Sunday, August 23, 2015

Travelog ; Kelahiran Annur Madihah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. 

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir seluruh alam. 

Subhanallah. Walhamdulillah. 

Dengan izin Allah, pada tanggal 29 Julai 2015 aku selamat melahirkan cahaya mata merangkap puteri sulungku, Annur Madihah binti Mohd Fitri secara normal tetapi induce. Allahu. Memang cukup terasa kebesaran Allah. Amazing sangat. Dan cukup tak sangka yang aku dah bergelar seorang ibu. Hahaha. Rasa macam masih budak budak je lagi. 😂

Madihah dilahirkan genap usia kandunganku 9 bulan 10 hari. Dengan kata lain 37w3d dalam bahasa buku. Dan memang aku sendiri tak sangka akan bersalin seawal itu. Sebab orang selalu kata anak pertama biasanya lahir lambat. Around 40week atau lebih. Tapi siapa kita nak tolak kata Allah kan ? Dah Allah kata madihah akan lahir waktu itu, maka buatlah apa pun dia tetap akan lahir. Kun fayakun. 

Aku melahirkan madihah secara normal tetapi induce. Pendek kata bersalin paksa. Ramai terkejut bila aku kata aku induce. Orang sangka aku dah overdue. Tapi sebenarnya ade masalah lain yang aku sendiri pon tak sangka. Hahaha. 

Cerita bermula pada hari sabtu 25 julai 2015. Aku dan suami ke klinik swasta tempat kami selalu buat check up kandungan. Haritu berlalu seperti biasa cuma haritu doktor suruh aku buat CTG. cek jantung baby. Maka aku pun buat dengan gembiranya. Baru dengar jantung baby dah rasa excited. Belum tengok baby lagi. Hehe. Over terr. 

Dan selesai segala mak nenek CTG maka doktor mula scan kandungan. Everything berada dalam keadaan baik termasuk lah kedudukan baby, uri, dan semuanya. Masa tu kandungan berusia 36w6d dengan berat baby 2.4kg + + kalau tak silap. Maka dengan maklumat maklumat yang ade doktor merumuskan aku dan baby dalam keadaan baik. Contraction dah ade tapi masih belum kuat. Jadi kami suami isteri tak perlu risau apa apa. Pulanglah kami ke rumah dengan senang hati. 

Oleh kerana masih dalam bulan syawal dan aku pon masih belum ade tanda nak bersalin, petang sabtu tu kami ke KL beraya. Orang kata nak senang bersalin banyakkan berjalan. Maka berjalanlah aku dengan bahagia walaupun kaki dah bengkak bengkak macam kene pam. 

Ahad 26 Julai 2015. Aku dan suami pulang terus ke Kuala Pilah sebab suami ade Jamuan Raya Dato' Hassan Malek. Oleh kerana suami bertugas maka hari ahad tu menjadi hari relax relax untuk aku.  Alhamdulillah. Hari ahad berlalu dengan baik sekali. 

Isnin 27 Julai 2015. 3.40 pagi. Aku tersedar dari tidur yang lena sebab rasa nak ke tandas. Dengan mata yang mengantuk digagahkan juga kaki melangkah ke tandas. Suprisingly sampai tandas aku perasan ade darah + lendir keluar. ALLAH. Masa tu memang blur. Aku keluar tandas dan capai buku pink. Misi ade catat tanda tanda nak bersalin. One of that keluar darah + lendir. 

Aku terus bangunkan husband. Bagitahu ade darah. Husband dengan muka mamai terus jadi segar. Dan kami sama sama blur tatau nak kene buat ape. Kami sebenarnya blur tatau nak kene pergi hospital ke tak ke. Kalau pikir balik memang kelakar. Boleh pulak masing masing tanya perlu ke g hospital ? Haha. Adududu. Takde pengalaman. Macamni lah. 

