Wednesday, June 27, 2012

bila kami main masak-masak .


tadi kemas kemas folder gambar dalam laptop nie . mendelete mane mane yang tak berkenaan . menambah mane mane yang berkenan . hehe . tibe tibe terjumpe satu gambar dan saya mula merindui housemate 3-1-2 yang super duper best . 


sayang-sayang , ingatt tak mase kite main masak masak ? 

masa ni , 
kak gloria n mieza tak de . balik KL . 
kak shanti pon tak de . pergi kampus .
kak syida ade sekejap je . sempat siapkan cocktail . lepas tu die ke kelas "tendang angin" . hehe
dan 
yang setia dengan saya , intan dan nathiya . 

siapa sangka kite boleh masak macamni walaupun tak sesedap mak kite masak ? tapi yang penting , kite dah lepas satu stage untuk ke alam perkahwinan . haha . 

bila lihat gambar ni , saya mula merindui kenakalan kalian . alhamdulillah . ALLAH bagi saya kawan-kawan yang baik . yang ada tika susah dan senang . tika duka dan gembira . 

:)

dan istimewa untuk kalian semua , 



SAHABAT,

Walau kini kita tak slalu bersama

Aku ingin kita selalu dekat


SAHABAT,

Walau kini kita jauh

Aku ingin kita saling menghubungi


SAHABAT,

Kau tau betapa berharganya dirimu?

Kau lebih berharga dari sebongkah emas


SAHABAT,

Kau tau kenapa?

Karena mencari seorang sahabat seperti kau bukanlah hal yang gampang


SAHABAT,

Kini ku ucapkan “Aku akan selalu menjadi sahabatmu”

Kini kau ucap juga di sana 


^_________^


sayang kalian semuaaaaa ! 


notakaki : jangan lupe try resepi nasi ayam ni kat rumah masing-masing . sem depan , kite masak yang lain pulak :D



pelamin idaman .


assalamulaikum . 

malam malam macam ni , berkenan pulak hati nak bercerita tentang pelamin . ape orang kate tu ? pelamin idaman ? haaa macam tu lah gamaknya :)

hehe 

insya-ALLAH , tepat pada masa , jam , minit , saat , dan harinya , saya akan bernikah jua :) walau tidak di dunia mukin di akhirat sana ? :)

jadi , tak perlu risau tentang soal perkahwinan ini . aturan ALLAH itu indah . apa yang dicaturkanNYA adalah yang terbaik untuk kita semua ^^,

hari tu , jalan jalan kat google terjumpe gambar pelamin yang pada saya simple , cantik dan menarik . 


mukin kerana warna hijau ? hehe tak jugak sebenarnya . mukin sebab kombinasi warna dan susur atur yang tak serabut . nampak kemas , sejuk mata memandang :)

kalau saya tak dapat pelamin macam ni pon , mukin saya boleh suggest pada kawan-kawan semua ? betul tak tipu . pelamin ni nampak cantik . bagi yang tak gemar warna hijau , tade masalah kalau nak tukar yang warna hijau tu kepada warna lain . yang buat pelamin tu kan manusia :)

cantik kan pelamin ni ? 

