Monday, July 2, 2012

jom makan belangkas :)


kita selalu dengar ayat ni :

"budak berdue tu macam BELANGKAS . berkepit je . tahulah couple . orang lain pon couple jugak.haih.."

tapi jarang kita dengar ayat ni :

"ma,hari ni masak BELANGKAS tau!"

haaaaa . kan ? kan ?

okay . saya pasti ramai tak kenal lagi dengan belangkas tu . mukin tak semua tahu macamane bentuknya , rupanya , warnanya , dan paling penting rasanya . tapi di kampung saya , makan belangkas tu perkara biasa . sedap katanya . saya pernah makan dulu . dan rasenya , bolehlah tahan . makan sekali nak lagi ;)

tak caye ? hari ni kite terjah beberapa buah gambar . saya nak buktikan bahawa belangkas tu sedap rasenya  .

ni lah belangkas . belangkas rebus .

makan dengan penuh selera . 

orang lain dah berhenti makan . tapi mereka dok ratah lagi .
tak tahu cari ape .

selagi tak lumat belangkas tu . 

cari telur katanya . 

haaa . mereka berdua ni seepupu saya . yang berbaju pink tu aina . yang merah tu aiza . 

siapa kate belangkas tak boleh makan ? cuba lihat ni . sampai lumat belangkas tu mereka kerjakan . masa ni saya tak berapa selera nak makan . jadi saya tolong tengok je lah . dan tolong kemas :)

belangkas ni kita makan telurnya . rasenya seperti ketam . ala ala ketam lah kononnya . tapi tak lah sama sepenuhnya . rase yang lain dari yang lain . 

hehe .

belangkas ni tayah masak susah susah . rebus je . letak garam siket . bagi yang tak pernah makan , jom datang kampung saya . kita makan belangkas . saya pasti orang batu pahat,johor tak heran dah dengan belangkas nie . ye dak ? 

notakaki : cuba dulu , baru tahu ^^,

2 comments:

tinggalkan kata walau sebaris ayat . moga moga ia bermanfaat untuk semua . terima kasih :)