Bila dah serabut sangat aku terus amek fon mesej and call semua orang yang aku rasa boleh jawab soalan aku. Jawapan yang hampir sama kami terima. "Kalau tak rasa sakit tak payah pergi dulu. Tapi kalau risau pergi je lah" 

Kami saling berpandangan. Memang aku tak rasa sakit tapi risau tetap ade. Setelah puas berfikir akhirnya kami suami isteri mencapai kata sepakat untuk ke klinik petang nanti. Dan tidurlah kami semula dengan tenang. 

Pagi isnin tu suami pergi kerja seperti biasa. Dia pulang semula ke rumah pukul 1 petang untuk bawa aku ke klinik. Rancangan tergendala bila tiba tiba dapat tahu mertua dalam perjalanan ke rumah kami. maka ditunda rancangan ke waktu malam. 

Mertua pulang pukul 5 petang. Masa tu, rancangan awal kami nak ke klinik swasta  haritu. Tapi takde rezeki bila staff klinik kata doktor takde malam ni. Hati aku semakin tak sedap dengan tanda tadi di tambah dengan pergerakan baby yang slow. 

Bila hati dah tak sedap maka takde dah nak tangguh. Aku ajak suami ke hospital kuala pilah petang tu jugak. Dalam pukul 6.30 petang kami ke sana. Perasaan waktu tu hanya Allah yang tahu. 

Aku diperiksa oleh dua orang doktor. Cek bukaan jalan. Cek itu ini. Dan doktor kata aku kene taham ward atas sebab baby kurang gerak dan turun tanda. Okay. Redha sangat masa tu walaupun hati tak rela. Takpelah. Demi anak dalam kandungan. 

Malam tu tinggalah aku di wad bertemankan pesakit pesakit lain. Bila husband kata dia nak balik mula lah aku berhati tisu. Menangis nangis. Hahaha. Tataulah kenapa sedih sangat. Adudu. Dah pueh menangis akhirnya aku tertidur dan terjaga pukul 4 pagi bila misi kejut untuk buat CTG. 

Selasa 28 Julai 2015. Pagi tu aku diperiksa oleh doktor pakar sakit puan. Ade 5 doktor masa tu termasuk doktor doktor junior. Dan aku diminta untuk ke bilik scan bagi melihat kandungan aku. Doktor kata kalau semua okay aku boleh balik dulu sebab jalan pun bru bukak 1cm. 

Aku bersama seorang pesakit lagi ke bilik scan dengan macam macam rasa. Selesai semua scan ayat pertana doktor pakar tadi "puan, awak tak boleh balik. Puan kene induce sebab air ketuban puan dah siket. Jadi kami tak nak tanggung apa apa risiko. Puan akan pulang bersama baby nanti"

Pappppppp ! Terus rasa macam nak tercabut jantung. Rasa berat kepala. cuak jangan cakap. Macam macam benda lalu kat kepala. Terus rasa nak nangis lagi. Tapi buat buat tabah. Mula lah pikir bukan bukan bila ramai kata induce tu sakit sangat. Alahai. Makin nervous lah hakak diknon. 

Tiba waktu melawat pukul 12.30. Husband datang dengan macam macam makanan. Nak makan pon dah tak lalu. Cerita lah dengan husband pum pang pum pang sampai tertidur orang tu sebab penat mendengar. Yang bercerita pon tak reti nak letak noktah. 😂

Sebelum balik husband sempat pesan "jangan risau. Everything going well. ALLAH ade jaga awak dan baby" 

Fuhhhh. Melting mak dengar. Barulah lega siket hati. Terus makan dengan berselera. Siap boleh jalan jalan g katil orang. Main game. Haha.

Hari kedua kat hospital semua dah jadi kawan. Berbual dengan hakak hakak kat katil sebelah, katil depan sambil perhati nurse kulu kilir sorong pesakit . Kejap keluar kejap masuk. 

Rabu 29 julai 2015. 

