Tuesday, March 5, 2013

bukan senang nak jadi guru


saat kaki ini berdiri sebagai seorang guru , pelbagai perasaan datang . rupanya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki . rupanya banyak perkara yang perlu disembunyi . banyak benda yang perlu dipelajari . 

mendidik anak anak bangsa bukan sesuatu yang mudah . mungkin mudah dalam sebutan tetapi tidak mudah dalam pelaksanaan . memerlukan rasa sepenuh hati , memerlukan kasih sayang yang cukup tinggi . 

jika di rumah , ibu bapa itu pembentuk anak anak , di sekolah , guru itu juga pembentuknya . pelbagai kerenah ditemui . pelbagai ragam dilihat . namun kerana ia sebuah amanah . kerana ia sebuah tanggungjawab maka ia perlu dilaksanakan sebaiknya . 



notakaki : alhamdulillah . selesai sudah sesi mikroteaching . berusaha lebih lagi untuk dua sesi makroteaching . mohon doa kalian agar segala urusan ini dipermudahkan :)




terima kasih anak didik ku sayang :))


No comments:

Post a Comment

tinggalkan kata walau sebaris ayat . moga moga ia bermanfaat untuk semua . terima kasih :)