Thursday, December 27, 2012

hargai sebelum tiada .


assalamualaikum pembaca budiman :) 

alhamdulillah , di kala sibuk dengan persiapan juga persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester 5 , Allah mengizinkan jejari ini menaip sepatah kata di laman sesawang yang boleh dikategorikan usang dan lapuk . 

Allahuakbar .

lewat tengah hari tadi , baru sahaja diri ini menerima berita kematian salah seorang saudara perempuan yang masih muda usianya . tapi itulah . usia tidak menjadi pengukur kematian seseorang . perginya seorang anak adam menghadap Ilahi tidak lewat dan tidak awal walau sesaat . 

kisah yang cukup tragis . 

di satu pagi , arwah yang sedang sarat mengandungkan seorang lagi pejuang agama Allah telah mengalami sedikit ganguan kesihatan dan dibawa oleh suami tercinta ke klinik berdekatan . dan keadaan bertambah serius sehinggalah doktor meminta arwah dibawa ke hospital . dan ALLAH lebih menyayangi si anak yang di dalam kandungan . dalam perjalanan ke hospital itu , si anak telah kembali kerahmatullah . dan seawal jam 3 pagi tadi , si ibu pula pergi mengahadap ALLAH Yang Esa . 

sungguh berat ujian buat si suami juga anak sulung mereka yang baru berusia setahun . menerima dua pemergian insan tersyaang . namun inilah jalan cerita kehidupannya .

 bagaimana dengan kita saudara saudari yang dikasihi ? cubalah untuk kita renung renungkan . adakah sudah cukup amalan kita jika Allah panggil kita sebentar lagi ? 

ALLAHUAKBAR :')

seorang isteri pergi meninggalkan suaminya . 
seorang anak pergi meninggalkan ibu ayahnya . 
seorang ibu pergi meninggalkan anaknya .

takziah buat keluarga arwah . moga ALLAH menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman . alfatihah .

dan tersentuh hati ini untuk berkisah tentang seoarang ibu . 

seorang ibu yang telah mengandungkan kita . membawa kita ke mana sahaja selama 9 bulan 9 hari . menjaga . mendidik . membesarkan . memberi sepenuh kasih sayang . tidak kenal erti penat . 

dan adakah hari ini 

setelah kita meningkat usia . tahun demi tahun . apakah sudah kita balas semua jasanya ? mencurahkan segala kasih sayang kepadanya seperti mana dia mengasishi kita sejak kita dilahirkan ? 

ALLAH :')

marilah sayang . kita perbaiki segala kelemahan . curahkan sepenuh kasih sayang buat insan bernama ibu . 

coretan khas buat ibu . 

Tertanam naluri keibuan amat mendalam 
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan 

Di bahumu tergalas beban 
Perjalananmu penuh rintangan 
Kau titipkan kasih sayang 
Sejujur pengorbanan 
Tak ku nafikan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Kau insan penyayang 
Betapa ku merindu 
Lembutnya belaian ibu 
Membuatku terlena 

Di wajah terlukis tenang 
Debar di dada kau rahsiakan 
Ku pastikan dikau aman 
Dikurnia sejahtera 
Tak ku lupakan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Tiada aku tanpa ibu 
Hanya (kau) satu didunia 
Bertakhta dikau dijiwaku 
Kau lah ibu yang tercinta 

Kau insan pengasih 
Betapa aku mengharap 
Hadirnya restumu ibu 
Membawaku ke syurga 

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan 
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu 
 
oh ibu :')

mom , i love you .


notakaki : perginya seorang ibu maka tidak akan ada pengganti yang sama sepertinya . hargai sebelum tiada

Sunday, December 23, 2012

petua menghadapi peperiksaan ;)



Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.


Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.


Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.


Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.


Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.


Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.


Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."


Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]


Tuesday, December 18, 2012

kejayaan dia , kebanggan saya :D


ouh lagi sekali . congratulations adik ! you make me plus plus proud of you . 
tahniah . tahniah . dan tahniah :D

sekolah sains semberong

termakbul juga harapan ayah bonda kita nak lihat awak masuk sekolah ni ;)

walaupun sekolah ni tak sampai 15 minit dari rumah kita , tapi okay lah . senang awak nak balik . jarak tak menjadi pengukur kejayaan kita . kan ? kan ? haha 

so , 

dengan rezeki yang ALLAH bagi ni , dengan peluang yang dah ade depan mata , jangan sia-sia kan . gunakan sebaik mungkin . belajar sungguh sungguh . ilmu ALLAH itu luas . 