Maka hari yang dinanti sudah tiba. pagi tu 4 orang bakal di induce termasuk aku. Sebelum masuk bilik rawatan, sister datang buat pemeriksaan. Kata acik tu, induce ni memang sakit. Bertabahlah. 

Wahhh acik ni, makin nervous hakak mendengarnya 😑 

Pukul 7 pagi macamtu kami berempat ke bilik rawatan. Buat muka paling cool dan dengan senang hati jadi orang pertama di induce. Hahaha. 

Maka doktor cek jalan lagi sebelum masukkan ubat ke dalam rahim. Jalan dah bukak 2cm. Dengan lafaz bismillah ubat selamat dimasukkan dan aku diminta ke katil semula. 

Setengah jam pertama boleh gelak lagi dengan akak sebelah katil. Berbual bual dan breakfast. Masuk setengah jam kedua dah nampak ade darah dekat kain. Sakit mula datang sikit demi sikit dan semakin lama semakin kerap. Sakit datang dan pergi. Bermula 30 minit sekali sakit jadi 15 minut sekali dan akhirnya 10 minit sekali. 

Nurse, sister, doktor datang buat pemeriksaan pon dah tak mampu nak layan sangat sebab sakit tu lebih dari segalanya. ALLAH je yang tahu. 

Husband datang seperti biasa. Nak layan husband pon dah tak termampu. Tapi sempat pergi mandi sebab rasa ta selesa. Mandi dalam keadaan sakit itu sangat membahayakan ye adik adik. 

Pukul 2 petang husband perlu balik sebab nak masuk office semula. masa tu sungguh sungguh aku mintak doakan aku dan anak suapaya selamat keduanya. Suami tinggalkan aku dengan satu pelukan. 

10 minit kemudian aku dipanggil ke bilik rawatan semula untuk cek jalan. Doktor kata kalau jalan dah bukak 4cm aku dah boleh masuk labour rooma. ALLAH. Nervousnyaaa :')

And suprisingly doktor kata jalan awak dah 4cm. nurse cek contraction and then awak dah boleh ditolak ke LR. haaa ? Hmm. Masa tu tak pikir lain dah. Aku nak suami. 

"Nurse, boleh saya kol suami"

"Eh boleh. Kol suami. Bagitahu awak nak bersalin dah. Lepastu awak amek pampers baby sekeping. Dan awak tukar baju serta tanggalkan apa yang patut"

Tangan terus capai hp. Dua kali suami tak angkat. ALLAH. nak nangis rasa. Kali ketiga cuba lagi. Dalam hati kalau husband tak angkat jugak takpelah. Redha. Alhamdulillah. ALLAH sampaikan rasa hati. 

"Abang sayang nak masuk LR dah. Datang sekarang ye" 

"Eh nak bersalin dah ? Okay okay tunggu abang" 

Sakit yang semakin kerap dan semakin sakit buat aku rasa nak meraung. airmata dah tak terkeluar sebab sakit sangat. 

Dan tepat jam 3.30 petang aku ditolak masuk ke LR. sesampai di LR aku ditempatkam di bilik 2. Takde ape boleh aku buat masa tu dengan sakit yang memang sakit. Hanya doa nabi yunus menemani. 

Ke kanan tak kene. Ke kiri tak kene. Doktor pasang CTG untuk pastikan jantung baby okay. 

Sekali lagi doktor cek jalan bukaan baru 5 cm. Doktor pesan jangan teran sebab jalan tak bukak lagi. ALLAH. 

"doktor, saya nak membuang"

"buang je kat situ"

"haa ? Hmm"

Dan tiba tiba datang seorang staff nurse. 

"Awak isteri tuan fitri ?"

"Ha ah. Awak siapa?" 

"Saya isteri anggota"

"Ouh"

Maaf. Tak mampu tanya banyak banyak. Esok esok je lah kita berkenalan lebih lanjut ye.

Sakit dan sakit. ALLAHURABBI. 