motakaki : saya ada pelamin idaman . awak pulak macamane ? ^___^


Tuesday, June 26, 2012

cahaya hidayah


Bila dia datang kepadaku, terasa ada getaran kecil di hati...
Bila dia datang kepadaku, ada suara kecil yang memanggil namaku...
Bila dia datang kepadaku, titisan air keluar daripada mataku kerana baru aku sedar banyak dosa yang telah aku lakukan. Rasa bagai tidak akan diberi peluang untuk balik ke jalan yang benar...
Bila dia datang kepadaku, sebenarnya baru aku sedar dia tak pernah datang kepadaku tetapi sentiasa berada di pintu hati menunggu pintu hatiku terbuka untuk memelukinya dan takkan pernah ku lepas...
Bila dia di hatiku, takkan aku lepaskan lagi dan aku sedar kini aku sedang cuba miniti jalan yang benar...
Bila dia di hatiku, dia membisik kepadaku untuk berubah dengan memberi seorang insan kepadaku iaitu seorang insan yang sentiasa memberi semangat tak putus-putus agar aku sampai ke jalan orang-orang yang soleh dan solehah...kasih sayang daripada Maha Penciptaku dan insan itu bagai air sungai yang mengalir ...bonus buatku!
Bila dia di hatiku, kata syukur kepada Rabbku sentiasa ada pada sujud akhirku...
Bila dia di hatiku, ku belajar menutupi auratku walaupun tidak sempurna tetapi lebih baik dari ku membaluti auratku. Betapa sedihnya bila teringat kebodohanku dulu, bertudung tapi menampakkan bentuk badan ...malu!
Bila dia di hatiku, sentiasa aku berdoa agar hati ini istiqamah dengan perubahan pada diri ini walaupun sedikit demi sedikit...
Bila HIDAYAH datang di hatiku...
...
Sesungguhnya, aku manusia yang lemah, tak kuat tetapi aku cuba kuatkan hati kerana aku percaya Allah sentiasa denganku. Bisikan dan kata-kata manusia yang mengikut arus dunia melemahkan semangat untuk berubah. Syukur Alhamdulillah aku sentiasa mendapat semangat daripada yang tersayang. Ikhlaskan hati kerana Allah Taala...
Ya Allah, ampunkanlah aku. Sesungguhnya aku tidak layak masuk syurgamu, tetapi tidak pula ku sanggup menanggung seksa nerakamu. Kau pimpinlah aku menuju ke jalan orang yang bertakwa iaitu orang yang mendapat hidayah. Istiqomahlah hati ini. Kurniakanlah aku keluarga, kekasih, dan sahabat daripada orang yang soleh dan solehah. Amin...

Sunday, June 24, 2012

ucapan khas dari nukilan hati :)


alhamdulillah . ramai kawan-kawan dah selamat menjadi suami/isteri orang . juga tak lupa buat sepupu sepupu yang comel comel dan kacak kacak belaka . moga moga kalian dapat membina keluarga sakinah ;)



gambar hiasan . sumber dari google . 

buat yang sudah bergelar suami , saat kamu melafazkan sakinah , maka pada saat itu kamu telah memikul satu amanah yang sangat besar . amanah dari wali isterimu . 

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

tidak lupa . buat yang sudah bergelar isteri . sesungguhnya syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya .

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan 
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku



hayatilah wahai isteri isteri . inilah antara luahan rasa para suami .

hanya ALLAH yang tahu betapa gembira rase hati . melihat kebahagiaan kawan-kawan yang lain . moga kalian dirahmati ALLAH ;')

notakaki : moga aku juga mampu menjadi seprti yang dikehendaki . amin .


Saturday, June 23, 2012

errrr ? ;)


mukin nukilan hati perlu ditutup serta merta ? 

maafkan saya jika di sini terdapat unsur unsur plagiat yang menyakiti hati mane mane pihak . terima kasih kerana menegur . 

ukhwah fillah . abdan abada :)




Friday, June 22, 2012

suara hati .



akan ku buangkan perasaan ini sejauh mukin .

biarlah ia pergi . 
pergi bersama angin .

biarlah ia terbang .
terbang bersama si burung .

yang pasti , 

akan ku kirim doa untukmu . 
di setiap sujud terakhirku .

:')


terasa kehilangan


26 Mei 2012

eh kenape ayah call no maxis ni ? mesti ade pape nie .. erm .

aku  : "hello ayah"
ayah : "kak , wak don dah meninggal"
aku  : "ha ? bile ?"
ayah : "baru je . ni ayah on the way balik kluang . kalau akak sempat balik , balik lah ye . kalau tak sempat    tak pe . nak kebumikan petang ni , lepas asar"

aku yang baru memulakan suapan nasi terhenti . terkedu . terkejut . mengalir airmata .

zati : "awak,awak ok ke?"
aku : "awak , pak cik kita meninggal.."

aku menangis lagi . kali ni aku terus tak selera nak makan . aku tingggalkan makanan tu . basuh tangan . aku seakan tak percaya . aku call akak untuk dapatkan kepastian .

aku  : "kak, kat mane ?"
akak : "otw nak g uruskan jenazah wak don"
aku  : " wak don meninggal sebab ape ?"
akak : "sesak nafas rasanya . dia meninggal kat wad aku. tapi semalam aku keje malam . so , arini aku tak keje"
aku  : ouh . hmmm . ok lah . bye 

aku menangis lagi . aku terus ajak zati balik .

aku terkejut sangat . kali terakhir aku jumpe arwah masa aku cuti mid semester . itulah yang pertama dan terakhir sejak die sakit . saat tu , aku tak mampu buat ape ape . aku terus amek yassin . baca untuk arwah . 
aku menangis lagi . sehinggalah aku tertido dan terjaga ketika azan zuhur .

