Friday, May 25, 2012

saat lafaz sakinah .



Dah siap buat perancangan kahwin, maka waktu nikah, tak perlu bawa segala barang hantaran ke masjid.. Tinggalkan saja di rumah, kerana barang2 itu kita sepatutnya serahkan pada rumah pasangan masing2.. Yang perlu bawa di masjid ketika itu adalah tuan badan, mas kahwin, dan cincin/rantai/gelang (kalau ada).. Lakukan pernikahan dengan menyebut nama Allah, apabila sudah sah, baca taqlik (akujanji) kepada isteri, solat sunat 2 rakaat/sujud syukur, kemudian barulah beri mas kahwin dan sarung cincin/gelang/rantai. Isteri cium tangan suami tak mengapa, dan jangan pula suami mencium dahi/pipi isteri di hadapan orang ramai.. cukuplah dengan memegang ubun2 isteri lalu mengucapkan: "Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya."


notakaki : setiap masa post pasal kawen . tahap wajib kawen dah ni -.-"


No comments:

Post a Comment

tinggalkan kata walau sebaris ayat . moga moga ia bermanfaat untuk semua . terima kasih :)