Sunday, August 25, 2013

Merdeka Raya SMK KING GEORGE V


alhamdulillah . program merdeka raya semalam berlangsung dengan jaya dan meriahnya walaupun malam sebelum program tu 5 jam berfikir nak pakai baju ape . haih . biasalah perempuan kan . semua nak kene match . cari tudung lain tapi pakai baju lain . ha nampak ? pendirian tak tetap . dan akhirnya dengan perasaan malas nak fikir ape ape , terus decide pakai baju yang konon konon macam vogue tapi tak berapa nak vogue -.-

saya gemok sebab saya bahagia . eh ?

hewhew . okay . lets me explain serba sedikit tentang program semalam .

program merdeka raya merupakan satu program gabungan iaitu sambutan kemerdekaan dan sambutan hari raya . saya selaku AJK Buku Program dengan berjayanya telah menjalankan tugas dengan baik . haha

takde siapa nak puji , pujilah diri sendiri =.=

secara tidak langsung segala tentatif program telah selamat saya ketahui sehari sebelum program berlangsung .  maka, benda pertama yang buat rasa malas saya membuak buak keluar bila tahu ade perarakan kemerdekaan . haaaaa memang tak rajin lah kan nak berarak . nak pergi bilik guru amek barang tertinggal pun suruh pelajar . hewhew . tapi disebabkan sedar diri sebagai guru pelatih , maka haruslah mewujudkan semangat berkobar kobar untuk berarak . dan pada hari kejadian dengan berjayanya saya telah berarak bersama-sama pelajar mengelilingi tasik seremban . yay !

walaupun tidak melalui track yang sebenar , tapi okaylah kan dari tak berarak . ngeh ngeh . basalah cikgu kan . haruslah mengelat sikit :D

sebelum perarakan kemerdekaan bermula, program dimulakan dengan upacara penurunan bendera union jack dan kenaikan bendera jalur gemilang . seumur hidup inilah kali pertama saya lihat acara penurunan bendera union jack. rasa macam jakun pulak kan ? hewhew. selepas tamat acara penurunan bendera bermulahlah acara perarakan kemerdekaan.

perarakan yang bermula dari smk kgv berhenti seketika di astaka tasik seremban untuk acara penceritaan sejarah dan laungan kemerdekaan . laungan merdeka sebanyak tujuh kali diketuai oleh cikgu kucai dan diikuti oleh warga georgian menggegarkan bumi atsik seremban . rasa ohsem sangat ! :D

selepas berseronok-ronok di tasik seremban , kami semua berarak pulang ke ganggang untuk acra seterusnya iaitu jamuan hari raya .

okay . dah tiba masa menambahkan lemak di badan . hewhew . semua kelas kelas bertungkus lumus menceriakan kelas , menyediakan makanan untuk "kelas terbuka" . kami guru-guru bersiap sedia untuk ke kelas-kelas terbuka .

saya selaku guru cemerlang , huahuahua bergerak ke kelas tingkatan 6 atas diikuti tingkatan 6 rendah , tingkatan 5, 4 , 2 dan 1 . oleh kerana kesuntukan masa tak sempat nak pergi kelas tingkatan 3 . heee maafkan cikgu sayang . lain kali cikgu datang ye :) itupun tak lah pergi ke semua kelas . masuk je kelas mane mane yang saya rasa dijemput walaupun ade jugak tak jemput tapi main masuk je . heee kelas terbuka kan . buat muke tak tahu malu je lah :D

paling menyeronokkan dan paling membahagiakan bila masuk kelas yang memang benar benar jemput kita dan mengalu-alukan kedatangan kita . anak anak didik saya tak pernah mengecewakan .

bermula dari tingkatan 4 alauddin . tak sempat saya masuk dah ajak berpossing sane sini . dengan hidangan yang menarik . layanan yang sungguh baik . ALLAH saje yang tahu perasaan cikgu awak ni . terima kasih sayang sayang cikgu :')

beralih kepada tingkatan 2 melewar . walaupun waktu dah pukul 12 tengah hari dan kelas terbuka akan tertutup pada jam 12.30 tengahari , tapi tetap dapat layanan yang ohsem . hidangan KFC yang cikgu tak mampu nak telan sebab dah terlalu kenyang buat cikgu terbayang bayang bila sampai rumah . T.T . terasa dihargai . terasa disayangi . moga ukhwah ini terpelihara :')

dan berakhir di tingkatan 1 alauddin . kelas yang paling tak boleh saya lupa . sudahlah terlewat . tapi masih dilayan dengan baik . diberi hadiah pulak . ala ala ala . terharunya cikgu dengan awak semua . walaupun hidangan dah disimpan , kerana cikgu mereka keluarkan semula . melayan cikgu makan , bergambar , bercerita , bergurau , berlawak jenaka . terasa bagaikan puteri . haha , maafkan cikgu kerana terlewat sayang . bukan sengaja dan terima kasih jemput cikgu ye sayang :)

dan dan dan . akhirnya kekenyangan melanda diri . maka , tamat lah sudah program merdeka raya yang sememangnya meninggalkan 1001 kenangan manis buat saya . alhamdulillah :)

terima kasih semua  anak anak didik . maaf untuk segala kekurangan yang ada . sayang kalian ketat-ketat . hehe ^^,

notakaki : ayuh troll gambar-gambar lain di FB . hewhew :D


2 comments:

tinggalkan kata walau sebaris ayat . moga moga ia bermanfaat untuk semua . terima kasih :)