.
.
.

hari ini 


hari ini barulah aku berpeluang melawat keluarga arwah . melawat mak cik yang aku anggap sebagai ibu . sepupu yang aku anggap sebagai saudara kandung aku .

alhamdulillah . mak cik sekeluarga tenang semuanya .

mak cik bercerita saat saat terakhir arwah pak cik . aku tak dapat tahan airmata . aku menagis lagi . terkenangkan banyak jasa pak cik pada aku dan keluarga yang belum sempat aku balas . seoga ALLAH membalas semuanya .

saat mak aku kemalangan dan jatuh sakit , pak cik dan keluarga banyak membantu . pak cik antara sumber kekuatan ayah menjaga mak di hospital .

tapi ALLAH lebih sayangkan pak cik . ALLAH ambil pak cik dari kami . kami redha walaupun permergian pak cik antara kehilangan terbesar keluarga kami .

sebelum arwah menutup mata untuk selamanya , arwah banyak meninggalkan pesan pada ayah buat isteri dan anak2nya , buat adik beradiknya , buat anak2 saudaranya . saat wasiat itu dibacakan , gugur lagi airmata.

semoga ALLAH menempatkan pak cik dalam kalangan orang beriman .

ketika bulan RAMADHAN semakin hampir , aku semakin teringatkan arwah . nama arwah sama dengan bulan yang mulia itu . bulan yang penuh barakah . RAMADHAN . nama yang akan tersemat buat aku , keluarga ,dan semuanya .

hanya doa yang dapat kirimkan untuk arwah di sana .

#alfatihah#




ayuh bermujahadah !


Diri yang dibelenggu dosa pasti tiada padanya perasaan tenang, bahagia dan gembira. Sebaliknya, diri dikongkong dengan perasaan keluh kesah. Dosa itu umpama serbuk kopi tanpa gula yang dimasukkan ke dalam air panas, terlarut bersama air yang akhirnya diminum.
Analogi ini umpama bintik-bintik hitam yang tumbuh di dalam hati sehingga lama-kelamaan larut di dalam jiwa dan akhirnya terasa pahitnya berada dalam dosa. Bertuah pada mereka yang merasai dirinya berada dalam keadaan begini. Namun, bagi yang tidak merasainya, teruskan usaha untuk mencarinya.
Detikan yang muncul dalam hati dengan merasai dan menginsafi dosa-dosa ini adalah jentikan daripadaNya yang menyayangi hambaNya. Tuhan itu Maha Pemurah, Pengasih, Penyayang dan Pengampun kepada hambaNya. Selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Dia mendekati kita.
Bagi yang menerima suntikan ini, bersyukurlah, kerana kamu adalah antara insan yang terpilih. Jangan pernah abaikan dan mensia-siakan hidayah ini kerana kita takut inilah hidayah terakhir kurniaanNya. Seandainya kita melepaskannya, apakah mungkin kita memperolehnya pada masa akan datang? Bagi yang belum mendapatkannya, ayuh, kita koreksi diri dan berusaha untuk mendapatkan hidayah semoga kita tersedar daripada igauan dosa.
Antara cara yang dapat kita usahakan untuk menimbulkan perasaan berdosa ini adalah dengan memperbanyakkan muhasabah. Setiap orang boleh bermuhasabah, namun, tidak semua yang dapat merasa nikmat muhasabah yang sebenar. Oleh sebab itulah kita dialu-alukan untuk menghadiri kuliah agama, usrah, program bagi membina sahsiah dan rohani dan seumpamanya.
Program-program sebegitu sedikit sebanyak akan menimbulkan bibit penyesalan dan melembutkan hati. Pengisian usrah yang berkualiti, sebagai contoh, meninggalkan bekas di hati masing-masing.Bersahabatlah dengan sahabat yang baik kerana mereka boleh mengingatkan kita pada saat kita lalai dan lupa. Seterusnya, biasakanlah diri dengan solat, zikrullah, selawat dan membaca al-Quran sebaik mungkin, kerana inilah makanan utama rohani kita. Apabila hilang ia, maka hilanglah diri dan sifat kehambaan itu.
Selain daripada itu, jangan lupa untuk berjinak-jinak dengan Allah tatkala semua orang sedang tidur. Korbankan kesedapan tidur itu dengan merayu, meminta dan meluahkan segala-galanya, serta mengaku kelalaian dan kemungkaran kepadanya. Air mata inilah yang akan menjadi penyelamat pada hari akhirat kelak, insya-Allah.
Berdoa, merayulah padaNya agar Dia memimpin kita kembali ke jalan yang lurus dan meluruskan hati untuk kembali padaNya, di samping memohon kekuatan untuk terus bermujahadah dalam mencari hakikat hidup yang sebenar dengan mencintaiNya.
Akhir kalam, sebagai peringatan buat diri yang hina ini serta semua, ayuh kita kembali memperbaiki diri. Berusahalah untuk kembali kepada Allah kerana kita berada di bumi yang fana' ini tidak lama. Kehidupan di akhirat nanti yang kekal. Ayuh kita manfaatkan masa taubat yang diberi Allah kepada kita.
selamat bermujahadah wahai mujahidah 
^______^

