Wednesday, February 6, 2013

jelajah ilmu ke negara anbia'


bismillah walhamdulillah . syukur pada Allah :) 

setelah berhari hari pulang ke Malaysia , baru hari ini berkesempatan untuk update cerite gembira di negara anbia' .

alhamdulillah . syukur pada Allah .

pada usia 21 tahun , Allah izinkan kaki ini jejak ke negara China . menjelajah ilmu dengan dua matlamat .

1. melihat kebesaran Allah .
2. menimba pengalaman .

alhamdulillah . begitu banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh . dari sekecil kecil pengetahuan dan pengalaman sehinggalah ke sebesar besar nya .

berada di negara orang , buat diri ini terfikir banyak perkara . benar kata pepatah . hujan batu di negeri orang , hujan emas di negeri sendiri .

baru 5 hari di sana sudah cukup buat kami rindu Malaysia . rindu dengan masakan Malaysia yang ohsem ! masakan di China juga tak kurang hebatnya . alhamdulillah . masih boeh makan yang sedap sedap . mungkin ade sesetengah masakan yang tak kene dengan selera tapi tetap boleh ditelan :)

antara menu di sana 

di sana , masakan yang di masak mengikut musim . dan ketika kami di sana musim terung dan sawi dan kebanyakan masakan kami berasaskan terung dan sawi . turut dihidangkan sekali ikan , udang , sotong , ayam , telur . alhamdulillah . penuh meja :)

berada di sana buat kami lupe seketika tentang masalah , kerja , study . hehe , mana tak nya . di sana kami hanya menghabiskan masa untuk makan , berjalan , shopping dan tidur .

betul kata ayah , bawak sejuta pon tak cukup . hehe .

dari kami tiba sehinggalah sebelum kami pulang , kami bershopping . kata tan sri , bukan shopping , tapi membantu menjana ekonomi di negara anbia' itu .

dari situ pelbagai pengalaman , pelabagai ilmu kami dapat .

dalam kegembiraan yang kami peroleh , Allah beri sedikit ujian kepada kami di permulaan perjalanan kami . dan dengan izin Nya juga , 33 hati keluarga simbiosis ini bertaut kembali . alhamdulillah :)

di China , kami diberi peluang untuk berjalan ke dua negeri iaitu guangzhou dan shenzen .

alhamdulillah . penginapan kami juga tidak kurang hebatnya . menginap di hotel bertaraf 4 bintang buat kami rasa tanak balik . hehe . De Sense Hotel , Guanzhou .

bilik penginapan saya dan cik luqluq :)

katil yang empuk . kalau tido , tanak bangun . hehe

 alhamdulillah . diberi tempat tidur yang selesa . puas bershopping , letih berjalan , katil menjadi pilihan .

ouh ya . tak lengkap rasenye contengan jalanan ini jika tak cerita mengenai tempat yang kami lawati kan ? hehe .

bermula dari hari pertama sehingga hari kelima , lebih 10 tempat kami lawati . di antaranya ,

Yuexiu Park
Five Farm Statue
Malaysian Consullate
Beijing Road Shopping Street
Huacheng Square
Guangzhou Tower
Shangxiajiu Shopping Street
Shangmeilin Mosque
Luohu Commercial City
Dongmen Shopping Street
Haiyin Electronic Market


dan kebanyakan tempat tempat ini adalah tempat shopping kerana China memnag terkenal dengan syurga membeli belah .

jika dikut nafsu membeli belah tu , memang tak cukup serba serbi . tapi setelah dipujuk hati ini untuk bersabar , maka alhamdulillah . cukup semuanya :)

wahh . rase dah panjang pulak menaip . kalau nak cerita dari a - z mahu tak cukup dua page . hehe .

makanya , sebagai pelengkap cerita , jom kita terjah gambar gambar hasil tangkapan dari photographer photographer terhebat dalam keluarga simbiosis ini ^_^

sebelum bertolak ke singapore .





di singapore 







 di China 


indahnya ciptaan Allah . rasa nak amek awan tu . rasa nak guling guling . wee ~

menjamu selera di restoran abdullah 

solat jama' di masjid saad abi waqas . 


 


berpeluang melawat kedai herba china .


guangzhou tower . paling tinggi di dunia .


sebelum bertolak pulang ke Malaysia . 

okay . rasanya ini sahaja yang dapat dihidangkan sebagai tatapan semua pembaca .

 sebelum mengakhiri post yang serba ringkas ini , secara rendah dirinya , saya mengucapkan jutaan terima kasih buat keluarga simbiosis , pihak pengurusan , barisan felo , juga buat pengetua . tak lupe juga terima kasih kepada tour guide kami dari Malaysia , Cik Siti Nor , dan di China , Mr Ahken dan Mr Lim . semoga kenangan ini menjadi yang terindah buat kita semua :)

moga bertemu lagi di next trip mungkin ? heeee . In Shaa Allah :)

wallahu'alam . 


2 comments:

  1. Kenangan manis yang tidak terlupakan di bumi dakwah Saad Ibnu Waqqas....

    ReplyDelete

tinggalkan kata walau sebaris ayat . moga moga ia bermanfaat untuk semua . terima kasih :)