Friday, May 8, 2015

Temuduga SPP (part 1)


Pagi tu aku menanti keputusan SPM bekas bekas pelajar dengan tenangnya. Alhamdulillah. kehadiran mesej mereka dengan keputusan yang bewarna warni buat aku tersenyum puas. Lalu aku meneruskan rutin suri rumah seperti biasa dengan jiwa yang sedikit berbunga :)

tidak lama kemudiannya, aku menerima mesej lagi . mesej yang dihantar di dalam group whatsapp AT14. mesej yang ringkas tetapi sangat mengejutkan. 

"cek SPP. tarikh temuduga dah keluar"

WHAT ?

membulat terus mata aku. 

okay . yang ini memang betul betul kejutan yang mencampur baurkan perasaan orang. HAHA. baru semalam berbual dengan suami tentang temuduga ni. baru buat perancangan secara kasar dan harini ALLAH bagi betul betul. fuhhh. tak tahu nak rasa apa. 

dan tak fikir apa apa. terus klik klik link SPP. dan akhirnya keluarlah sesuatu yang agak dinanti tetapi takut untuk ditempuhi.



bersyukur. ya bersyukur. Alhamdulillah. akhirnya ke temuduga ke kita setelah hampir 9 bulan menamatkan pengajian sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

benda yang memang dinantikan oleh semua pelajar pendidikan. 

waktu dan ketika itu, perasaan nervous hanya Allah saja yang tahu walaupun masih ada lebih kurang 2 minggu lagi untuk membuat persiapan. 

tangan laju menaip mesej hantar pada suami dengan harapan beliau akan menenangkan sedikit perasaan isteri yang gundah gulana ni. HAHA. tapi macam biasalah. mesej sepanjang karangan dibalas dengan jawapan yang sangat mudah, ringkas, padat dan tepat. 

"OK"

ha ?

 -____________-

dan sekali lagi malas nak pikir ke nak emosi ke nak ape ke jadi terus alihkan perhatian pada group whatsapp yang memang tengah hangat berbincang pasal temuduga ni. mencatat mana yang penting. membuat list. list dan list. 

fuhh . banyak okay nak kene sediakan. 

dan aku terus menyelongkar segala kotak kotak buku yang ada . benda pertama yang bermain kat kepala adalah RPH .

selongkar dan selongkar. akhirnya bertemu dengan buku RPH masa praktikal di SMK KGV dulu kala. dan ada satu lagi buku RPH baru. konon konon nak buat yang baru lah masa cuti sebelum konvo haritu. tapi biasalah semangat tu sekejap je . baru tulis nama nama pelajar terus hilang segala semangat mak nenek yang ade. hahaha.

dan ketika itu aku mula berfikir untuk teruskan niat suci murni buat RPH yang baru atau guna saja RPH lame yang dah rupa die macam belacan tu .

fikir dan terus fikir. dan kahirnya aku tertidur sebab banyak sangat fikir agaknya.

aku tersedar bila mendengar bunyi enjin kereta suami masuk ke perkarangan rumah. kelam kabut lompat dari sofa yang empuk tu dan terlupa dengan adanya permata kecil dalam perut . ouh maafkan ibu sayang . ibu terlompat -.-

belum sempat suami masuk dalam rumah. belum sempat beliau buka kasut pon aku dah menjerit depan pintu.

"abanggggggg macamane niiiii. nak temuduga dah" dengan memek muka konon konon risau yang teramat padahal baru bangun tido. hahahahaha . nampak tak permainan kat situ ?

"nak macamane. macamtu lah. pergilah siapkan ape yang patut"

ouh sungguh tenang jawapan beliau. dengan muka yang tidak berperasaan walau sedikit pon .

"mmmmm. okay"

******************************************************************

petang berlalu malam. dan aku masih dengan perasaan yang sama. takut dan cuak. akhirnya aku ambil buku RPH yang lama dan tunjuk pada suami .

"abang, kalau abang jadi panel, abang nak terima tak buku RPH ni ?"

"eeeeeee . tanak lah. buruk. tak kemas"

ha ? jujurnye jawapan =.=

dan aku terus kembali ke bilik buku dan berfikir lagi. mase ade lagi dua minggu. rasenye sempat kalau buat yang baru. dan akhirnya aku nekad dengan keputusanku.

lets do it now.

dan aku mula mencari laptop dan segala mak nenek buku teks buku latihan dan segala buku untuk rujukan. takpelah bekorban sedikit demi masa depan.

dengan lafaz bismillah aku mula menaip dan terus menaip.

sambil sambil menyiapkan RPH selama 16 minggu tu aku turut menyediakan segala borang dan dokumen yang diperlukan ketika temuduga nanti.


oleh kerana banyak sangat maklumat yang diterima, maka aku mengambil keputusan untuk membuat 3 salinan untuk semua dokumen. boleh patah tangan orang yang nak cop dan sain nanti. tapi nak buat macamane kan. baiklah sediakn payung sebelum hujan daripada nanti semua benda tak ada.

dan sekali lagi kepala pening memikirkan surat tawaran yang diminta. surat tawaran masuk universiti. 4 tahun dah berlalu. memang entah ke mana lah benda alah tu hilang. dah buat bungkus nasi lemak gamaknya. redha dan pasrah. jawab je lah tak ada kalau ditanya. memang dah hilang. penat selongkar pon tak jumpa.

******************************************************************

seminggu berlalu. akhirnya RPH yang baru siap . siap taip. siap print siap tulis. siap tampal . dan inilah hasilnya.


berbeza kan ?

alhamdulillah. ALLAH izinkan aku untuk menyipkan RPH ni dengan keadaan yang lebih baik, lebih kemas dan lebih tersusun. gigih pagi petang siang malam mengadap benda yang sama sampai tertidur kat meja dek kepenatan menaip.

tapi ia sangat memuaskan hati. dan dalam masa yang sama dokumen segala juga selesai dan disusun rapi dalam fail.

dokumen dan RPH settle.

lega die jangan cakap . lega macam dah habis temuduga, padahal baru siap sediakan barang barang yang perlu. hahahaha.

******************************************************************

ada beberapa hari lagi sebelum tiba hari yang dinanti. maka hari hari berbaki itu dihabiskan dengan membaca nota nota yang ada sambil sambil mencatat soalan soalan yang telah ditanya pada mereka mereka yang telah ditemuduga lebih awal dari tarikh aku.

soalan semakin lama semakin mencabar dan sangat mencabar. perasaan takut berubah menjadi lebih takut. tapi tawakal je lah . sampai nak baca ape pon dah tak tahu. belek je lah buku buku dan nota nota yang ada.


buku inilah menjadi teman setia pagi petang siang malam sampai ada kala termimpi mimpi. dan buku ini jugalah menjadi ubat tidur paling mujarab abad ini. haha


bersambung .........



No comments:

Post a Comment

tinggalkan kata walau sebaris ayat . moga moga ia bermanfaat untuk semua . terima kasih :)