Friday, May 25, 2012

saat lafaz sakinah .



Dah siap buat perancangan kahwin, maka waktu nikah, tak perlu bawa segala barang hantaran ke masjid.. Tinggalkan saja di rumah, kerana barang2 itu kita sepatutnya serahkan pada rumah pasangan masing2.. Yang perlu bawa di masjid ketika itu adalah tuan badan, mas kahwin, dan cincin/rantai/gelang (kalau ada).. Lakukan pernikahan dengan menyebut nama Allah, apabila sudah sah, baca taqlik (akujanji) kepada isteri, solat sunat 2 rakaat/sujud syukur, kemudian barulah beri mas kahwin dan sarung cincin/gelang/rantai. Isteri cium tangan suami tak mengapa, dan jangan pula suami mencium dahi/pipi isteri di hadapan orang ramai.. cukuplah dengan memegang ubun2 isteri lalu mengucapkan: "Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya."


notakaki : setiap masa post pasal kawen . tahap wajib kawen dah ni -.-"


Wednesday, May 23, 2012

18 cara merawat hati .


assalamualaikum :)

pagi pagi dah terpacak depan laptop . haih .

alhamdulillah . masih diberi peluang untuk bernafas dengan baik sekali . syukur #

pagi nie teringin nak berkongsi sesuatu dengan semua . perkongsian yang mukin tak menarik bagi kamu tapi cukup menarik bagi saye . 

(:

alt

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."
Bukhari dan Muslim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan menngalami penyembuhan.

Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.

[Artikel oleh Ustaz Abu Basyer / Design Oleh Zulhafidz Yahaya]



بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112) 

sumber : iluvislam.com

Sunday, May 20, 2012

rindu . rumahku syurgaku :)




rindu nak bawak adam jalan-jalan depan rumah :)

rindu nak duduk dekat pondok dengan mak dan ayah sambil cerite pasal masa hadapan :)

rindu nak kene marah dengan mak sebab tak sapu halaman :)

rindu nak main kejar-kejar dengan adik sebab die pasti akan kalah dan menangis :)

rindu nak basuh kereta dan lecakkan halaman rumah :)

rindu nak reverse kereta dan langgar tiang lampu depan rumah tu :)

rindu nak kene jerit dengan ayah sebab tak siram pokok bunga :)

rindu nak kutip buah kuini yang jatuh bersepah depan rumah :)

rindu nak basuh lantai rumah dan membazirkan air sampai mak bising baru reti berhenti :)

rindu nak kutip batu batu depan rumah bila banjir melanda :)

rindu nak bergossip dengan mak cik-mak cik dekat tangga :)

rindu nak marah kucing sebab suke kotorkan lantai :)

rindu nak marah ayam sebab tumbangkan pasu bunga :)

rindu nak dudk kat tingkap dan tengok orang lalu lalang :)

rindu semua . rindu . rindu . 

:')

Saturday, May 19, 2012

ku serahkan segalanya kepadaMU , YA ALLAH :')


aku kene kuat untuk buat orang lain kuat :)


without ALLAH we are nothing . 


malu ?


mencari sedikit ruang untuk menaip di laman sesawang ini :) berbekalkan emosi yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata ^^,

alhamdulillah . syukur pada ALLAH . masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini .

dalam pada hati ini diberi sedikit bahagia dan gembira , terselit sedikit duka . mukin kerana keyakinan pada diri sendiri yang terlalu kurang .

terngiang-ngiang di telinga ini terhadap kata-kata orang-orang di sekekliling .
tersenyum mendengar .
terdetik memikir . 
tersedar dari lamunan . 
terduduk mengenang. 
tergerak memandang . 

hanya airmata jawapan segalanya . bukan sukar menerima takdir ALLAH cume mengenang apakah dosa si diri yang kerap diejek dan ditertawakan?

maafkan saya . 

dalam pada hati menerima , terpikir sejenak . hinakah mereka yang berbadan besar ? 

 :)

tersenyum mendengar soalan yang kerap diajukan . 