Doktor sekali lagi datang untuk pasangkan bantuan pernafasan. 

"Doktor, saya nak suami saya"

"Ye suami puan ade kat luar tengah isi borang. Bila jalan dah bukak 10cm kami akan minta suami masuk"

Hmmmmm.

Kemudian sekali lagi aku ditinggalkan bersendirian. Ditemani dengan suara doktor dan nurse yang tengah marah pesakit di bilik sebelah. 

Takut dan sangat takut. macam macam perasaan ade. Macam macam fikiran datang. 

Jam menunjukkan 5.15 petang. Dan tiba tiba doktor datang bersama suami. 

"Puan, siapa nama suami puan?"

"Fitri"

Maka doktor izinkan suami masuk menemani. Kami ditinggalkan berdua. Tanpa doktor mahupun nurse. Dan aku sempat berbual dengan suami. 

"Eh. Doktor kasi masuk ? Bukan dah 10 cm ke baru masuk ?"

"Abang yang mintak"

Masa tu dah rasa sakit sangat. Memnag meraung kat situ. Suami pegang tangan suruh bersabar. istighfar. Selawat. 

Tak tahan sudah rasanya. Dengan tak semena mena aku meneran sekuat hati. 
Dan air ketuban pecah sendirinya.

"Abang panggil doktor". Aku menjerit. 

Suami tergesa gesa keluar panggil doktor. 

Doktor sampai bersama beberapa orang nurse.

"Eh baby baby. Cepat baby dah keluar" kata seorang doktor kepada doktor yang lainnya"

Ya Allah. Subhanallah. Rupanya bayiku sudah keluar sekali dengan air ketuban tadi. Masa tu rasa nak nangis. 

Masing masing kelam kabut uruskan bayiku. Keluarkan uri dan jalankan pembersihan. Doktor tak henti mintak maaf dengan kami sebab takde untuk sambut bayi. Bersungguh sungguh doktor mintak maaf.

"Takpe doktor yang penting selamat" kata suami menenangkan keadaan. Aku hanya mampu tersenyum

"Tahniah puan. puan selamat melahirkan anak. Cuba bagitahu saya puan jantina anak puan ni?"kata nurse Sambil menunjukkan bayi kepadaku. 

"Perempuan" aku jawab lemah. 

Ajaib. Hilang segala sakit yang tak tertahan tadi. Hilang semua. Yang ade hanya perasaan lega. 

Aku pegang erat tangan suami. 

"Saya dah bersalin ke?" Tanya aku pada suami. Rasa tak percaya. 

"Dah. hidung macam sayang"

Hoi. Hahahaha. Banyak banyak benda hidung jugak die perasan 😂 

Aku sempat bagi satu cubitan . 

Selesai segala pembersihan maka bermula fasa jahitan. suami dikehendaki keluar untuk azankan bayi. 

Alhamdulillah. Begitulah perjalanan cerita yang menjadi pengalaman pertama yang manis melahirkan puteri sulung, Annur Madihah. 

Madihah keluar dengan mudah tanpa jahitan luka yang banyak dengan berat 2.5kg. Allahuakbar. Subhanallah. 

Semoga madihah membesar dengan sihat dan baik. Menjadi penyejuk mata hati ibu dan ayah. 

ANNUR MADIHAH. anugerah terindah dari Allah buat kami :)

Terima Kasih Allah. 


4 comments:

  1. Tahniah sahabat!sebak baca jln cerita kamu...moga sye dpt lalui detik² terindah itu suatu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sayangggg. In Sha Allah. Ir turn will coming soon 😘

      Delete
  2. Tahniah sis dah selamat melahirkan , takot plak bila dgr story sis nie . doakan pyka plak ea . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah dear. Everything going well. Semoga Allah permudahkan 😙

      Delete

tinggalkan kata walau sebaris ayat . moga moga ia bermanfaat untuk semua . terima kasih :)