Thursday, June 21, 2012

sekadar peringatan ;)


"Nama saya Sya'ban
Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya, 
Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya,
Rezeki & 2 orang anaknya, Sahur dan Iftaar. 
Mereka ditemani 3 cucunya, Rahmat, Keampunan dan Barakah. 
Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat Syawal airlines. 
Hargai mereka, & anda akan mendapat kemenangan, keberkatan dan bersyukur"

:)



Wednesday, June 20, 2012

tak boleh merungut .




aku bersyukur YA ALLAH :')

aku kuat . ye aku kuat .


Tuesday, June 19, 2012

cinta lagi :)


nak berkongsi pasal cinta lagi . OK . saya pasti ade yang tak gemar nak teruskan bacaannya . tak mengapa . ini sekadar penulisan dan perkongsian saya hari ini :)

salam ukhwah fillah buat sahabat semua . 

entah mengapa . hati tertarik dengan ucapan dari seorang sahabat . 

"Dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya pinang awak utk jadi pelengkap rusuk saya, isteri utk anak2 saya, peneman saya menuju jalan Ilahi "

ok . jangan risau . die tak tuju pada saya pon . haruslah pada bakal isterinya . sama-sama kita doakan :D

nak katenya kenape saya suke ? ok . tentulah sebab suweeeet :) tambah tambah pulak bila semuanya berlandaskan apa yang ISLAM ajarkan . 

sesungguhnya rumahtangga yang dibina untuk menuju redha ALLAH itu sungguh hebat . sungguh lah bermakna . ALLAHUAKBAR . 

tak percaya ? cubalah ! nantikan keajaibannya ;)



mood cuti :)


alhamdulillah . syukur pada ALLAH . 4 jam perjalanan akhirnya saya tiba di KLUANG tercinta . maka dengan ini , bermulalah cuti semester saya selama 3 bulan .


^________^

buat sahabiah yang masih dalam mood final exam , teruskan berusaha . moga berjaya ! sahabiah yang sudah bercuti lebih awal , okay saya tak jeles lagi sebab saya juga dah bercuti ^^,

memandangkan inilah kali pertama saya bercuti semester , saya sangat gembira ya adik adik . mane tidaknya . selama ini cuti semester dipenuhi dengan tanggungjawab lain bersama keluarga lain di UPSI  . tapi berbeza untuk semester ini , saya bersama keluarga di kampung . menghabiskan cuti yang tidak kurang lamenye . moga ada manfaat yang diperoleh . mudah-mudahan . insya-ALLAH :)

buat teman yang meneruskan legasi kepimpinan kolej , buatlah yang terbaik . sehabis baik . perbaiki kelemahan lalu , pertingkatkan kekuatan yang ade (:

last but no least ,



Friday, June 15, 2012

aku , dia dan kenangan ^_^


bila roomate dah pulang ke kampung , oke aku sangat dan termatlah sunyi . 

