Tuesday, November 26, 2013

kenangan . episod 2


kegembiraan di bumi KGV dikongsi bersama rakan rakan seperjuangan . rakan yang juga merupakan produk keluaran universiti tercinta, UPSI. 


curi gambar dari aishah . hewhew . 

inilah barisan sahabat seperjuangan yang susah senang bersama . tempat berkongsi kerja, berkongsi cerita, berkongsi tanggungjawab . berkongsi idea. dan tak lupa . berkongsi relief . eh ? haha

"tanpa mereka . siapalah saya"

persahabatan yang bermula dari bumi murabbi, dipanjangkan terus di bumi KGV dan In Sha Allah diteruskan perjalanan menuju ke SyurgaNya . alhamdulillah . ALLAH hadirkan sahabat yang terbaik dalam kalangan terbaik :)

ouh ya . terlupa nak perkenalkan sahabat yang comel dan kacak bergaya ni . mereka adalah suriati abdullah , aishah kamal dan alexander.

adat bekerja. adat manusia. sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula hidup sepasukan. terkadang emosi mengusai diri . tak mampu dikawal . tak sempat ditahan . dan akhirnya tercetus perbalahan . namun kerana ukhwah yang dibina, perbalahan terlerai dengan sendirinya . alhamdulillah .

4 bulan di bumi KGV, pelbagai kenangan dilalui bersama. kenangan balik lewat dan selalunya kamilah orang terakhir yang keluar dari bilik guru. penat dengan tugasan, berehat seketika dengan "party kecil" . heh biasalah . rehatkan minda kata orang. hehe. 

bukti balik lambat. bili guru dah kosong :D

dan.


mereka adalah antara sahabat yang paling tabah dan sabar melayan kerenah saya yang kadang kadang entah pape ni . saya hanya manusia biasa yang terkadang emosi di luar jangka . mulut tersilap bicara . hati tersilap mentafsir. yang kadang juga tersilap langkah . terkasar tanpa disengajakan :')

tangan dihulur maaf dipinta . terima kasih sahabat untuk kenangan ini . panjang umur boleh kita berkumpul bersama lagi . moga ukhwah ini terpelihara .

with lot of love.



to be continue...


6 comments:

tinggalkan kata walau sebaris ayat . moga moga ia bermanfaat untuk semua . terima kasih :)