"gemoknye kau . ade ke yang nak kat kau ? "

andai saya tiada jodoh di dunia , pasti saya ada jodoh di akhirat . janji ALLAH itu pasti . 

yang berbadan besar , yang dihina selalu . diejek . direndah-rendahkan . ditertawakan itu manusia . manusia yang punya hati . perasaan . jiwa . naluri . sama seperti manusia yang lain . 

:)

maafkan saya , saudara seagamaku. maafkan saya .

tidak sesekali menyalahkan kata-kata orang kerana ada benarnya kata-kata itu . 


YA ALLAH , ampuni dosaku . aku hambamu yang hina :')
 

Sunday, May 13, 2012

ummiku sayang :)


Memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Bila pulang sekolah
ummi sambut kami
sembahyang sama ummi
alhamdulillah

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Ummi ku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummi ku sayang kau ibu mithali
semoga ALLAH kan berkati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Memancar sang suria
menyinar cahaya nya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang


 khas buat ummiku , puan asmah juga buat bakal ibu mertua . yang masih menjadi rahsia ALLAH :)

Saturday, May 12, 2012

:)


 

"ku tunggu saat dikau melafazkan sakinah"


Thursday, May 10, 2012

sannah helwah sayang :)


10 MEI 2012 :)

istimewa buat uminur atikah binti ramli .

10 Mei 2012 hari ini,
Hari lahir uminur atikah ramli,
Usia meningkat satu lagi,
Harus bersyukur pada Ilahi.

Pejam celik pejam celik,
Rambut putih tumbuh di kepala,
Tiada yang ajaib tiada yang pelik,
Itulah tanda awak dah tua :)

Tiada apa yang special sangat,
Cuma terasa sedikit ralat,
Birthday kita orang ingat,
Birthday orang kita tak ingat.
 
HEHE !
 
SMS masuk bertubi-tubi,
Ramai yang bagi salam ucapan,
Di Facebook wall pun ada banyak lagi,
SELAMAT HARI LAHIR saya ucapkan.

Keje pun banyak tak siap lagi,
Eloklah saya mengundur diri,
Terima kasih daun keladi,
Hadiah awak nanti saya bagi ^^,


 ^__________^

Wednesday, May 9, 2012

ibu dan ayah ♥



Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan yang telah engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami,semua anak-anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua ini
semoga Allah memberkati kehidupan ayah ibu

Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
itulah harta yang kau berikan

Ayah dan ibu
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah dan ibu
Kasihanilah Tuhan, ibu yang telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih ayah ibu sewaktu kecilku
Semoga bahagia ayah ibu di dunia dan akhirat sana
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa
Kasihnya ayah tak sanggup berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa
Ikhlas dan rela asalkan bahagia

Terima kasih duhai ayah dan ibuku tersayang
Diatas setiap segala
pengorbanan serta setiap
titis air susu yang telah
membesarkan kami

cc : sintesis cinta ilahi :)
 

Tuesday, May 8, 2012

ALLAH selalu ade menjaga saya :)


saya pasti saya mampu . bukan nak belagak . bukan nak menunjuk . tapi nak buktikan pada semua yang saya tak lemah . 

saya mengalah bukan bermaksud saya kalah . saya ade prinsip hidup sendiri . 

sekian. terima kasih .

kata-kata ini buat aku bangkit kembali ^^,

 


Sunday, May 6, 2012

perkongsian petang ahad :)


sejak-sejak ni , asek post yang jiwang-jiwang . pasal kawen , bercinta hingga ke syurga . bercinta selepas bernikah . dan pelbagai . bukan jiwang ye adek adek . cume berkongsi sesuatu yang mukin tak ramai yang tahu . yelah . bile tengok keadaan sekarang , ramai kawan-kawan tengah bersedih hati . mukin ade masalah dalam hubungan ? errr mukin je . tanggapan positive . jadi nak berkongsi sesuatu dengan kalian semua bahawa semua yang berlaku pasti ade hikmahnya . pasti . nak katenye , kamu adalah insan yang terpilih . ALLAH pilih kamu untuk terima ujian dari-Nya . dan kamu perlu bersyukur . kerana ALLAH menghendaki kamu lebih dekat dengan-Nya . 
 
ingatan juga buat dir ini yang serba hina 

 
 

jika kamu ...



