lautan
Ternyata doa kita telah dijawab oleh Tuhan.

Maha suci Pencipta
Telah membuktikan tiada alat ciptaan mampu mendapatkan
Walau secanggih mana rekaan ilmuan
Jika bukan Dia memberi perkenan.

Maka insaflah kami
Kau Maha Mengetahui
Walau yang dicari cuma sebutir pasir dalam laut paling dalam
Atau sehelai daun dalam hutan paling tebal.

Tuhan... kami selesai sudah menunggu
Perkhabaran dari-Mu
Biarlah airmata yang telah kering
Mengalir semula
Untuk kami menginsafi
Detik-detik akhir mereka dia dalam sana
Menyaksikan debaran kuat saat-saat cemas melalui Koridor Selatan
Dan menjunam, dan tenggelam, dan kelemasan
Menyaksikan satu persatu teman senahas
Dijemput Tuhan
Dan ternyata segah manapun kenderaan buatan manusia
Secanggih manapun teknologi pengesan
Hanya bukan apa-apa
Jika dibanding ciptaan-Mu
Maka benarlah, kami bukan pencipta, Tuhan...

Kami tertunduk malu
Dalam kesedihan
Mengakui kami bukan siapa-siapa
Tanpa perkenan-Mu
Jika ini isyarat-Mu, Tuhan
Benar, kami telahpun menerimanya
Dan MH370... benar-benar telah mendarat di sisi Tuhan.

Oleh : Moh Azam Rezali.

Saturday, February 8, 2014

bicara wardah (part 1)


Annisa' memegang erat diari kepunyaanya . hendak dibuang, ia kenangan. hendak disimpan takut nanti menyulitkan keadaan. hmmm. annisa' mengeluh panjang, lalu disimpan diari ke dalam laci lantas melemparkan pandangan jauh ke luar jendela. 

"wah cantiknya awak Annisa'"

sapaan lembut oleh sahabatnya. hanya senyuman yang terukir dibibir gadis itu. 

"Ya Allah, jika benar dia jodohku, maka permudahkanlah urusan ini"

tidak putus putus annisa' berdoa. jauh disudut hati, seakan tidak percaya sebentar lagi dia bakal menjadi tunangan kepada seseorang yang Allah hadirkan menerusi keluarganya.

Muhammad Aiman.

Nama itu bermain main di ruang kepalanya. sekali lagi satu senyuman panjang terukir di bibirnya . senyuman kekuatan yang Allah berikan untuk berpegang teguh dengan keputusan yang dibuat sendiri oleh dirinya tanpa paksaan dari mana-mana pihak. 

kali ini aku yakin dengan keputusanku. moga Allah redha. kata Annisa' di dalam hatinya. 

Annisa' bingkas bangun ke meja solek miliknya, diperbetulkan tudungnya diperkemaskan mukanya. terasa lain wajahnya dengan sentuhan "make-up" oleh kak fara. risau juga Aiman tidak berkenan kerana sudah awal-awal dipesan jangan "make-up" tebal sangat. tidak cantik katanya. 

biarlah tak cantik. bukan awak ade pun. Annisa' tergelak sendiri. 

kemudian Annisa' berjalan menuju ke kamarnya. diperkemaskan kedudukannya di katil. sahabat sahabat yang ade ketika itu turut membantu. 

"amboi nisa' sejuknya tangan. nervous ke?hihihi"

kata seorang sahabat

"hish. mestilah awak. risau :')"

annisa' menjawab dengan wajah yang sangat gelisah

"relax sayang. everything gonna be okay :)"

annisa' tersenyum kembali. kata kata semangat dari sahabatnya membuatkan annisa' lebih tenang.

selang beberapa minit kemudian, pintu bilik annisa' dibuka dengan perlahan. 

melihat wajah seorang ibu yang penuh dengan senyuman buat annisa' rasa lebih malu. dengan diikuti bebrapa wajah yang annisa' kurang kenali. mungkin saudara mara aiman. telahan annisa'.

"assalamualaikum"

sapaan wanita yang berusia 50-an itu.

"waalaikumussalam"

jawab annisa' perlahan. malu barangkali.

"dah sedia?"

tanya wanita itu lagi.

annisa' membalas dengan senyuman.

lantas, dengan lembut tangan kanan annisa' diambil oleh wanita itu dan kemudian disarungkan cincin belah rotan ke jari manisnya sebagai cincin merisik dan diikuti tangan belah kiri untuk cincin pertunangan.

sumber gambar : google 

Alhamdulillah. doa annisa' dalam hati. 

terus annisa bersalam dengan wanita itu yang bakal menjadi ibu mertuanya suatu hari nanti jika didizinkan Allah.

"setuju tak ni?"

wanita itu bertanya.

annisa' mengangguk kecil dengan senyuman yang tak lekang di bibir. hanya Allah sahaja tahu perasaannya ketika itu :)

kini, dia sudah menjadi tunangan kepada Aiman. sudah mula perjalanan baru dengan tanggungjawab yang baru. ikatan ini bukan "tiket" untuk annisa' melakukan perkara yang Allah murkai. tegas annisa' dalam hati.

setelah selesai urusan penyarungan cincin, mereka semua keluar untuk menjamu selera. tinggallah annisa' di biliknya dengan senyuman. 

memandang kedua dua cincin yang kini miliknya, annisa' mengalirkan airmata kesyukuran. terima kasih Allah atas kebahagiaan ini. terus annisa' mengangkat kedua tangannya dan berdoa,

"Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. urusan kami dalam menuju untuk melayari bahtera pernikahan. urusan kami ketika berlayar dengan ikatan yang halal di sisimu. jauhkan kami dari godaan syaitan yang direjam. Perelokkan ibadah kami agar kami tidak terpesong ke jalan yang Engkau murkai. Berkatilah hubungan kami agar kami tidak alpa dan tidak lalai denganMu"

sekali lagi berduyun duyun airmata mengalir di pipi annisa'.

annisa' mengambil diari baru di dalam almarinya. kini diari ini akan menjadi sesuatu yang beharga untuknya. lantas annisa' mengambil sebatang pen dan mula mencoret sesuatu di dalam diari comel nya.


Buat bakal suamiku, Muhammad Aiman

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita

Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai

Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku

Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..

diari ditutup dan disimpan . moga ini satu permulaan yang baik dan akan diakhiri dengan sesuatu yang lebih baik :)