Thursday, November 8, 2012

Demi Redha-Mu

Berat rasanya bagi Annisa' untuk membuat keputusan kali ini. Keputusan yang bakal merubah rutin hidupnya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum tangannya menekan butang 'send'.
" Salam. Awak, ni mungkin yang terakhir. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. Solat jangan tinggal. kerja elok-elok . InsyaAllah one day, you will be a great worker. Sorry for everything. May hapiness will always be yours".
Annisa' membaca balik SMS yang dikirim kepada Ahmad. Agak berdebar menanti reply dari si dia.
Twiit twiit. Tandanya ada SMS diterima. Dari Ahmad!
Perlahan-lahan Annisa' membaca SMS.
" Terima kasih atas segalanya. Doa, nasihat Annisa' bagi selama ni. Saya faham situasi. All the best Annisa'."
Berderai air mata Annisa' selepas mendapat SMS dari Ahmad. Sebab dia tahu, selepas ni keadaan mereka bukan seperti dahulu lagi. Tiada lagi SMS antara mereka. Tiada lagi tanya khabar. Tiada lagi tanya pasal pelajaran. Tiada lagi. Nothing!
Hari itu sepanjang hari Annisa' menangis di bawah selimut. Berjam-jam lamanya. Dari petang sampai lah ke malam. Memang bengkak habis mata disebabkan terlalu banyak menangis. Dah macam mata panda pun ada juga. Annisa' tak ceritakan kepada teman serumahnya sebab dia tahu mereka tak kan faham keadaan yang dia hadapi. Terasa sangat lemah, Annisa' menghantar SMS kepada naqibahnya, kak Fifi. Annisa' pernah ceritakan kemelut yang dia hadapi pada naqibahnya sebelum ni. Kak Fifi banyak membantu Annisa' selama Annisa' menjadi anak usrahnya. Kak Fifi juga yang menasihati Annisa' supaya menghentikan semua ni.
" Salam akak. Saya dah cakap kat dia. Ni kali terakhir kami contact each other. Dia faham. Tapi, kenapa saya tak boleh stop menangis? Am I doing the right thing akak?"
" Annisa' .Menangis tu perlu untuk suatu pengorbanan.. Menangislah banyak-banyak.. Awak dah berkorban untuk Allah. Yes, you're are doing the right thing. Yes, sebab awak muslimah solehah. Jangan berpaling lagi Annisa'  Awak mesti cekal. Allah dan Rasul  sentiasa ada ".Memang Annisa' sedih bila dia harus membuat keputusan seperti ini. Tapi dia mesti. Memang dia sangat sedih tapi dalam masa yang sama dia rasa lega. Sebab dia berusaha meninggalkan satu dosa. Dia tahu apa yang telah dia lakukan itu salah. BerSMS dengan lelaki bukan mahram tanpa urusan yang penting! Dia tidak menjaga ikhtilat seperti yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi dia membawa imej wanita bertudung labuh. Dia juga tidak mahu mencemarkan imej akhowat lain yang juga bertudung labuh dengan perbuatannya itu. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Tapi, yang paling penting. Annisa' tahu berhenti berSMS dengan Ahmad sebab dia takutkan Allah. Dia nak berhenti bukan kerana kak Fifi yang suruh tapi sebab Allah! Annisa' mahukan redha Allah. Sebab Annisa' tahu Allah tak redha dengan apa yang dia sedang buat. Tanpa redha Allah, apalah makna hidup. Memang Allah izinkan Annisa' berSMS dengan Ahmad. Tapi Allah izin tak semestinya Allah redha! Lagipun, redha Allah perlu dicari bukan sekadar dinanti. Moga ini menjadi satu cara untukAnnisa' peroleh redha Allah.
Annisa'juga takut seandainya hidayah Allah tidak lagi hadir dalam hidupnya. Dan dia terus tenggelam dalam dosa yang dia buat. Sebab dia tahu, dalam Islam tiada couple sebelum berkahwin. Setiap kali berSMS dengan Ahmad, pasti perasaannya menjadi tidak keruan. Dia rasa bersalah dengan Allah. Lebih-lebih lagi bila dia mengingatkan firman Allah:
" Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk".    (Al-Isra': 32)
Memang mereka tidak bercouple. Tapi teliti ayat ini dengan jelas, iaitu Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' (jangan hampiri) dan bukannya kalimah 'walaa ta'maluu' (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM!
Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
"Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."
Memang matanya, telinganya tidak berzina sebab jarak jauh yang memisahkan mereka. Lagipun tiada calling-calling. Cuma sekadar SMS. Tapi hatinya sentiasa berzina. Annisa' sentiasa teringatkan Ahmad.Tidak pernah sehari pun hari Annisa' berlalu tanpa teringatkan Ahmad.
Sebab itu Annisa' nekad kali ni. Biarlah dia menderita sekejap. Err.. mungkin lama juga. Tapi demi redha Allah, dia akan istiqamah. Memang mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis. Syurga tu mahal sangat. Dan perjalanan menuju ke sana memang tidak mudah.
" Moga setiap air mata yang gugur disebabkan kesakitan ini demi menggapai redhaMu menjadi saksiku di akhirat sana."
Bye Ahmad. Memang saya nak sangat awak yang jadi imam saya suatu hari nanti. Saya nak awak yang jadi bapa kepada anak-anak saya nanti. Semoga Allah izinkan. But for now, saya serahkan awak kepada Allah. Andainya memang ada jodoh antara kita, InsyaAllah kita akan dipertemukan kembali dan akan disatukan. Moga kita dipertemukan dalam keadaan yang diredhai.Tapi, andainya bukan awak yang tercipta untuk saya. Saya redha. Sungguh, Allah is the best planner kan?".
" Ahmad, semoga dirimu di sana juga terus istiqamah."

2 comments:

tinggalkan kata walau sebaris ayat . moga moga ia bermanfaat untuk semua . terima kasih :)