Saturday, February 9, 2013

sepi tanpa kata , diam tanpa suara


annisa' sangat lemah ketika ini . badan yang tidak bertenaga membuatkan die tidak berupaya untuk ke mana mana . 

annisa' duduk di birai katil sambil berfikir . berfikir dan terus berfikir . ada sesuatu yang menggangu fikirannya . 

di saat ALLAH menarik sedikit nikmat kesihatannya , ALLAH uji pula hatinya . namun annisa' tidak putus asa . digagahkan diri untuk berfikir secara matang . dikuatkan hati untuk menerima takdir Ilahi . kali ini , airmata amat beharga buatnya dan ia tidak akan mengalir sewenang wenangnya . 

annisa' bangkit dan berjalan lemah menuju ke cermin putih di hadapannya . annisa' kembali berfikir . menilai dari setiap sudut . menilai dirinya yang sungguh hina dan berdosa . ALLAHURABBI . 

mungkinkah ini balasan untuk dirinya yang lupa kepada Yang Esa ? ya mungkin inilah jawapannya . 

annisa' mencari senyuman walaupun sekadar senyuman hambar namun biarlah ia terpalit daripada berwajah muram . 

annisa' mengambil telefon bimbit yang berada di hujung katil . 

alhamdulillah . ALLAH masih sayangkan annisa' . diberi sedikit kekuatan kepadanya . annisa' segera menaip sesuatu untuk dihantar kepada seseorang sebagai pesanan ringkas terakhir darinya . 

"semoga awak bertemu dengan permata dunia iaitu permaisuri awak di akhirat nanti"


alhamdulillah . annisa' tenang . dan akhirnya terlena .

No comments:

Post a Comment

tinggalkan kata walau sebaris ayat . moga moga ia bermanfaat untuk semua . terima kasih :)