dan 

jangan lupe ayah bonda . mereka sangat berjasa . kalau tak kerana mereka , kita takde kat dunia ni serta tak rasa kejayaan ni :)

oleh kerana akak tak kerja lagi , maka akak mampu bagi sepatah dua kata je lah . nak hadiah , tunggu akak kawen . eyh ? hahaha . 

last but not least , selamat maju jaya !

ingatan tulus ikhlas daripada kakak awak yang comel :D

izzaidah mohtadi

kepada awak yang kurang comel . haha

izzati mohtadi


notakaki : jangan lupa buat solat sujud syukur . kejayaan ni , ALLAH yang bagi . maka utamakan Dia :)

Thursday, December 13, 2012

sahabat



Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:

"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.
Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat'.
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Benarlah kata-kata hikmah yang selalu kita dengar iaitu
 "sahabat yang tidak jujur itu ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.Sahabat yang setia itu bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."
Sahabat suka dan duka kita kongsi bersama
silaturrahim kita hanya kerana Allah.
engkau ajarkanku erti hidup hanya untukNya
memberi keranaNya
menerima seadanya
Hidup bukan hanya untuk dunia semata
tapi untuk akhirat yang lebih utama..
ukhuwahfillah..

Mari sama-sama berlari untuk menjadi sahabat terbaik..untuk menggapai redha Allah.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah Swt.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Tuesday, December 11, 2012

sebab-sebab perlunya bersangka baik :)


Tujuh 
sebab mengapa kita mesti bersangka baik;

Satu.
 Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.

Dua. 
Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.

Tiga. 
Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?

Empat.
 Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.

Lima. 
Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa. 

Enam.
 Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.

Tujuh.
 Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!


Sunday, December 9, 2012

Seindah hijab menjadi plilihanku


buat awak yang bertanya :)


Ye , suatu ketika dahulu
Diri hanya  insan biasa
Gadis yang hanya berpesonaliti biasa
Namun Hidayah-Nya
Hadir tanda kasihNya
Tudung labuh menyentuh fitrah
Membuatkan aku jatuh cinta
Pada hijab yang sempurna..

Tudung labuh sangat bermakna
Menjadi penghormatan pada diriku sebagai seorang wanita
Aku berubah bukan kerana ingin mendapat gelaran ustazah
Namun tanda cinta pada Illahi yang memberi perintah
Untuk kaum hawa menjaga aurat dengan sebaiknya
kerana itulah yang terindah dan berharga

Kadang kala
Aku kecewa
Pada sikap segelintir manusia
Hanya pandai menyindir tanpa usul periksa
Sangat susah untuk mendidik hati supaya lebih sabar dan redha
Namun ku kuatkan semangat untuk tidak berputus asa
Istiqamah dalam menjaga aurat demi keranaNya

sincerely, izzaidah


cerita semalam


aku tak berani . tapi aku gagahkan diri demi satu matlamat . demi menggapai redha Tuhan Yang Esa . 

aku tak kecewa . kerana sebelum aku lakukan perkara itu aku sudah berlapang dada . menerima segalanya .  dan alhamdulillah . aku masih boleh tersenyum , bergelak tawa sehingga ke saat ini . 

adalah satu penipuan besar kalau aku kata aku tak sedih . tapi aku tidak letak sedih itu di kedudukan paling atas . malah ia berada di kedudukan paling hujung . sebab ? sebab aku tanak sedih itu menguasai diri . 

hey hey . menangis bukan jalan terbaik kan ? 

aku cari sejadah . aku cari ALLAH . dan aku perlu bersyukur . kerana aku pasti tiap apa yang dirancangkan olehNYA adalah yang terbaik untuk aku . juga untuk kamu . ye kamu :)

dan pasti . 

sebagai puteri ayah bonda ,



In Shaa Allah ^^


Saturday, December 8, 2012

masih belum terlambat kot . hee :)


anyway , congratulations for your UPSR result . you make me proud of you , sister ;)


kejayan awak hari ini merupakan titik permulaan awak untuk masa akan datang . maka , teruskan perjuangan . jangan lupa pesan ayah dan bonda kita . pesan paling utama . jangan lupa ALLAH . jangan tinggal solat . 

akak tak mampu bagi awak hadiah mahal mahal . akak cuma mampu doakan yang terbaik untuk awak . moga awak dapat capai cita cita awak ;)

tahniah sekali lagi . 

pesanan dari kakak awak yang paling comel . belajar bukan hanya untuk dunia . tapi untuk akhirat sana juga .

