Monday, November 25, 2013

kenangan . episod 1


lame sudah rasenye jari jemari tidak menaip di ruangan ini . berbekalkan seminit dua yang ada, izinkan saya berkongsi cerita . hamboi ! macam ade orang tunggu bunyinya. haha

okay .

sebenarnya banyak sangat benda nak kongsi . cuma malas atau tak je nak menaip . kalau suruh bercerita pasti dah selesai . nak menaip ni mahu makan dua minggu nak mengarang . almaklumlah , cikgu matematik memang ade masalah dalam membina ayat =.=

ouh . sebelum terlupa . izinkan saya membuat pengumuman .

"dengan ini , secara rasminya saya telah tamat menjalani latihan mengajar di SMK King George V, Seremban."

heee . 4 bulan sudah bertapak di bumi king george. 4 bulan menjadi orang seremban . 4 bulan menjadi penghuni homestay suliana . 4 bulan menjadi guru matematik dan lain lain .

dalam 4 bulan tu , banyak yang saya peroleh . yang saya lalui . yang saya hadapi . pahit , manis , tawar , kelat , masam , masin . semua ada . dan itulah yang saya akan kenangkan sepanjang hayat . pengalaman yang mengajar saya apa itu erti kehidupan .

okay . rasa macam dah panjang sangat mukadimah . lets start the story with bismillah :)



menjadi seorang guru itu tidaklah mudah seperti yang disangka . pelbagai tanggungjawab harus dipikul . pelbagai amanah harus dijaga. namun dengan niat kerana ALLAH , pastinya semua berjalan lancar .

dan .

alhamdulillah , 4 bulan di bumi KGV berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan . dengan persekitaran yang baik , sahabat-sahabat guru yang ohsem , anak-anak didik yang baik , alhamdulillah .

bermula dengan tanggungjawab mengajar dan mendidik. kemudian tanggungjawab menjadi sekretariat untuk program program yang dijalankan , dan menjadi pengawas peperiksaan ulangan. ilmu dan pengalaman yang dibawa dari bumi murabbi diguna dengan sebaiknya.

menjadi guru Matematik untuk Tingkatan 1 dan 4 . guru Kemahiran Hidup tingkatan 2 buat saya tersenyum lebar mengenangkan mereka . dengan kerenah , gelak tawa anak anak ini buat saya lupa tentang masalah . tak dinafikan walaupun kadangkala terbit rasa marah dengan kenakalan anak-anak ini , namun kasih kepada mereka melenyapkan semua marah yang ada .

"maafkan cikgu sayang-sayang andai ada yang cikgu termarah"

dengan tiga kelas yang berbeza tentu sekali perangai yang berbeza . suasana berbeza . keadaan berbeza . tetapi semuanya indah belaka :)

anak anak tingkatan 1 yang sangat manja . anak anak tingkatan 2 yang sangat happening . anak anak tingkatan 4 yang sangat matang . itulah anugerah Allah pada saya .

dan semuanya itu adalah kenangan .

pelajarku sayang,
masa depanmu, secerah sinaran mentari,
dirimu umpama mutiara yang berada didasar bumi,
bakal pemimpin yang berwibawa suatu hari nanti,
yang menjadi tonggak kebanggaan  ibu pertiwi,

sedarkah kamu wahai sayang,
siapa dirimu yg sebenarnya?
apa impian yg ingin kau capai?
apa kerjaya yg mahu engkau gapai?

pelajarku sayang...buka mindamu,celik akalmu,
lapangkan dadamu, penuhkan dadamu dengan ilmu
barulah kamu akan sedar dan jelas akan matlamat
dan hala tuju hidupmu..

hanya bimbingan dan doa cikgu mengiringimu,
semoga kamu sentiasa dibawah lindungan illahi,
dengan menjadi insan yg berilmu,
insyaallah hidupmu akan sentiasa diberkati.
.

dan inilah coretan yang mampu saya ukirkan tanda ingatan saya pada anak anak yang dirindui .


to be continue........

No comments:

Post a Comment

tinggalkan kata walau sebaris ayat . moga moga ia bermanfaat untuk semua . terima kasih :)