hey . siapa nak teman aku pergi makan ? siapa nak main baling baling bantal dengan aku ? main kejar kejar ? tarik-tarik rambut ? main jaring jaring ? ha ? 

siapa pulak nak dengar aku membebel ? dengar aku menyanyi ? puji diri sendiri ?

okay . die sorang je yang macam tu . dia je yang faham ;'(

memanglah aku pon nak balik same . ahad nie je pon . tapi tahu tak due hari tu sangat lama ? lepas nie due bulan tak jumpe die . tak bertekak dengan die . tak dengar die menangis . haha . dan tak tak tak . 

tapi apelah daya . aku hanya insan biasa . apabila aku belajar menerima maka aku harus belajar melepaskan . ecece . macam orang bercinta ;)

kami bercinta hape . bercinta dalam persahabatan sehingga ke syurga ALLAH ^^,

untuk awak , intan nurazlin azman . terima kasih untuk semuanya . maaf atas segalanya . selamat bercuti . selamat menunaikan ibadah puasa . selamat menyambut hari raya aidilfitri . selamat dan selamat . barakallahu fik . kenang daku dalam doamu :)

last but not least . 


sayang kamu kerana ALLAH :)


penghuni 3-1-2 (1) stay comel . jumpe semester depan . dan pastinya awaklah roomate saya lagi . hahaha . 


Wednesday, June 13, 2012

Kaum Adam, tolong kenali Kaum Hawa !


Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu teman dekat. Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.

Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.

Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak dapat menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimakah?

Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.

Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.

Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!

Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.



Tuesday, June 12, 2012

aduhai hati .



Aduhai hati yang selalu gundah gulana. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini?
Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?
Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul 'Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNYA? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa? Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada.. Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah MAHA MELIHAT.
Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati.. "Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?" Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu.. Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang SABAR.
Aduhai hati yang penuh kesedihan. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian.. Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah..
Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar , mengikut sunnah kekasihNya. Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah TAQWA.
Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana DIA lah pemilik segala yang engkau ‛miliki'.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, putrinya Syaidina Abu Bakr.. Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung Tawakkalnya. Pada Allah sw.t dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak. Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.

sahabat , maafkan kealpaan diriku .



Sudah berminggu berlalu .
Sungguh, aku amat merindui dirimu
Masih terngiang gemersik hilai tawamu
Membuatkanku tenggelam dalam lamunan
Hanya kenangan pengubat rinduku

Aku ketandusan ukhwahmu yang dulu
Yang memahami setiap kelumit firasatku
Puas aku mencari sahabat sepertimu
Namun, Pencipta masih belum menemukannya
Yang ku temui hanyalah harapan lesu

Aku redha di atas ketentuanNya
Katamu yang berbisa masih teguh di sanubari
"Orang yang sabar selalu diuji"
Ku jadikannya sebagai peringatan diri
Tatkala terasa lemas diuji duniawi

Kemaafan dipohon dek kealpaan diri ini
Ku syukuri ukhwah yang pernah terjalin
Walaupun ianya seketika cuma
Tetapi sudah cukup bagiku menilainya
Ku harap dikau bahagia melewati alam yang abadi
Hanya untaian doa mampu ku kurimkan padamu

"Ya Allah,ku rayu padamu ,
satukanlah hatiku dengannya nanti
Ku akui terlalu banyak khilaf yang ku cipta
Moga ku tidak terlalai dengan keasyikan dunia fana
HidayahMu ku harapkan dalam menerangi laluanku
Agar ku bisa tenang menemuiMu nanti"

Amin Ya Rabbal a'lamin...

Monday, June 11, 2012

hati dan perasaan :)



Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak..

Saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak..

Saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH..

TAPI

Saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya.. 

Saya SENYUM kerana saya sentiasa INGATKAN DIRI supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain.. 

Dan 

Saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya.. 


notakaki : hakikatnya saya juga seperti awak, punya hati & perasaan :)