Jika kamu menyukai seseorang,usahlah kau pamerkan kasih sayangmu,
kelak kamu akan kecewa...

Jika kamu meminati seseorang, usahlah menunjukkan kepada si dia,
kelak kamu akan derita...

Jika kamu berkenankan seseorang, usahlah kau luahkan pada si dia,
sebaliknya luahkanlah hanya pada Dia...

Jika kamu memang benar-benar tergila-gilakan seseorang,
marilah meminta daripada Allah S.W.T, kerana Dia Maha Mendengar....

Jika benar cinta kamu kepada seseorang itu kerana Allah S.W.T,
siapa tahu Dia menggerakkan hati kamu berdua & menjOdOhkan kalian didunia serta disyurga....

InsyaAllah,Aamiin allahumma aamiin

^^,
 

dear my future husband (:


Be my imam for my prayers. 
Be my qari and read the quran with me. 
Be the one who leads me to Allah. 
That's all I'm asking for :)
 

Saturday, May 5, 2012

istikharah cinta


dedikasi buat semua pasangan di luar sana ,


ISLAM mengajar kita tentang semua perkara . bahkan ISLAM memberi cara paling mudah dan indah . rasakan kemanisannya wahai saudara saudariku ^^,

-pesanan buat diri yang serba kekurangan ini-

cuba tengok ni . manis sangat ^^,

 

^______________^
 

Friday, May 4, 2012

jawatankuasa mahasiswa kolej (JMK) sidang 2011/2012 :)


1 Mei sangat bermakna buat para pekerja di seluruh malaysia . kerana mereka diberikan cuti khas sempena hari buruh . 

dan sangat istimewa juge buat pelajar-pelajar khusunya :) 

bila pensyarah atau cikgu cuti , haruslah pelajar pon cuti ^^,

untung bukan jadi pelajar ?

^__________^

namun , dalam kegembiraan bercuti , terselit satu perasaan sayu di hati . sukar untuk diluah dengan kata-kata . sukar untuk ditaip di laman sesawang ini . hanya ALLAH yang tahu segalanya . ye . hanya DIA yang mengerti . 

terasa baru semalam aku mendapat panggilan mengatakan bahawa malam ni ade mesyuarat di bilik mesyurat kolej . 

terdetik dalam hati . mukinkah mesyuarat kali pertama untuk barisan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) sidang 2011/2012 ?

syukur . walau masih tak tahu jawatan ape yang aku peroleh . tapi hati dengan yakin berkata aku dapat jawatan exco blok kediaman kerana jawatan itu yang aku letak dalam borang permohonan dan jawatan itu jugalah yang  dipanggil ketika temuduga . 

gembira ? harus aku gembira . namun lebih rase takut . mampukah aku mengalas tanggungjawab yang besar ? 

sedang aku mencari cari jawapan , aku terima pesanan daripada kak aisyah , exco kesayangan :) dialah yang mendidik aku . memberi sokongan kepada aku untuk teruskan kerjaya sebagai JMK . terima kasih akak :)

kak aisyah panggil aku ke rumahnya . dan aku terus ke sana . ingin berkongsi kegembiraan dan ketakutan daripada panggilan yang aku terima sebentar tadi . 

tanpa diduga . aku menerima satu kejutan lagi daripada kak aisyah . kelu lidah untuk berkata . senyum pun aku tak mampu . takut tak mampu laksanakan t'jawab yang sedikit bertambah tambah bila mana kak aisyah cakap , aku bukan dapat jawatan exco blok . tapi aku menerima jawtan naib setiausaha .

