Friday, May 8, 2015

Temuduga SPP (part 2)


maka tibalah hari untuk berangkat ke Johor Bharu. aku dan suami gerak sehari awal memandangkan kami bergerak dari Negeri Sembilan. 

dalam kereta aku menyanyi nyanyi gembira tanpa fikir apa yang akan berlaku. biarlah ia berlalu dengan tenangnya. suami pon dah pesan, buat biasa je yang penting yakin. 

maka, memang tak fikir dan sangat lah gembira sepanjang perjalanan dari N9 ke JB. 5 jam perjalanan akhirnya kami tiba di JB. lama kan 5 jam ? ni termasuk berhenti, makan minum dan paling penting sesat. hahahaha i olsss memang failed bab jalan jalan bandar ni. tak boleh jadi tour guide -.-

perkara pertama bila sampai JB adalah melawat kawasan. jadi kami terus ke IPG KTI untuk mencari tempat temuduga. pusing pusing dalam IPG tapi kami tak nampak satu papan tanda pun yang menunjukkan itu adalah tempat temuduga esok. 

dan ALLAH tu nak uji perasaan hambanya, maka dinampakkan pula kereta SPP di depan perpustakaan dan seorang wanita keluar dari kereta tersebut . 

YA ALLAH  . terus nak gugur jantung. terus terfikir cerita cerita senior tentang seorang penemuduga perempuan yang sangat strict . terus masuk dalam kepala "ini ke orangnya?" . masa tu memang dah tak senang duduk. terus suruh suami keluar IPG dan pergi hotel . tanak dah duduk situ lama lama. 

suami yang mase tu malas nak layan perasaan isteri die yang entah pape terus memandu laju keluar IPG dan mencari hotel yang telah kami booking dengan bantuan coursemateku. 

akhirnya setelah berpusing pusing kami tiba di GHAZRINs BUDGET HOTEL. untuk adik adik atau sahabat yang bakal bertemuduga di IPG Kampus Temenggung Ibrahim ni bolehlah menginap di sini. walaupun budget tapi cukup selesa. untuk menginap sehari dua sangat lah tiada masalah.



cuma kalau mintak astro memang takde lah dik non ye. nama pon budget kan. nak tengok astro boleh ke kedai mamak berdekatan. haha . maklumat lebih lanjut boleh call terus hotel berkenaan :)

hotel ni sangatlah dan teramatlah dekat dengan IPG KTI. 5 minit dah sampai. jadi tak perlu lah rush atau nak berebut jalan dengan orang lain untuk bertemuduga. kedai makan pun banyak jadi tak perlu risau kalau lapar. 7E pun ade kat belakang hotel ^^,

*****************************************************************

setelah kunci bertukatr tangan maka kami terus hangkut segala mak ennek barang baju dan segala benda ke dalam bilik. masa tu perasaan yang entah pape tu dah okay siket memandangkan rasa penat lebih dari segalanya. haha. dan kami pun membersihkan diri, solat dan merehatkan diri seketika sementara menanti malam untuk mencari sesuap nasi. haha.

*****************************************************************

petang berganti malam. selesai makan kami terus kembali ke bilik. masa tu perasaan dah semakin berdebar lebih berdebar dari masa nak menjadi isteri orang. dipujuk hati agar bertenang. suami sentiasa dengan kata kata semangat "In Sha Allah everything gonna be okay"

In Sha Allah.

dan aku terus membuka buku dan membaca mesej mesej dari kawan kawan untuk perbincangan terakhir sebelum ditemuduga esok.

rasa dah tak boleh nak baca apa. maka aku mengambil keputusan untuk tidur.

tidur dalam ekadaan tak tennag amatlah tidak menyeronokkan ye adik adik. pagi itu dua tiga empat lima kali aku terjaga dek kerana nyamuk pon ye. kerana risau pun ye jugak. maka pukul 4 pagi aku bangun dan terus mencapai tuala membersihkan diri.

masa itu hanya DIA yang tahu perasaan aku. yang boleh menenenangkan aku. yang boleh mengrangkan segala kerisauan aku.

maka tangan ditadah memohon padaNYA agar segalanya berjalan dengan baik dan dipermudahkan.

setelah selesai semuanya aku mengambil buku dan membaca untuk kali yang terakhir sebelum bersiap. memang tawakal sangat sebab dah tak tahu nak baca apa.

pukul 6.45 pagi aku dan suami dah bersiap untuk melangkah semula ke IPG.

*****************************************************************

pukul 7 lebih kami di panggil masuk ke pusat sumber IPG KTI. masa tu kaki melangkah dengan rasa yang bermacam macam.

urusetia memanggil nama untuk mendapatkan dokumen semua calon temuduga. dan masa tu jugalah kami mendapat giliran.

5 orang calon akan masuk serentak untuk ditemuduga. dan aku adalah calon ke4, ALLAH. nak rasa apa pun dah tak tahu.

nama kami berlima selaku barisan pertama dipanggil untuk beratur di depan bilik temuduga, bilik 3. berbekalkan buku RPH dan fail kami dipanggil masuk.

*****************************************************************

tibalah saat yang dinanti.

dua orang panel menyambut kami dengan wajah yang serius. meletakkan buku RPH di atas meja panel dan kami diminta duduk mengikut giliran.

panel pertama adalah pegawai dari SPP dan panel kedua adalah Guru Cemerlang Matematik. kedua duanya adalah perempuan.

hanya zikir bermain dalam hati.

setelah membelek belek fail serta RPH kami, panel pertama memulakan soalan beliau.

"perkenalkan diri anda dan sebab mengapa anda perlu dilantik menjadi guru"

kami diminta untuk menjawab mengikut giliran. dan aku bersedia dengan jawapan.

soalan seterusnya dan seterusnya. ini antara yang aku ingat. sebenatnya ada lagi tapi dah lepas interview tu lupa semua sebab terlalu banyak soalan.


*Macamane nak naikkan gpmp math. 


*Pengajaran abad ke 21



*Macamane nak jadikan math budaya di sekolah.




*buat set induksi. Sorang sorang kene.


*Falsafah Pendidikan Kebangsaan



*perkaitan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Rukun 


Negara


*isu terpanas



*perkaitan wawasan 2020 dengan
Falsafah Pendidikan 


Kebangsaan


*GST. kepentingan GST



dengan penuh yakin aku menjawab semua soalan walaupun kurang pasti dengan ketepatan jawapannya -.-

hanya 30% apa yang aku baca keluar dari mulut panel. selebihnya semua kene pikir sendiri. jadi pesanan untuk bakal/ calon temuduga, bersedialah. banyyakkan membaca dan mengkaji.

*****************************************************************

setelah hampir satu jam berada dalam bilik tersebut, maka sesi temuduga tamat. kami semua diminta keluar.

alhamdulillah. selesai semuanya. sangatlah berserah dan bertawakal. kami diserbu oleh calon calon lain untuk tahu soalan yang ditanya.

masa tu aku tak pikir ape dah. rasa legaaaaaaaa sanagt.

maka selesailah cerita temuduga yang krik krik untuk aku sebab banyak sangat krik krik kat dalam bilik tu.

kita tunggu je lah keputusan yang mendebarkan. mohon doa sahabat semua :)

*****************************************************************

moral of the story, bersedia untuk semuanya dan banyakkan membaca serta ambil tahu tentang isu isu yang berlaku di sekeliling .

dan paling penting usaha dan doa.

sekian coretan untuk kali ini. jumpa di lain entry ^^,


No comments:

Post a Comment

tinggalkan kata walau sebaris ayat . moga moga ia bermanfaat untuk semua . terima kasih :)