Friday, May 16, 2014

sehelai kertas buruk



aku menaip dengan airmata . tapi bukan dengan emosi . 

aku juga seperti kau . aku punye hati dan perasaan . punye jiwa yang aku sendiri kadang kadang tak faham dengannye . 

sekejap elok . sekejap tidak . 

dan . 

aku yakin . kau pun same . same macam aku . 

**********************************************************************

aku rindu . sungguh aku rindu . rindu dengan kau yang same same gile macam aku . yang dulu sentiasa bersama aku . susah senang kite same same . 

kau sedih aku nangis . kau ketawa aku gembira . aku harap kau tak lupa . 

ke aku je yang rase ? hm

tapi tidak sekarang . kau dengan jalan kau . dan aku ? dengan jalan aku yang hanya lihat kau dari jauh.

aku rindu . 

**********************************************************************

kita semakin jauh . semakin jauh dan semakin jauh . kau perasan ? 

atau kau tak rase ape ape ? 

hm .

kalau boleh putar mase aku nak putar zaman kita . zaman kau dan aku . tapi siapa aku nak kembalikan masa yang dah lame pergi ? 

tak mungkin aku boleh . tak mungkin . 

**********************************************************************

salah aku mengabaikan kau atau salah aku kerana ego ? 

salah aku tak menghargai atau salah aku tak faham kau ?

maafkan aku . 

silap aku .

salah aku . 

aku khilaf . 

aku jahil . 

aku hina . 

tak pandai jaga hati kau . 

tak hargai kau . 

**********************************************************************

pergilah jauh dari aku tapi aku mohon kau tak lupa aku .

aku bahgia tengok kau gembira walau jauh di satu sudut aku cemburu dengannya, 

terima kasih kerana bagi aku peluang . 

duduk dalam hati kau untuk beberapa ketika . 

aku sayang kau selamanya . 

terima kasih .




kau jangan terasa bukan bukan bace benda ni . 

kau bace dan kau hadam . 

kau gali dan kau akan mengerti . 

kerana aku tulis dari hati .


Sunday, May 4, 2014

Pesanan ayah buat puterinya .


ayah . antara insan yang tak pernah jemu memberi nasihat buat puteri-puterinya . kali ini cuti di kampung halaman membawa pulang secebis pesanan dari ayah buat diri yang masih cetek dengan pengalaman kehidupan. 

Buat anakandaku yang bakal bergelar isteri,

Wahai anakku, 
Dua perkara ini anakku..jika engkau pegang dan tanam dalam kehidupanmu dan dirimu, InsyAllah akan dikau menemui keharmonian dan keamanan dalam pelayaran rumah tangga.

Itulah dia 
"Sabar" dan "Tolak Ansur"

Andai engkau berjaya memenuhinya, maka kukuhkanlah ia sehingga keakhir hayatmu, Sekiranya dirimu belum lagi mencapainya...maka persiapkanlah diri sebaik-baik dan sebenarnya dengan memperhebatkan dahulu dirimu dengan dua perkara tersebut.

Dengan sabar dan tolak ansur, kamu bakal membawa hati dan kehidupan suamimu dalam beroleh kebahagiaan menjadi pemimpin yang cemerlang dalam rumah tangga. Janganlah dikau menurut emosi dan penilaianmu kecuali dengan mengingati dua perkara tersebut.

Sabar & Tolak ansur daripada hati yang ikhlas dan tiada menyimpan apa jua perasaan daripada pengaruh dan persekitarannya. Walau kamu dipihak benar...maka tetaplah bersabar dan bertolak ansur.

Percayalah anakku, bila masalah datang menguji suatu ketika nanti antara dirimu dan suamimu..kamu bijak mengaturnya dengan dua perkara tersebut..maka suami itu akan berfikir dan merenung kembali atas kesilapan yang dilakukannya.

Inilah antara kunci ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan anakku.

 :)

dan seperti biasa . setiap pesanan akan diakhiri dengan tangisan . ouh tisunya hatiku . tapi itulah aku . mudah menangis . mudah tersentuh .

terima kasih ayah . u are the best "ayah" in this world . i love u in deep of my heart :')