Sunday, October 28, 2012

tips awal sebelum bertudung labuh :)


perkongsian buat semua bidadari dunia :)


tips awal sebelum bertudung labuh .

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi pungg
ung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.


4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).


5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. 

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.


8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. .


hehe . selamat beramal :)

copy from . Bercinta Selepas Nikah .

Friday, October 26, 2012

Ciri-ciri wanita yang paling baik :)




Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki.

Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

Wanita :-

1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berehat selepas solat isya’
5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

Lelaki :-


1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
2. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
3. Jiwa suami tenang sambil merehatkan minda dan tenaga.
4. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
5. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
6. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w:


وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ

Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.

Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan.

Perhatikan contoh berikut:

Isteri :-

1. Isteri menyambut kepulangan suami dengan pelbagai soalan perangkap
2. Isteri sibuk di dapur untuk membuat makan malam
3. Isteri asyik menonton tv
4. Isteri tidur di hadapan tv
5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

Suami :-

1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
2. Suami yang dahaga dapat mengambil sendiri air minuman
3. Suami juga menonton tv
4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kearah yang tepat.

:)


notakaki : ilmu diperoleh dari pelbagai cara . saya ingin berkongsi ilmu ini buat sahabat yang bakal mendirikan rumahtangga mahupun yang sudah bergelar zaujah kepada zaujnya ^^,