ALLAH . 

gembirakah ? sedihkah ? terharukah ? terujakah ? 

aku sendiri tak mampu untuk menjawab . kenape ? sebab terlalu besar . jawatan itu terlalu sukar . bagaimana aku ingin menjadi barisan majlis tertinggi dengan ilu yang separas lutut ? 

namun , kakak kakak yang berada di depan mata aku waktu itu lah yang tak putus meberi sokongan , nasihat . tunjuk ajar . kak aisyah , kak atin , kak jah , kak mariah , syisyi . mereka kata , kalau aku tak mampu , tak kan aku dipilih ?

dan kata-kata itulah buat aku kuat berdiri sehingga sekarang

akhirnya , dengan doa semua , dengan tekad , yakin , aku menerima jawatan NAIB SETIAUSAHA JMK KHAR 11/12 tanpa paksaan dari sesiapa :)

HARI INI . 

munculnya 1 MEI 2012 , maka keluarlah senarai baru JMK BARU SIDANG 2012/2013 . merekalah pengganti kami . tak sangka . sekejap je dah setahun aku dan rakan-rakan lain memikul tanggungjawab sebagai JMK . pahit manis semua kami rasakan . dan itulah pengalaman yang sangat bermakna . 

setahun bersama , bagaikan satu keluarga . ukhwah tanpa mengira kaum , agama dan bangsa . makan sepinggan . minum secawan . nak katenye terlalu erat . 

:)

kejayaan program yang kami jalankan itulah kepuasan kami . hilang kepenatan nya . kelelahannya . 

namun begitulah lumrah kehidupan . setiap yang bertemu , pasti berpisah . 

selepas ini , masing-masing dengan jalan masing masing . pasti aku rindukan semua . pasti aku rindukan suasana dulu . pasti aku rindukan kengan kita . 

yang lelakinya .

abg syahrir dengan ayatnya , "man jadda wa jenab" . maksudnya , sape berusaha dapat jenab . 

abg adam dengan nasihatnya . yang kadang kadang susah nak faham maksudnya . 

ali dengan hobi menyanyinya .

kamal dengan tugasnya menjadi penghulu ketika bacaan doa rabitah .

shamim dengan ayatnya , "jeda gemok"

mariduan dengan kata-katanya , "kalau orang depan makan lebih , orang belakang mahu makan apa dia "

ilham dengan sifat penyanyangnya .

hairieyl dengan pemikiran jauhnyanya .

kuntum dengan lawaknya yang spontan .

kucai yang sering menghiburkan .

adonis yang memanggil aku dengan panggilan "jeds"

abah dengan sifat kebapaannya . dan paling senang bagi pinjam moto . hehe . 

man dengan semangatnya , "keep it up"

perempuan pula :)

kak ika dengan ayat tacingnya . "untunglah jeda langkah bendul" :)

kak zurin dengan katanya "tape dik , tade masalah" 

kak hala , "sila bayar hutang"

suriati dengan jeritannya yang sangat nyaring ye adik adik .

mariah dengan taglinenye , "awakkkkkkkkk"

shithoh dengan kelajuan percakapannya . selaju kapal terbang super sonic .

kak lai dengan sifat manjenye .

zati dengan "pewwwittt, pewitttt"

ifa dengan kegarangannya .

nisa dengan panggilan baby .

kak emy dengan ayat jodohnya .

kak tina dengan kecantikannya .

sharon dengan "jangan amek air tu . annti sharon marah"


juga housemate dan roomate saye .

kak syidah dengan "satu organisasi"

kak glo dengan title ikan dugong

nathiya dengan ayatnya "terima kasih kak izzaidah" . saye lagi mude dari die pun die panggil saye kakak =.="

shanti dengan "jeda , hang free tak malam ni ? hantar aku p tusyen" 

adik miza , " maaf ye semua"

intan dengan hobi kite yang suke menyanyi dan saling menghiburkan ^^,


semua tu kenangan . kenangan yang tak akan aku lupe dengan izin ALLAH . mane nak dapat mereka ? mane aku nak peroleh keluarga sebesar ini ? mempunyai adek beradik seramai 32 orang . ketawa bersama . nangis bersama .  

ALLAH menemukan kami . maka ALLAH jualah yang memisahkan kami namun dengan harapan ukhwah ini terbina sehingga ke syurga :)

ade sebahagian kami yang akan meneruskan perjuangan , doaku sentiasa mengiringimu sahabat . lakukan yang terbaik . moga ALLAH memudahkan urusan kalian . 

sayang kalian kerana ALLAH :)

serahkan semuanya pada YANG MAHA ESA .


kali ni tak mampu nak ukir senyuman .


ALLAH nak tunjukkan aku sesuatu . mukin belum tiba masanya, hati . sabarlah .

:')