keep it up ^^,


your sis,
izzaidah 

Saturday, December 1, 2012

tinta hati


Di saat aku dirisik olehNya
Aku seperti kanak-kanak kecil yang manja
Tidak mengenal apa-apa
Ketika itu aku hanya tahu mengikut kehendakku sendiri
Keputusanku bergantung pada apa yang terbaik dan ku sukai
Pada risikan itu
Sedikit pun tiada ragu bertamu

Setelah beberapa ketika
Aku berada di satu tempat yang indah
Bagiku tempat itu ibarat satu taman syurga
Yang dihiasi dengan kehijauan pokok-pokok muda
Sekelilingnya terbentang sebidang sawah 
Di tepinya sebuah tasik tempat ikan bersuka ria
Ooh ! Alangkah indahnya...  
Jauh dari kota

Pada hari itu
Di situlah tempat ku
Bersama janji yang ku ikat padu
Yang mana pada saat itu
Aku bukan lagi seperti dulu 
Yang hanya mengikut kehendak hati
Kerna ku tahu syaitan akan mempengaruhi

Bertunjangkan satu kefahaman
Dan berbekalkan keikhlasan
Pada hati ku sebatikan pengharapan
Andai tiada segalanya
Juga sunyi dari kehendakNya
Mungkin aku bukan di sini adanya

Di saat aku melafazkan janji
Manik-manik jernih mengalir di pipi
Terasa debaran menjadi tamu hati
Ku bisikkan pada diri 
'insyallah' ini pilihanku, ini taqdirku
Moga inilah yang terbaik buatku

Aku bersyukur kepadaMu Ya Ilahi
Kerna Engkau telah memilih diri 
Berada di dalam perjuangan ini
Harapan dan doa menemani tiap denyutan nadi
Moga Allah memelihara dan menjaga hati ini
Agar terus istiqamah dan cekal diri

Dan inilah hari yang sangat bermakna
Setelah aku bertunang dengan sebuah perjuangan!
Moga Allah memakbulkan doa-doa 
'Ansorullah' di setiap medan perjuangan 
Dan akan termeterailah sebuah perkahwinan 
Setekah ku syahid di jalanMu Ya Allah...

Pada saat itu tiba 
Yang menjadi suatu tarikh rahsia
Yang hanya Allah Maha Mengetahuinya
Yang penuh debar kan terasa
Yang kan menjadi tanda sejarah 
Sebagai pertemuan abadi dengan segala 'Raja'

Semoga sepanjang tempoh ini
MardhotillahNya menemani hari-hari yang bersisa
Dan moga diri tetap istiqamah
Meniti sebuah kehidupan menuju Rabbi



akhirnya


Perasaan itu ada di hati.
Dulu ia terpendam, kerana sibuk studi.
Atau , 
"Malaslah nak fikir... belum ready..."
"Belum sampai masanya lagi..."
"Macam mana nak mulakan, tak reti..."
"Saya memang sedang mencari lah ni..."
Perlahan-lahan, perasaan itu meresap ke hati.
"SubhanAllah, perasaan apakah ini..?"
Itulah perasaan yang suci, ingin saling menyayangi. Ingin saling melengkapi. Ingin dicintai. Ingin dirindui. Perasaan untuk bertemu pasangan. Di atas landasan pernikahan. Tatkala ia hadir dalam perasaan dan fikiran, layanilah ia dengan iman.
"Ya Allah Ya Rahman... Bimbinglah diriku menjadi jodoh yang baik... Temukan diriku dengan dia yang beriman... Permudahkanlah jalanku menuju pernikahan..."
Memilih melalui taaruf yang telus. Membincangkannya dengan ibu bapa, teman-teman yang berilmu lagi amanah. Hati lapang mendengar pandangan, terbuka menerima pesanan dari yang berpengalaman dan akhirnya keputusan itu, kepada Allah diserahkan.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar..."
Inilah antara untaian doa istikharah yang diajar Rasul SAW saat kita telah memilih dan mengenali latarbelakang calon jua bermusyawarah dengan insan-insan berilmu dan amanah. Kita membuat keputusan memilih si dia, dan kita kemudiannya bukan meminta pada Allah agar dia menjadi jodoh kita, tapi kita meminta keputusan Allah atas usaha-usaha kita, dan pastinya atas ilmu dan kebijaksanaan Allah. Malah, itulah misteri yang sejak dulu Allah telah tetapkan.
Akhirnya ....
 Alhamdulillah.. SubhanAllah.. Allahu Akbar..