Friday, May 4, 2012

jawatankuasa mahasiswa kolej (JMK) sidang 2011/2012 :)


1 Mei sangat bermakna buat para pekerja di seluruh malaysia . kerana mereka diberikan cuti khas sempena hari buruh . 

dan sangat istimewa juge buat pelajar-pelajar khusunya :) 

bila pensyarah atau cikgu cuti , haruslah pelajar pon cuti ^^,

untung bukan jadi pelajar ?

^__________^

namun , dalam kegembiraan bercuti , terselit satu perasaan sayu di hati . sukar untuk diluah dengan kata-kata . sukar untuk ditaip di laman sesawang ini . hanya ALLAH yang tahu segalanya . ye . hanya DIA yang mengerti . 

terasa baru semalam aku mendapat panggilan mengatakan bahawa malam ni ade mesyuarat di bilik mesyurat kolej . 

terdetik dalam hati . mukinkah mesyuarat kali pertama untuk barisan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) sidang 2011/2012 ?

syukur . walau masih tak tahu jawatan ape yang aku peroleh . tapi hati dengan yakin berkata aku dapat jawatan exco blok kediaman kerana jawatan itu yang aku letak dalam borang permohonan dan jawatan itu jugalah yang  dipanggil ketika temuduga . 

gembira ? harus aku gembira . namun lebih rase takut . mampukah aku mengalas tanggungjawab yang besar ? 

sedang aku mencari cari jawapan , aku terima pesanan daripada kak aisyah , exco kesayangan :) dialah yang mendidik aku . memberi sokongan kepada aku untuk teruskan kerjaya sebagai JMK . terima kasih akak :)

kak aisyah panggil aku ke rumahnya . dan aku terus ke sana . ingin berkongsi kegembiraan dan ketakutan daripada panggilan yang aku terima sebentar tadi . 

tanpa diduga . aku menerima satu kejutan lagi daripada kak aisyah . kelu lidah untuk berkata . senyum pun aku tak mampu . takut tak mampu laksanakan t'jawab yang sedikit bertambah tambah bila mana kak aisyah cakap , aku bukan dapat jawatan exco blok . tapi aku menerima jawtan naib setiausaha .

ALLAH . 

gembirakah ? sedihkah ? terharukah ? terujakah ? 

aku sendiri tak mampu untuk menjawab . kenape ? sebab terlalu besar . jawatan itu terlalu sukar . bagaimana aku ingin menjadi barisan majlis tertinggi dengan ilu yang separas lutut ? 

namun , kakak kakak yang berada di depan mata aku waktu itu lah yang tak putus meberi sokongan , nasihat . tunjuk ajar . kak aisyah , kak atin , kak jah , kak mariah , syisyi . mereka kata , kalau aku tak mampu , tak kan aku dipilih ?

dan kata-kata itulah buat aku kuat berdiri sehingga sekarang

akhirnya , dengan doa semua , dengan tekad , yakin , aku menerima jawatan NAIB SETIAUSAHA JMK KHAR 11/12 tanpa paksaan dari sesiapa :)

HARI INI . 

munculnya 1 MEI 2012 , maka keluarlah senarai baru JMK BARU SIDANG 2012/2013 . merekalah pengganti kami . tak sangka . sekejap je dah setahun aku dan rakan-rakan lain memikul tanggungjawab sebagai JMK . pahit manis semua kami rasakan . dan itulah pengalaman yang sangat bermakna . 

setahun bersama , bagaikan satu keluarga . ukhwah tanpa mengira kaum , agama dan bangsa . makan sepinggan . minum secawan . nak katenye terlalu erat . 

:)

kejayaan program yang kami jalankan itulah kepuasan kami . hilang kepenatan nya . kelelahannya . 

namun begitulah lumrah kehidupan . setiap yang bertemu , pasti berpisah . 

selepas ini , masing-masing dengan jalan masing masing . pasti aku rindukan semua . pasti aku rindukan suasana dulu . pasti aku rindukan kengan kita . 

yang lelakinya .

abg syahrir dengan ayatnya , "man jadda wa jenab" . maksudnya , sape berusaha dapat jenab . 

abg adam dengan nasihatnya . yang kadang kadang susah nak faham maksudnya . 

ali dengan hobi menyanyinya .

kamal dengan tugasnya menjadi penghulu ketika bacaan doa rabitah .

shamim dengan ayatnya , "jeda gemok"

mariduan dengan kata-katanya , "kalau orang depan makan lebih , orang belakang mahu makan apa dia "

ilham dengan sifat penyanyangnya .

hairieyl dengan pemikiran jauhnyanya .

kuntum dengan lawaknya yang spontan .

kucai yang sering menghiburkan .

adonis yang memanggil aku dengan panggilan "jeds"

abah dengan sifat kebapaannya . dan paling senang bagi pinjam moto . hehe . 

man dengan semangatnya , "keep it up"

perempuan pula :)

kak ika dengan ayat tacingnya . "untunglah jeda langkah bendul" :)

kak zurin dengan katanya "tape dik , tade masalah" 

kak hala , "sila bayar hutang"

suriati dengan jeritannya yang sangat nyaring ye adik adik .

mariah dengan taglinenye , "awakkkkkkkkk"

shithoh dengan kelajuan percakapannya . selaju kapal terbang super sonic .

kak lai dengan sifat manjenye .

zati dengan "pewwwittt, pewitttt"

ifa dengan kegarangannya .

nisa dengan panggilan baby .

kak emy dengan ayat jodohnya .

kak tina dengan kecantikannya .

sharon dengan "jangan amek air tu . annti sharon marah"


juga housemate dan roomate saye .

kak syidah dengan "satu organisasi"

kak glo dengan title ikan dugong

nathiya dengan ayatnya "terima kasih kak izzaidah" . saye lagi mude dari die pun die panggil saye kakak =.="

shanti dengan "jeda , hang free tak malam ni ? hantar aku p tusyen" 

adik miza , " maaf ye semua"

intan dengan hobi kite yang suke menyanyi dan saling menghiburkan ^^,


semua tu kenangan . kenangan yang tak akan aku lupe dengan izin ALLAH . mane nak dapat mereka ? mane aku nak peroleh keluarga sebesar ini ? mempunyai adek beradik seramai 32 orang . ketawa bersama . nangis bersama .  

ALLAH menemukan kami . maka ALLAH jualah yang memisahkan kami namun dengan harapan ukhwah ini terbina sehingga ke syurga :)

ade sebahagian kami yang akan meneruskan perjuangan , doaku sentiasa mengiringimu sahabat . lakukan yang terbaik . moga ALLAH memudahkan urusan kalian . 

sayang kalian kerana ALLAH :)

3 comments:

  1. keluarga yang tiada ganti ketika belajar.. jangan di siakan segala kenangan.. moga menjadi ingatan kekal abadi . tidak lekang dek panas. tidak luntur dek hujan.. tahniah kerana menjadi. JMK yang hebat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih abg hilal . dah habih dah idang saye . kejap je . terima aksih atas nasihat , tunjuk ajar . semoga ALLAH membalas segala jasa kakak-kakak dan abang-abang yang banyak bantu saye (:

      Delete
  2. keluarga yang tiada ganti ketika belajar.. jangan di siakan segala kenangan.. moga menjadi ingatan kekal abadi . tidak lekang dek panas. tidak luntur dek hujan.. tahniah kerana menjadi. JMK yang hebat....

    ReplyDelete

tinggalkan kata walau sebaris ayat . moga moga ia bermanfaat untuk semua . terima kasih :)